Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

16:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
29 August 2009 | 11:09 PM | 0 comments
Hujan berdetup-detap menimpa di atas khemah sementara yang didirikan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan Tentera Darat DiRaja Malaysia.Aliff duduk berteleku di situ dengan badannya yang sejuk dan menggigil.Sesekali terasa ngilu di bahagian perutnya yang masih belum sembuh sepenuhnya akibat tikaman tempoh hari.
“Sabar.”
Pak Ash menepuk-nepuk bahunya.Aliff tidak memberi apa-apa tindak balas.Masih berteleku.Sesekali dia memandang gerak-geri sekumpulan petugas yang mundar-mandir di situ.Lehernya dipanjangkan apabila melihat sekumpulan pasukan keselamatan yang ditugaskan mencari mangsa-mangsa yang hilang pulang.Hatinya hampa apabila tidak melihat bayang Aishah.
Salah seorang ahli pasukan keselamatan tersebut menghampiri Aliff dan Pak Ash.
“Maafkan kami encik,cuaca terlalu buruk.Buat sementara waktu operasi mencari kedua rakan encik dihentikan.”
Aliff mengeluh.Dahinya berkerut.Penuh kerisauan.
“Tuan Aliff baik tuan balik dulu.Tuan pun baru lepas operation.”
“Pain killer saya masih ada dalam beg.Pak Ash balik dulu,saya tunggu di sini.”
“Tapi Tuan Aliff..”
Aliff menyerahkan kunci Cheerokee kepada Pak Ash.Lelaki tua itu mengambil kunci kereta itu.Senyap.Tiada bantahan lagi.
Ribut yang kencang menyebabkan beberapa khemah sementara ada yang terbang.Aliff menyapu rambutnya yang basah ke belakang.
(Macam mana dengan Aishah?)
Aliff berdoa semoga cuaca buruk ini cepat berakhir.Moga pagi esok menjanjikan cuaca yang cerah.Dia setia menunggu di situ.
*****
Silauan matahari pagi yang menyucuk-nyucuk matanya menyedarkan Aishah.Dalam keadaan separuh sedar,Aishah dapat merasakan buku lalinya terasa sengal dan berdenyut-denyut.Seluruh anggota tubuhnya juga berasa sakit.Kakinya terasa lenguh sekali.Secara spontan dia menjulurkan kedua kakinya serentak ke hadapan.
“Adoi!”
Suara seorang lelaki mengaduh serentak dengan juluran kakinya.
“Aduh..main tendang kepala..”
Suara itu berbunyi lagi.Aishah pantas bangun melihat seorang lelaki berbaring betul-betul di bawah kakinya.
“Akim?!!”
Akim juga bangun sambil menggosok-gosokkan kepalanya.
“Bukannya nak terima kasih,tendang lagi ada.Si Tanggang betul!”
“Mana aku nampak..yang pergi tidur bawah kaki orang buat apa?”
“Mana aku nampak..yang pergi tidur bawah kaki orang buat apa?”Akim mengajuk cakap Aishah. “Habis nak tidur bawah kaki beruang?”(Besar rahmat aku tak tidur sebelah kau.Siapa nak jawab karang!).
Aishah menjuih bibirnya sambil menanggalkan jaket kulit Akim.Jaket itu dibaling tepat ke muka Akim.Akim membuang jaket itu dan melemparkannya ke tepi.
“Oi Aishah!Kalau ya pun terima kasih la sikit aku terjun selamatkan kau.Aku tak faham betul tiba-tiba kau lompat ke bawah.Kalau ya pun terkejut bunyi senapang melompatlah ke tepi.Jatuh la ke tanah.Mana punya idea bangang lompat ke bawah.Sengal!”
“Kalau aku sengal yang kau tu terjun sekali buat apa?Nak panggil apa tu?Bebal?”
Akim mengeluh kecil.(Mr.Bebal and Miss Sengal,okay ler tu!).Dia menguis-nguis tanah yang melekat di jarinya.Nafasnya ditarik.Dilepas.
“Sudahlah Aishah,kita kat hutan.Akim malas nak gaduh.”
Akim berdiri dan menepuk-nepuk seluarnya yang kotor.Jaket kulit yang dilemparnya tadi diambil semula.Dihulurkannya kepada Aishah.
“Pakailah,cuaca sejuk ni.Karang ada yang demam,lagi susah.”
Aishah menggeleng-gelengkan kepalanya.Akim meletakkan jaket itu ke bahu Aishah.“Pakailah.”
“Orang cakap tak nak!Tak nak lah!Apasal Akim suka paksa-paksa?”
Akim mengetap bibirnya.Rasanya mahu saja dia sumbat mulut Aishah dengan jaket kulitnya.Tapi dia sendiri tak tahu dari mana dia mendapat seribu kesabaran seperti hari ini.
“Angin betul dia.Datang bulan ke?”
Aishah langsung tidak menjawab.Dia bingung.Bagaimana dia boleh terjun ke bawah.Siapa yang ingin menembaknya?Atau peluru sesat pemburu lain?Bukannya dia tidak mahu berterima kasih kepada Akim,tapi,dia betul-betul tidak bersedia untuk berdua hanya dengan Akim.Terasa janggal.Rasa seperti baru bertemu.
Aishah cuba untuk berdiri.Tetapi kesakitan di buku lalinya membuatkannya kembali terjatuh.Dia mengaduh kecil.
“Sini Akim tengok..mesti sakit.”
Akim duduk melutut di hadapan Aishah.Membuka kasut but yang dipakai Aishah.Terdapat lebam di buku lali.Akim menggosok-gosok perlahan.
“Mesti terseliuh masa nak elak tembakan tu.”
Akim memandang sekelilingnya.Arus sungai mengalir menuju arah sebuah bukit.
“Kita ikut anak sungai ni mesti kita jumpa jalan keluar tak pun kampung.Jom.”
Akim membelakangi Aishah.
“Nak buat apa?”
“Naik belakang Akim,Akim kendong.”
“Tak nak ah..”
“Tak nak tinggal sini sorang-sorang.”
Aishah mengeluh.(Ni la adegan yang paling aku malas..).
Mahu tak mahu Aishah terpaksa membiarkan dirinya dikendong Akim.Dia tidak berani tinggal seorang diri di dalam hutan ini.Sebelah kasut butnya yang ditanggal dijinjing Akim.
*****
Aweera menggigit burger ayam yang dibalut kertas pembalut bertulis Ramly.Dia memejamkan mata seolah-olah menikmati burger yang paling lazat.
“Sedapnya burger dua ringgit ni.Kau nak?”
Kakinya menyepak-nyepak kaki Burn.Lelaki bertubuh sasa yang terikat di atas kerusi itu langsung tidak memberi sebarang reaksi.
“Kau ni kan,macam zombie..tak ada otak.Eii,bosan aku!”
Burger itu diletak di atas meja.Dia mengambil tisu dan mengelap mulutnya.
“Macam ni la Burn,kau kerja dengan nenek kebayan dari kecik sampai kau dah tak cukup kecik.Apa yang kau dapat?”Aweera menghitung jari jemarinya seperti sedang mengira. “Satu,dosa..dua,dosa..tiga,dosa..formula dia dosa aje la!Dosa memukul..sampai dosa nak bunuh orang pun kau nak buat.Bertaubatlah Burn!Pintu taubat masih terbuka.”
Aweera tersengih.Dia menghampiri Burn.Berbisik.
“Macam ni lah,aku tau kes yang tikam mamat tu pun nenek punya kerja kan?Yang nak tembak ala-ala The Proffesional ni pun nenek punya kerja.Yang kes mak si Akim kena tembak pun nenek punya kerja.Apa kata kau bagi kerjasama kat polis,kita sumbat nenek masuk istana baru nak tak?”
Burn masih membisu seribu bahasa.Aweera menjungkit bahunya.Malas.Tiga orang lelaki berbadan besar masuk ke dalam rumah kayu itu.
“Sini..apa ke nama..ah!Do Re Mi..sini korang.Kasi sikit Encik Bakar kita kasih sayang nan mesra.”
“Okay,boss.”
Salah seorang lelaki itu tersengih sambil menimbang-nimbang kayu besbol.Aweera mengambil lebihan burgernya dan keluar dari situ.Bimbang mengganggu seleranya.
*****
Sekeliling mata Aliff dilingkari warna kehitam-hitaman.Semalaman dia tak dapat tidur.Dia cuma dapat menunggu berita selanjutnya daripada pasukan keselamatan.Kesihatannya tidak mengizinkannya untuk turut serta dalam gerakan mencari Akim dan Aishah.
Seorang lelaki yang dikenalinya menghampirinya sambil tersenyum.
“Saya Inspektor Qhaud.Ingat lagi?”
“Ya.”
“Semalam Pak Ash membuat laporan polis tentang kes tembakan.Rasanya ini kali kedua sama ada encik atau Cik Aishah yang menjadi sasaran.”
Aliff mengerut dahinya.
“Tapi saya tak ada musuh.”
“Mungkin musuh Cik Aishah.”
“Orang macam Aishah ada musuh?Tak mungkin.”
“Kita doakan dia selamat.Saya perlu bertanya banyak soalan padanya.”
Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran seorang anggota Tentera Darat DiRaja Malaysia berpangkat kapten.Inspektor Qhaud memberi tabik hormat kepada lelaki itu.
“Tuan Aliff,kami dah jumpa kesan-kesan tapak kaki yang dipercayai milik Cik Aishah dan Encik Afiq.Malangnya,mereka sudah lama meninggalkan jejak itu.Kami akan meneruskan operasi.Berita baiknya mereka masih hidup.”
Aliff tersenyum.Air matanya hampir mengalir.
“Terima kasih kapten.Terima kasih banyak-banyak.”
Sekurang-kurangnya Aishah masih hidup.Aliff tidak dapat membayangkan betapa dia akan menanggung seribu kekesalan jika apa-apa terjadi kepada Aishah.
Cuaca hari ini amat berbeza daripada semalam.Cerah dengan sinar mentari yang galak bersinar.Mungkin menjanjikan satu cerita yang indah.
*****
Akim membetulkan kendongannya.Aishah hampir menggelosor ke bawah kerana hampir tertidur.
“Hei,janganlah tidur,dah lah berat nanti lagi berat.”
Aishah pantas menampar kepala Akim.
“Okay,okay..kalau ya pun jangan main kepala.Dah jadi macam Kak Zizi pulak.”
Aishah ketawa kecil mendengar bebelan Akim.Akim melirik matanya kepada Aishah.(Oh,ketawa ek?).
“Gelak..mentang-mentang ada pecacai tolong angkat.”
“Aishah tak suruh angkat pun.”
“Aishah tak suruh angkat pun.”Ajuk Akim.
“Boleh tak jangan mengajuk?”
“Boleh tak jangan..”
Pantas lagi penampar Aishah hinggap di kepala Akim.
“Karang ada yang nak kena baling dalam sungai bagi buaya makan.”
“Tak payah.Memang Aishah atas buaya pun.”Aishah tersenyum sinis.
“Hello,Akim bukan buaya okay.Akim ni memerang.Cinta nan satu.Akim kalau sayang sorang.Sorang tu aje lah.Macam Akim sayang Aishah.”
Sepi.Hanya terdengar bunyi cengkerik.Jauh di sudut hati,Aishah tersentuh mendengar kata-kata Akim.Dia mengeluh perlahan.
(Aishah tahu Akim masih sayangkan Aishah..)
“Banyak pula nyamuk!”
Akim cuba mengubah topik.Malu pula meluah rasa tanpa sebarang tindak balas.Terasa tebal kulit mukanya.
“Nama pun hutan mesti ada nyamuk.”(Nyamuk aedes,nyamuk tiruk dan lain-lain lagi..itupun nak bebel!).
“Aishah..”
“Hmm.”
“Siapa orang yang nak tembak Aishah tu?”
“Entahlah Akim.Aishah pun tak tahu.”
Ada kaitan tak dengan orang yang tikam Aliff?”
“Mungkin juga.Pasal orang yang tikam Aliff tu berniat nak bunuh Aishah.”
“Aishah ada musuh?”
Aishah terdiam.Mindanya terbayangkan wajah bongkak Engku Mahani.Di selang-seli tiga lelaki along yang mengganggu bapanya.(Apakah salah seorang daripada mereka?).
“Aishah?”
“Hmm?”
“Aishah ada musuh tak?”
“Tak de.”(Tak pasti sebenarnya).
Akim mengerut dahinya.(Siapa yang nak bunuh Aishah?Komplikasi betul!).
“Akim..”
(Pakatan apa pula nak bunuh Aishah?)
“Akim!”
“Ya!”Jeritan Aishah mengejutkan lamunan Akim.
“Terima kasih..terima kasih..sebab selamatkan Aishah.”
Aishah meletakkan pipi kanannya di atas bahu Akim.Tidak memandang ke arah Akim.Mukanya merah padam.Akim melirik ke arah Aishah sambil tersenyum.Masih tersenyum walaupun dia hanya sekadar nampak rambut Aishah.Kendongannya diperkemaskan.
“Kasih diterima.”
Balas Akim.Tersengih seperti baru menang kuiz Jangan Lupa Lirik.Aishah tersenyum.Dia menarik nafasnya dalam-dalam.Matanya terasa berat.Mengantuk.Semakin kelam.Bahu Akim dijadikan bantal.
“Mak!!!!”
Aishah hampir terjatuh apabila Akim melonggarkan kendongan.
“Akim ni sengal betul!Mak!!!”
Aishah turut menjerit melihat lelaki tua di hadapan mereka dengan rambut panjang dan janggut panjang memutih.Pakaiannya pula compang-camping.
Dengan masih mengendong Aishah.Akim membelakangi lelaki tua itu dan tunduk membongkok melihat di celah kelangkangnya.Aishah terpaksa memegang kuat bahu Akim.Bimbang terjatuh.
“Kau ingat pak cik hantu ke?”
Perlahan-lahan Akim mendongak.Tersengih.Memandang lelaki tua itu.(Tak,pak cik tak hantu pasal pak cik jejak tanah).
“Maaf,pak cik saya terkejut.Tiba-tiba pak cik muncul.”Akim menyeringai.
“Aku datang nak jaga dusun durian aku malam ni.Mentang-mentang aku tak ikat rambut,kau orang ingat aku hantu.”
“Pak cik rock betul rambut panjang.Macam Steven Tyler.”Celupar Akim pantas menerima tamparan Aishah di kepalanya.Akim mengaduh perlahan.
“Banyak la kau punya Steven Tyler.Kau ingat aku Aerosmith?Aku bukan rock la,ni nilai sentimental,kau apa tau?Yang kau kendong budak perempuan ni kenapa?Nak jadi mak monkey?’
“Kaki dia terseliuh,pak cik.”
“Huh,lelaki memang suka buat benda bodoh kalau bercinta.”
Akim terasa mukanya tebal 10 inci.(Saya akui pak cik,lelaki memang suka buat benda bodoh lagi tak logik kalau suka sorang perempuan..huhu).Aishah memandang ke atas.Pura-pura tak dengar.
“Aku keluar hutan esok.Kalau kau orang nak ikut aku,kau ikut.Awang,kalau kau nak jadi mak monkey sampai 10 hari,kau ikut jalan sendiri.”
Aishah hampir ketawa mendengar nama ‘Awang’ dan perkataan ‘mak monkey’.Akim mencebik bibirnya.(Aku dipanggilnya Awang?Suka-suki je pak cik ni).
“Kawan perempuan kau tu makin membengkak buku lalinya.Kalau kau nak ikut aku.Ikut..”
Lelaki tua itu menebas semak samun di hadapannya menggunakan golok kecil.Lagaknya seperti mencari denai yang hilang.
“Macam mana?”Bisik Akim sehalus mungkin.
“Ikut instinct Akim.”Balas Aishah perlahan.
Akim mengemaskan kendongannya.Dia berjalan menyusuri lelaki tua yang berjalan sambil menebas semak samun di hadapannya.
(Ya Allah,lindungilah aku dan Echah)
Walaupun petang,suasana di dalam hutan itu sudah gelap.Nyamuk-nyamuk yang dibenci Akim menyanyi-nyanyi di telinganya sepanjang perjalanan ke dusun durian lelaki tua itu.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries