Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

19:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
11 September 2009 | 10:58 PM | 0 comments

Farah perlahan-lahan menghampiri pemuda yang duduk berseorangan di atas pangkin.Nafasnya ditarik dan dilepas.Keputusan yang dibuatnya abangnya dan Aishah memang langsung tak diduga.Ya,dia bisa menduga yang Aliff sukakan Aishah.Tapi melamar Aishah langsung tak terlintas di fikirannya.
“Hai..duduklah..”
Akim tersenyum memandang Farah.Farah membalas senyuman itu lalu duduk di atas pangkin itu.Hujung.Kakinya bergoyang berselang-seli kiri dan kanan.Isi-isi diari merah Aishah bermain-main di mindanya.Kejahatan Engku Mahani sepatutnya diketahui Akim.
“Akim,Farah ada perkara berkaitan Aishah..”
“Dah..cukup.Akim tak nak dengar.”
“Tapi..”
“Farah..tolong..”
Farah mengeluh.(Kalaulah dia tahu mengenai Engku Mahani).
“Mungkin ini takdirnya.Dah tertulis begitu.Akim akui Akim sukar menerima pada mulanya.Tapi,Akim rasa Akim terlalu sayangkan dia.Jadi,biarlah Akim lepaskan dia.”
“Akim sayangkan dia dan Akim lepaskan dia?”Farah mengerut dahinya.Bingung.
Akim memandang Farah.Mengangguk.
“Mencintai seseorang bukan bererti memilikinya.Kebahagiaan Aishah lebih penting daripada keinginan Akim untuk memilikinya.Jika dia lebih berbahagia dengan orang lain,Akim dah cukup bahagia.Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat orang yang kita sayang bahagia,kan?”
Wajah Akim kelihatan tenang.Berbeza daripada sebelumnya.Farah terharu mendengar kata-kata yang dilafazkan lelaki di hadapannya.(Cinta tidak semestinya memiliki..).
“Dan Farah..kata Akim kawan baik,tapi kenapa rahsiakan daripada Akim?”
“Apa pula?Tadi Farah nak cakap,Akim tak nak dengar.”
“Bukan pasal Akim dan Aishah.Pasal Adam dan Farah.”
Akim mengambil senaskah majalah hiburan di belakangnya dan diletakkan di hadapan Farah.Majalah itu diambilnya.Muka hadapan majalah itu memaparkan seorang pelakon wanita terkenal dengan seorang lelaki yang amat dikenalinya.
“Julia dan kekasih barunya?Hmm..”Farah meletakkan majalah itu semula ke atas pangkin.Wajah Adam dan pelakon wanita terkenal itu sedondon berapakaian serba biru.
“Farah okay?”
Farah terdiam.Dia cuba merasakan sesuatu.Sakit hati?Bengang?Tak satu pun perasaan itu wujud di dalam hatinya.
“Farah okay.Tak rasa apa pun.”Farah tersenyum ceria.Sekurang-kurangnya cuba untuk ceria.
“Ini mesti penangan Aweera.”
“Tolonglah,jangan buat gossip.”
Akim ketawa kecil melihat muka Farah yang ditarik dua belas.
“Farah..”
“Hmm?”
“Lagi 10 tahun kalau kita tak kahwin sesiapa.Kita kahwin kita dua sajalah.”
Farah mencebik mukanya.
“Last resort?Keterlaluan.Sanggup ke jadi biras Aishah?”
Akim merenung ke arah Farah sambil menarik telinganya.
“Tu lagi keterlaluan!”
Farah ketawa kecil sambil menolak tangan Akim.Dia simpati dengan lelaki itu.Dia tahu Akim sedaya upaya menyembunyikan gejolak rasanya yang sebenar.Di sebalik ketawa dan senyuman itu,ada luka yang mendalam di dalam hati lelaki itu.
Dari jauh seorang lelaki melihat situasi itu.Tingkap kayu itu ditutup.Aliff memikirkan sesuatu.Ada satu rasa yang tidak kena mencuit hatinya.
Hatinya berdebar-debar.
*****
Kuala Lumpur,di sebuah bangunan lima tingkat.
Hafiz berjabat tangan dengan lelaki berkot hitam di hadapannya.Lelaki yang bermisai tebal itu tersenyum lebar.
“Semoga kerjasama syarikat rakaman kami dengan Encik Hafiz akan mejanjikan sesuatu yang fenomena.”
“Harapnya,Encik Santiago.”
Lelaki serani itu makin melebarkan senyumannya mendengar jawapan Hafiz.Lelaki itu mengiringinya sehingga ke pintu lif.
“Melodi yang menyentuh jiwa itu.Datangnya dari mana?”
Hafiz tersenyum seraya masuk ke dalam lif.Wajah Aishah terbayang di mindanya.
“Soulmate.”
“Soulmate?Hei,nanti saya akan info tentang press conference.”
Sempat lelaki itu berkata sebelum pintu lif tertutup.
Hari yang cukup menggembirakan buat Hafiz.Penantiannya yang cukup berbaloi.Perjanjian kontak 3 tahun sebagai pencipta lagu untuk syarikan rakaman yang besar di bawah Encik Santiago amat dinanti-nantikannya.
(Ayah..)
Dia mengeluh kecil.Terbayang-bayang wajah ayahnya.Sesekali mucul wajah Datin Hajar.Parut di hatinya mula terluka kembali.
“Macam mana?”
Lamunan Hafiz terhenti mendengar suara manja Mila.Rupanya dia sudah pun melangkah keluar daripada lif.
“Sukses!”
Seraya dia mencuit pipi gadis comel di hadapannya.
“Baguslah..tak perlu ajar Sherrina lagi.”Mila sedikit memuncung.
“Hmm..macam ada orang rasa cemburu aje?”Hafiz tersenyum nakal.
“Tak de la cemburu..tapi macam menyampah.”
Hafiz masih tersenyum.Keluar dari bangunan itu.Melalui celah-celah gerai makanan.Mata Hafiz tertumpu pada senaskah akhbar lama di atas meja makan.Matanya mengamati berita yang dipaparkan di situ. ‘Dua Mangsa Sesat Dijumpai’.Kedua wajah yang menghiasi akhbar itu sememangnya tidak asing baginya.
“Mila,kita jumpa Aishah..dan Akim.”
“Aishah dan Akim?”
Hafiz mengangguk sambil menunjukkan berita di akhbar lama tersebut.
*****
Empangan Timah Tasoh,Padang Besar.
Aweera menggelengkan kepalanya.
“Awak tak beritahu dia?”
“Saya dah cuba..tapi dia tak nak dengar.”Farah memegang erat diari merah itu.Sedikit cemas.
“Saya tak kisah Aishah nak kahwin dengan Aliff.Tapi Akim dan Aishah perlu tahu pasal Mak Engku.”
“Kenapa awak tak cuba ceritakan pada Akim sendiri.”
“Dia tak kenal sangat dengan saya.Dia mungkin memikirkan saya akan burukkan nenek kesayangan dia..tapi..”
“Tapi?”Farah mengerut dahinya.Tidak mengerti.
“Saya ada rancangan!”
Aweera memetik ibu jarinya.Tersenyum senget.
“Awak juga akan terlibat.”
“Apa-apa sahaja,skandal keluarga Mokhzani memang mengerikan saya.”
Telefon Palm Treo itu dicapainya.Diletakkan ke telinga.
“Hello..nenek sayang..Aweera ada berita baik.Akim akan berkahwin dengan Aishah hari ini.Burn?Pergi mampus dengan Burn!”
Aweera memasukkan semula Palm Treo itu ke dalam poket jeansnya.Wajahnya sedikit kemerahan seolah-olah menahan rasa marah.Dia memandang Farah yang agak kebingungan dengan tindakannya.
“Sekarang,giliran awak.”
Farah terkebil-kebil.(Apa motif tentang Akim yang akan berkahwin dengan Aishah?)
*****
Aliff memegang erat tangan Aishah.
“Jangan nakal-nakal,Aliff pergi kejap je dengan Pak Ash.”
“Tak pe,take care.Kirim salam dekat anak-anak yatim di situ.”
“Hmm..kalau kita dah kahwin.Senang Aliff nak bawa ke majlis rasmi macam ni.”
“Sabar dan bawa bertenang.”Aishah mengukirkan senyuman di bibirnya.
Perlahan-lahan Aliff melepaskan pegangan tangannya.Membalas senyuman Aishah.Melambai-lambai tangannya ketika memasuki Cheerokee berwarna merah itu.Aishah membalas lambaian itu.
Langkahnya diatur lemah ke rumah banglo lama itu.Dia sendiri keliru dengan keputusan yang dibuatnya.Adilkah dia pada Akim?Apakah dia mempergunakan Aliff?Hanya Tuhan yang tahu betapa jiwanya tidak tenang.
“Aishah.”
Langkahnya terhenti.Farah berdiri di hadapannya.
Ada apa?”
Ada hal nak kita bincangkan.”
Farah menunjukkan tangannya ke arah Storm kuning tidak jauh dari mereka berdua.Aishah terdiam seketika.Memikirkan sesuatu.
“Okay.”Jawabnya pendek.Aishah melangkah dahulu dan dituruti Farah di belakangnya.Tidak lama kemudian kereta pacuan empat roda itu bergerak keluar dari ladang kecil itu.
Aweera yang pada mulanya melihat dari jauh membelok keretanya perlahan-lahan masuk ke dalam ladang itu.Kereta itu berhenti di hadapan seorang budak lelaki yang sedang asyik bermain yoyo.Aweera menurunkan tingkap keretanya.Tersenyum memandang budak lelaki itu.(Rasanya adik Aishah)
“Adik,abang yang nama Ak..Afiq tu ada?”
Haziq terkebil-kebil memandang Aweera.
*****
Suasana di restoran itu lengang.Hanya ada Farah,Aishah dan sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka.
“Cik,nak pesan apa?”
Seorang pelayan wanita bertanya sambil menghulurkan menu.
“Orange juice,”Farah mengangguk.
“Saya pun sama,”Aishah menghulurkan semula buku menu itu kepada pelayan wanita itu.
“Itu sahaja?”
Kedua-dua mereka mengangguk.Pelayan wanita itu segera bergegas pergi.
Suasana kembali sepi.Farah memandang Aishah dan begitu juga Aishah.Hubungan antara kedua mereka sukar ditafsirkan.Walaupun Aishah akan berkahwin dengan abangnya.Farah agak janggal bergaul dengan Aishah.Mungkin kerana persahabatannya dengan Akim yang membuatkannya bias.Aishah juga menggunakan alasan Akim sebagai punca kejanggalan mereka.Dia sendiri tak pasti sejauh mana hubungan Farah dan Akim.Tahu-tahu saja mereka datang bersama-sama ke sini.Malah dia tahu gadis cantik di hadapannya sering dijadikan bahu untuk Akim menangis.Sebagai perempuan,hatinya tetap tercuit.
“Kata ada benda penting nak cakap?”Aishah cuba memecahkan kesunyian.Bosan dia mengadap muka Farah yang diam membisu.
“Aishah betul-betul suka Abang Aliff?”
Aishah tidak terperanjat dengan pertanyaan Farah.Sebagai adik dia berhak untuk berasa berjaga-jaga dengan perempuan yang mendekati abangnya.Yang pasti,dia juga harus bijak mengatur kata.
“Farah suka Akim?”
“Farah suka Akim?”Farah mengerut dahinya.
“Ya,Aishah akan jawab jika Farah jawab soalan tu.”
Farah terdiam.Pelayan wanita tadi datang semula membawa dua gelas jus oren dan diletakkan di atas meja.
“Ya,Farah memang suka Akim..”
Aishah memandang tepat ke arah Farah apabila mendengar jawapan Farah.
“Farah memang suka Akim jika dia belum bertemu dengan Aishah dan Farah tidak pernah berjumpa bekas tunang Farah.”
Aishah menaikkan anak matanya ke atas.Seolah-olah memerli.
“Itu jawapan yang selamat.”
“Okay.”Farah tersenyum.“Farah hargai Akim.Farah tak pernah sangka yang kami akan bersahabat sejauh ini.Mungkin Farah suka Akim.Tapi dia bukan untuk Farah.Dia untuk Aishah.Abang Aliff bukan untuk Aishah.”
“Siapa Farah nak menentukan jodoh orang?”Aishah tersenyum sinis.
“Sebab Farah tahu Aishah sebenarnya sayangkan Akim.”
Farah meletakkan diari merah Aishah di atas meja.Jauh di sudut hatinya dia gentar juga jika Aishah bakal menolak meja di hadapan mereka.Aishah membulatkan matanya.Tangannya menggeletar.
“Farah tak ada hak untuk baca diari Aishah!”
Aishah separuh menjerit.Air mata jernih berkocak di matanya.Sepasang suami isteri yang berada di situ saling memandang sesama mereka.
“Farah memang tak ada hak.Farah minta maaf,tapi Farah lakukan itu demi kebahagiaan Akim dan Aishah sendiri.”Farah cuba mempertahankan tindakannya.Ada nada gentar di dalam kata-katanya.
“Aishah tak sangka Farah begitu hina.”Aishah mengambil diarinya dan cuba keluar dari situ.Farah memegang lengannya.Menghalangnya keluar.
“Farah hina?Aishah bagaimana?Aishah jadikan Abang Aliff sebagai kambing hitam untuk melupakan Akim.Sedangkan hakikatnya Aishah tak pernah cinta Abang Aliff.”
“Farah!”
Jeritan Aishah menyebabkan pasangan suami isteri itu segera menjelaskan bil makanan mereka dan menarik anak perempuan mereka keluar.Pelayan wanita tadi kelihatan risau jika berlaku perkara yang tak diingini.
“Sepatutnya Aishah ceritakan pasal Mak Engku pada Akim.Aishah,bunga-bunga hutang tu tak pernah wujud!Itu semua helah Mak Engku!”
“Apa?”Aishah semakin tidak mengerti.
Perbalahan mereka terhenti apabila pintu restoran itu dikuak.
“Ya,memang bunga-bunga hutang tu tak wujud,bodoh,”
Engku Mahani berdiri di hadapan kedua mereka dengan wajahnya yang angkuh.Dia memandang tajam ke arah mereka berdua.Terutama Aishah.(Budak hingusan ni masih mengejar cucu aku)
“Sepatutnya aku cincang-cincang kau masa pertemuan pertama kita,budak hingusan.”Suaranya terketar-ketar.Geram.Aishah sudah banyak membuang masanya termasuk melenyapkan orang kanan yang palig dipercayainya,Burn.
Pertama kali Farah melihat wajah Engku Mahani.Kini dia sendiri berasa gentar sepertimana yang dihadapi Aishah.Wajah wanita tua yang kaya itu terlalu angkuh seperti ahli sihir dalam cerita-cerita dongeng kanak-kanak.
“Mak Engku tipu saya?”
Air mata Aishah berkaca di matanya.
“Ya.Memang aku tipu kau.Aku yang nak bunuh kau.Macam sembilan nyawa kucing kau tak mati-mati.Kau tetap nak kahwin dengan cucu aku?”
“Mak Engku nak bunuh saya?Saya kahwin Akim?”Aishah keliru.Farah di sebelahnya semakin gentar.Air liurnya ditelan.
“Kau memang pandai macam Fatimah.Patut mak saudara kau tu pun dah lama mati.Tapi kau dan dia memang keturunan liat nak mampus!Aku dah bosan dengan budak hingusan seperti kau!”
Engku Mahani mengeluarkan sepucuk pistol dari tas tangan mewahnya.Dia kelihatannya seperti hilang akal.
“Mak Engku..”Farah memegang tangan Aishah. “Mak Engku bawa mengucap..”
“Kau!Anak Datuk Azis!Kau pun sama!Aku tembak mampus kau dan budak hingusan ni!”
Pelayan wanita tadi cuba untuk mencapai telefon.
“Kau jangan berani!Tunduk!”
Engku Mahani menghala pistol itu ke arah wanita itu.Wanita yang ketakutan itu segera menundukkan dirinya.Pistol itu kembali dihala ke arah Aishah.Tepat di dahinya.
“Kau budak hingusan!Kau akan mati dulu.”
Aishah memejamkan matanya.Tangan Farah dipegangnya erat.Peluh dingin mengalir di dahinya.Ingatan manisnya bersama-sama Akim bermain-main di mindanya.Pertemuan pertama mereka.Saat-saat mereka bergaduh.Rantai berloket AA.Lamaran Akim di atas bumbung bangunan.Pahit manis ketika sesat di hutan.Kenangan itu berpusu-pusu keluar daripada mindanya.
Dia tidak mendengar apa-apa kecuali bunyi jam berdetik di restoran itu.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries