Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : AISHAH : SAYA TAK TAHU DIKATAKAN SEKSI
21 October 2009 | 5:31 PM | 0 comments
Rabu Oktober 21, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
credit mStar Online, Rabu Oktober 21, 2009


Tidak pernah timbul perasaan kecewa dalam diri Aishah, 18, malah dia terus bangkit untuk meneruskan perjuangannya setelah program realiti itu berakhir pada Mei lalu.


Apabila pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) hanya menguruskan lima finalis AF7 iaitu Hafiz, Aril, Akim, Isma dan Yazid, terus Aishah menerima tawaran untuk bernaung di bawah label Dream Music sejak Julai lalu.


Atas sebab perjanjian kontrak dan label itu hanya membuat rakaman lagu untuknya memujuk Aishah untuk menerima tawaran itu sekaligus bersedia untuk ‘diikat’.


“Apa yang menarik saya untuk memilih Dream Music sebab mereka tidak akan menguruskan karier saya.


“Jadi, ia takkan mengganggu urusan saya di luar. Setakat ini saya sedang berbincang dengan pihak Dream Music untuk memilih lagu yang sesuai untuk dijadikan sebagai single pertama saya yang mungkin keluar sebelum hujung tahun ini,” kata Aishah.


Menyentuh tentang komposer, Aishah sendiri belum mengetahui siapakah komposer yang akan menghasilkan lagu untuknya dan akui dirinya tidak pernah mengamalkan ‘favoritisme’.


Ungkapan ‘saya tak kisah’ yang selalu terpacul dari mulut Aishah juga turut dijawab untuk menjelaskan reaksi apabila ada yang menegur tentang berpakaian seksi baru-baru ini.


Aishah akui yang dirinya bukanlah seorang yang suka berpakaian seksi namun apabila dilemparkan kenyataan sedemikian, gadis manis dan suka tersenyum ceria ini lantas tertawa dan menjawab dengan tenang.


Katanya, “Saya tak kisah orang nak kata apa pun tentang pakaian saya. Saya tak tahu pun macamana orang boleh kata saya seksi sedangkan pakaian saya setiap kali keluar rumah hanyalah baju t dan seluar jeans serta bergaya ‘biasa-biasa’ sahaja.


“Saya bukanlah jenis suka berpakaian seksi dan pentingkan cara berpakaian kerana saya seorang ‘public figure’. Jadi, saya tidak akan pakai sebarangan baju.”


Selain menunggu untuk rakaman single, Aziz berkata dia sibuk menerima undangan nyanyian.“Saya sibuk dengan ‘show’ di banyak tempat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya yang mengaku semakin rapat dengan Akim.


Namun begitu, Aishah menafikan yang dirinya mempunyai hubungan cinta dengan pemenang tempat ketiga AF7 itu seperti yang digosipkan sebelum ini.


“Kisah saya dan Akim hanya ‘cerita’ dalam Astro dan sekarang kami sudah lama tidak berjumpa kerana dia sibuk dengan lakonan manakala saya pula sibuk dengan ‘show’.


“Kali terakhir saya berjumpa dengan Akim semasa kami sama-sama mejalani rakaman program Rumah Terbuka pada bulan Ogos lepas di Melaka,” katanya yang tinggal bersama Zizi AF7 dan dua orang sepupunya, Apip, 26, dan Kak Dedek, 30.


Menurut Aishah, kedua sepupunya itu merupakan anak saudara emaknya.


Walaupun jauh dari keluarga tersayang yang berada nun jauh di Kuching, menerusi perbualan yang dirakamkan melalui telefon itu jelas kedengaran suaranya yang ceria seolah-olah seronok tinggal bersama yang lain.


“Saya tiada masalah dengan mereka (Zizi, Apip dan Kak Dedek) sebab mereka menjaga saya dengan baik. Kadangkala ayah saya juga selalu ‘update’ tentang aktiviti saya.“Apa yang berlaku pada masa akan datang, saya tetap akan menyanyi.


“Kalau ‘single’ saya kurang mendapat sambutan pada tahun depan, mungkin saya akan sambung belajar dalam bidang ‘architecture’. Saya nak minta kolej atau universiti di kawasan Kuala Lumpur sahaja,” katanya yang sebelum ini pernah mendapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Seremban dalam bidang Sains Fizikal (Kejuruteraan) selepas mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Ditanya kenapa tidak diterima sahaja tawaran itu sedangkan untuk melanjutkan pelajaran di matrikulasi hanya mengambil masa setahun, jawab gadis comel ini, ‘saya nak kumpul duit dulu dan selepas itu baru nak sambung belajar’.Dalam nada tenang, Aishah akui bersyukur dengan pengalaman baru yang dilaluinya sekarang dan tidak mungkin akan menoleh ke belakang lagi.

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries