
pic credit:diddy hirdy fb
Turut menerima tawaran ialah personaliti Astro Awani, Ashwad Ismail yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin Mei lepas serta pembaca berita Rizal Zulkapli.
Mereka ditawar mengikuti Program Khas Pengajian Luar Kampus (PLK) bagi kursus Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian (PLK) dan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian (Mode Eksekutif), dan akan memulakan pengajian pada Ogos depan.
Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, UUM melancarkan program khas tersebut setelah menerima permohonan daripada beberapa selebriti untuk melanjutkan pelajaran secara PLK.
"Program pengajian selama empat tahun itu membolehkan artis, penggiat seni dan pengamal media di negara ini menghadiri kelas dengan waktu yang lebih fleksibel, sesuai dengan jadual harian mereka yang padat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan di sini.
Beliau berkata UUM berhasrat melahirkan modal insan yang berkualiti, berilmu dan berpendidikan termasuk di kalangan penggiat seni.
"Kesemua mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan pihak universiti untuk menyambung pengajian, dan kami berharap usaha mereka untuk terus menimba ilmu dapat dijadikan panduan kepada peminat dan masyarakat," katanya. - Bernama
Labels: akim, akim af7, CSI AISHKIM, info, the hero
Labels: aishkim, akim, akim af7, CSI AISHKIM, mila, the hero
JUMBO GAJAH BIRU ini merupakan sebuah filem animasi dari Thailand yang dialih bahasa ke dalam bahasa melayu. Tajuk asal filem animasi ini adalah KHAN KLUAY 2 yang diarahkan oleh seorang animator terkenal Thailand yang bernama Kompin Kemgurmnird iaitu seorang animator warga Thai yang pernah bekerja untuk Disney di dalam animasi Atlantis:The Lost Empire, Tarzan dan Ice Age .JUMBO GAJAH BIRU merupakan filem sekual atau kesinambungan bagi filem Khan Kluay yang juga diarahkan oleh Kompin yang telah mendapat sambutan yang begitu hebat dari penonton Thailand dan mendapat kutipan box office.
JUMBO GAJAH BIRU akan menggunakan khidmat suara penyanyi kecil molek dan bekas Juara Akademi Fantasia iaitu MILA dan juga seorang lagi bekas pelajar Akademi Fantasia iaitu AKIM bagi mengalih suara animasi ini ke dalam bahasa melayu. Ini merupakan projek pertama pengalih suaraan filem animasi Thailand ke dalam Bahasa Melayu oleh ASTRO. Tujuan animasi ini dialih suara adalah bagi menyesuaikan filam animasi ini untuk tontonan penonton dan pasaran tempatan.
Selepas peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Gajah, JUMBO telah dipilih untuk menjadi Gajah Diraja bagi Raja Naresuan ( Filem Khan Kluay 1). Namun posisinya sebagai Gajah Diraja telah menimbulkan satu dilema bagi JUMBO kerana ianya melibatkan soal hidup dan mati ahli keluarganya.
LUNA, isteri JUMBO secara rahsia telah mengandung dan ini menyebabkannya mahu pulang ke kampungnya untuk melahirkan bayi mereka namun tanpa disangka oleh LUNA kampugnya telah diserang oleh tentera musuh. LUNA dan penduduk kampung akhinya dijadikan tawanan oleh tentera musuh.
Kejadian ini telah menyebabkan JUMBO di dalam dilema kerana dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan isterinya LUNA dan meninggalkan tugasnya sebagai Gajah Diraja atau meneruskan tugasnya terhadap raja dan negaranya lalu terpaksa membiarkan ahli keluarganya di dalam bahaya.
Untuk mengetahui apakah keputusan yang akan diambil JUMBO, Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini bersama famili anda. :)
info credit to yoyooh.com
Labels: aishkim, akim, akim af7, CSI AISHKIM, jumbo gajah biru, the hero
Sidi,Akim,Aishah,Zizi,Yazid dan Qhaud.
KREDIT:Isma AF7@Facebook

Labels: AISHAH, akim, CSI AISHKIM, ISMA, qhaud, SEHATI BERDANSA, sidi, the hero, THE HEROIN, yazid, zizi

KREDIT:METRO AHAD 1 NOVEMBER 2009
Oleh MURSHID EUNOS
metahad@hmetro.com.my
ADA benarnya kata orang tua-tua, mula usik-mengusik, lama-lama rasa sayang. Perasaan dan senario yang sama mula menghantui jiwa bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) ke-7, Siti Aishah Bujang apabila mula bersedia mengatur bicara mengenai pesona peribadinya.
Gigih memberi alasan serta taktik untuk melarikan tumpuan, namun gadis kecil molek kelahiran Kuching, Sarawak ini terpaksa akur apabila jawapannya ada di depan mata.
Tiada lagi teka-teki, bermula dengan wajah merah padam dan tersipu-sipu, Aishah mula bercerita.
Kehadiran jejaka yang juga temannya di AF7, Mohd Qhauhd Abd Rashid (Qhaud) menemaninya ke sesi fotografi Selebriti ini merungkai segala-galanya.
Mengakui perhubungan mereka masih berada di peringkat awal, gadis yang sentiasa tersenyum ini bagaimanapun tidak menolak seandainya tertulis jodoh buatnya bersama jejaka berusia 25 tahun itu. Kemesraan yang terjalin atas landasan persahabatan itu mula erat terbina selepas berakhirnya kembara mereka di AF.
“Awalnya saya diusik dengan Akim, kononnya kami menjalin hubungan mesra di AF. Malah teman-teman dan Abang AC banyak mengusik kami berdua sepanjang program itu. Namun lama-kelamaan, kisah kami berdua semakin senyap dan tiba-tiba saya mula dikatakan rapat dengan Qhaud. Cuma ketika itu, saya hanya menganggap ia sekadar usikan.
“Terus-terang saya katakan, antara saya dan Qhaud tidaklah serapat mana ketika itu. Hubungan kami sama seperti teman yang lain. Namun, mungkin rezeki saya selepas tamat program seperti undangan persembahan atau sesi fotografi banyak digandingkan dengan Qhaud, dari situlah bermulanya keakraban kami sebagai sahabat.
“Kami banyak menerima undangan bersama yang mana pihak penganjur atau peminat yang menjemput inginkan gandingan kami. Jadi banyak jugalah destinasi yang kami pergi bersama. Itulah yang membuatkan keserasian dan persefahaman antara kami wujud sekali gus memberi ruang kepada kami untuk terus bersahabat,” katanya.
Gadis yang dilentur oleh Datin Seri Tiara Jacquelina ini turut mengakui yang Qhaud menepati ciri-ciri lelaki pilihan hatinya. Hubungan yang awalnya seperti abang dan adik itu bagaikan platform meluahkan segala masalah dan berkongsi cerita, Aishah akur akan ketulusan hati Qhaud yang banyak memberi dorongan.
“Sesiapa saja yang mengenali Qhaud pasti akan memberi pandangan positif terutama bercerita mengenai karektornya. Dia seorang lelaki dan sahabat yang cukup memahami serta pandai mengambil hati.
“Qhaud jenis insan yang sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Saya tidak kekok atau teragak-agak untuk menceritakan apa saja masalah padanya kerana dia seorang pendengar yang setia dan sentiasa memberi pandangan yang boleh memberi semangat.
“Setakat ini, saya masih lagi dalam proses mengenali dirinya dan begitu juga dengan Qhaud kerana masih terlalu awal untuk kami membuat sebarang keputusan berkenaan hubungan kami. Sejujurnya masih belum terbit rasa cinta padanya kerana saya amat menghormati pendiriannya yang banyak menyumbang sokongan serta cetusan inspirasi buat saya selama ini.
“Saya sememangnya selesa berkawan dengannya memandangkan sikapnya yang sentiasa merendah diri dan ikhlas dalam persahabatan. Tapi belum masanya untuk kami fikirnya lebih serius kerana masing-masing sibuk mencari ruang sebagai anak seni. Itu keutamaan kami sekarang,” katanya yang mengakui pihak keluarga kedua-dua belah pihak sudah mengetahui hubungan persahabatan mereka.
Berbicara mengenai soal cinta, pada mata Aishah yang pernah dikecewakan sebelum ini sebenarnya membimbangkan. Bagaimanapun pengalaman lalu mengajarnya untuk tidak terus patah semangat sekiranya berdepan lagi dengan perasaan itu.
Aishah kini lebih berhati-hati mencongak jalannya agar pisang tidak berbuah dua kali. Walaupun menganggap cinta zaman persekolahan itu sebagai cinta monyet, namun episod sementara itu tetap meninggalkan impak buat dirinya.
“Kisah itu sudah berlalu dan saya berusaha untuk melupakannya. Walaupun ia seperti satu persinggahan dalam hidup, tapi itulah erti cinta pertama saya. Jadi, sekarang saya akan pastikan perasaan pedih seperti itu tidak akan berulang lagi.
“Apapun masih terlalu awal untuk saya lihat semua itu pada Qhaud kerana kami masih mengenali hati budi. Tidak adil untuk saya menghakiminya berdasarkan pengalaman lalu, Qhaud seorang lelaki yang lain dari segi personalitinya dan seorang yang bertanggungjawab dalam banyak aspek.
“Dialah teman yang banyak membantu memandangkan saya seorang diri di sini tanpa keluarga dan teman rapat yang lain. Jadi kehadirannya sekurang-kurangnya dapat memberi kegembiraan dan sedikit harapan di saat saya memerlukan,” katanya.
Menyentuh cabang kerjayanya pula, Aishah kini dalam proses pemilihan lagu untuk singlenya bersama syarikat pengurusan, Dream Music. Pun begitu, dia juga giat mencari komposer yang boleh memberi sebuah lagu yang mampu melonjakkan namanya.
Bagaimanapun, dalam diam anak kelima daripada enam beradik ini turut menyimpan hasrat bergelar pelakon. Meskipun bersandar hanya pada satu pengalaman dalam bidang lakonan menerusi rancangan raya peserta AF, Aishah tegar mencatur perancangannya untuk mendalami ilmu seni lakon itu.
“Sebenarnya saya teringin untuk menyelami bidang lakonan sejak menyertai AF7 lagi. Mungkin ramai yang melihat saya seorang gadis pemalu dan tidak banyak bercakap kerana karektor saya memang kurang menonjol ketika di AF.
“Namun, saya ingin menyahut cabaran itu dan mencuba nasib untuk menghafal dialog sambil menghayati sesebuah watak,” jelasnya yang juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni bina.
Labels: AISHAH, CSI AISHKIM, METRO AHAD, THE HEROIN
Kredit:www.murai.com.my
13-Oct-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Akim
.jpg)
Nama Pelakon
AFIQ HAKIM BIN AHMAD
Tarikh Lahir
18 JANUARY 1991
Tempat Lahir
JOHOR
Pengalaman
AKADEMI FANTASIA 7
Pencapaian
TEMPAT KE-3 AKADEMI FANTASIA 7
Adegan paling mencabar dalam membawakan watak Akim adalah...
Bercinta dengan Mila
Senaraikan sifat Akim yang mempunyai persamaan dengan diri anda?
Kuat jeles
Jika anda diberi peluang memegang watak lain, siapakah anda & kenapa?
Watak Aril sebab saya suka watak yang aggresif dan berlagak sebab watak yang mencabar
Apakah masalah terbesar yang anda hadapi sepanjang penggambaran Kau & Aku?
Masalah terbesar tiada
Siapakah satu (1) teman yang paling rapat sepanjang sesi penggambaran dijalankan?
Mila
Pelakon lain dalam Kau & Aku yang anda kagumi adalah...
Aril sebab pandai melakukan wataknya dengan baik
Apakah yang biasanya anda lakukan sementara menunggu penggambaran babak anda?
Tidur dan check scene serta dialog
Harapan anda kepada drama muzikal - Kau & Aku
Supaya dapat sambungan
Labels: akim, CSI AISHKIM, KAU DAN AKU, the hero
Oleh WAHIDA ASRANI @ mstar online
Siapa sangka, meskipun hanya mendapat tempat ketiga di dalam program realiti popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tidak lama dulu, perjalanan seni Afiq Akim Ahmad atau mesra dengan panggilan Akim ini dilihat cukup menyerlah.
Bukan saja mempertaruhkan single pertamanya, Bengang, yang rancak diputarkan di stesen-stesen radio, Akim juga turut dipilih membintangi drama bersiri berbentuk muzikal, 'Kau & Aku', yang akan mula disiarkan di Astro Ria pada 24 Oktober ini.
Menariknya, jejaka berusia 18 tahun ini sudah mula 'diintai' sejak berada di dalam AF lagi dan justeru, setelah berakhirnya AF, Akim terus ditawarkan untuk menjayakan drama bersiri kerjasama Malaysia dan Indonesia itu bersama-sama dengan naib juara AF7, Aril.
"Bagi saya, ini adalah rezeki. Memang kalau diikutkan, nyanyian tetap keutamaan saya. Tapi bila diberi peluang berlakon, saya tidak mahu lepaskan kerana sejujurnya, saya ingin kembangkan lagi bakat saya.
"Pertama kali berlakon, saya akui cukup susah sebab memang nampak lakonan saya 'kayu' sangat pada awalnya. Tapi pengarah banyak membantu saya menghayati watak.
"Dan sepanjang melakukan penggambaran drama ini, saya akui pengalaman yang saya kutip cukup berharga terutamanya daripada pelakon-pelakon hebat lain, apatah lagi kami berada di Jakarta, Indonesia selama dua bulan untuk penggambaran drama ini," kata Akim yang ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut di Pavillion, baru-baru ini.
Selain Akim dan Aril, drama muzikal Kau & Aku yang brkonsepkan ala-High School Musical ini dibintangi oleh Mila serta pelakon-pelakon lain seperti Amar, Farish, Raja Farah, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom, Ika Nabila, Nonny, Azizah Mahzan, Nurul, Sabrina Ali, Riezman dan ramai lagi.
Hafiz AF7, Stacy dan Dafi juga turut membuat penampilan istimewa di dalam drama arahan Roslan Hussin ini.
Secara ringkasnya, drama bersiri 26 episod yang diadaptasi daripada program televisyen dari Venezuela ini mengisahkan tentang kehidupan dan cabaran sekumpulan remaja yang menuntut di Kolej Seni Persembahan Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara Mila dan Akim.
Ditanya tentang gandingannya dengan juara AF5, Mila sebagai 'heroin' drama ini, kata Akim, dia tidak berdepan masalah bekerja dengan gadis itu. Namun, sambil tersenyum, Akim menolak andaian ramai yang mungkin merasakan kedua-duanya sudah berputik perasaan cinta.
"Tidak mungkinlah. Memang cinta lokasi itu wujud, tetapi hanya ketika di lokasi saja. Bagi saya, lebih baik fokus pada karier saja ketika ini. Lagipun, Mila pun tak nak kat saya rasanya," tutur Akim dalam nada berseloroh.
Dalam pada itu, bercerita tentang karier nyanyiannya pula, kata Akim, dia akan tampil dengan sebuah single baru tidak lama lagi yang merupakan hasil ciptaannya sendiri. Buat masa ini, perkara itu sedang di dalam perbincangan dengan syarikat pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd.
Selain itu, Akim juga dijangka akan mengadakan penggambaran semula untuk video muzik Bengang setelah tiga kali ia dijalankan semula kerana maslah-masalah tertentu.
"Kali pertama buat video itu dulu, ia berdepan dengan masalah teknikal dan terpaksa diulang semula penggambarannya. Begitu juga yang terjadi untuk kali kedua. Namun, kedua-duanya tidak sempat ditayangkan lagi.
"Kita akhirnya berjaya menyiapkan video tersebut setelah membuat semula penggambaran untuk kali ketiga dan telah pun disiarkan di televisyen. Tetapi, rasanya, saya perlu sekali lagi melakukan penggambaran semula untuk video ini kerana kami menerima aduan daripada penonton gara-gara babak saya memandu sambil pegang telefon bimbit.
"Sebenarnya, kereta itu tidak bergerak pun. Malah, jika ikut kepada 'scene' sebenar di dalam video itu, memang kereta itu tidak bergerak dan saya hanya duduk di dalamnya dan memegang telefon bimbit. Tetapi mungkin penonton rasakan memang saya kelihatan seperti memandu.
"Tak mengapalah. Mungkin bagus juga lakukan sekali lagi video ini untuk kebaikan diri saya juga. Nak kata 'mood' nanti akan lari, saya tidak rasa pula begitu. Malah, mungkin saya boleh mendalami lagi lagu itu dan jadi lebih 'bengang' lagi," katanya dalam nada ceria.
Labels: akim, CSI AISHKIM, the hero

KREDIT:MINGGUAN MALAYSIA 25 OKTOBER 2009
Oleh SY MUSSADAD MAHDI
Foto ihsan ASTRO
WAH! Ada khabar angin mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim dan Stacy bercinta. Ramai yang terkejut kerana selama ini tidak siapa tahu mereka sebenarnya mempunyai perasaan sejak beberapa bulan lalu.
Sumber memberitahu Pancaindera mereka pernah melihat kedua pasangan artis ini keluar dan makan bersama.
Malah Stacy juga dikatakan pernah menjemput Akim ke kediamannya di Kajang, Selangor. Biarpun tidak ada siapa yang mahu mengesahkan perkara itu tapi tidak mustahil dakwaan tersebut berdasarkan beberapa cerita gosip sebelum ini yang mengaitkan mereka berdua.
Saat ditanya mengenai hubungan itu, mereka berdua enggan bercerita mengenainya. Tetapi mereka menolak mempunyai perasaan sebagai pasangan kekasih.
Ketika sesi fotografi ini dilakukan di Kluang, Johor pada Sabtu lalu Akim mahupun Stacy kelihatan ceria dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka.
Akim yang ditemui menjelaskan bahawa gosip tersebut adalah tidak berasas dan dia sendiri tidak mengetahui bagaimana cerita tersebut boleh tersebar.
"Akim pelik macam mana gosip tersebut boleh keluar. Akim sendiri tak tahu menahu dan tiba-tiba keluar cerita yang bukan-bukan.
"Akim tak marah atau bengang dengan gosip tersebut. Mungkin ada orang yang mahu melihat kami membuat hubungan yang lebih serius.
"Lagipun memang kami tak bercinta. Apa yang Akim nak kisahkan. Biarlah mereka nak buat apa sahaja cerita yang mereka suka," kata Akim yang popular dengan lagu Bengang.
Jelas Akim, dia sangat mendambakan seorang gadis yang benar-benar memahami karier dan dirinya memandangkan anak seni sepertinya tidak pernah lari daripada sebarang gosip yang bisa mencalarkan hati.
Sebelum ini nama Akim tiba-tiba menjadi panas apabila dikatakan menyombong termasuklah dengan rakan-rakan wartawan.
Reda sahaja isu tersebut, Akim dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Aishah AF7 dan Diyana, salah seorang peserta program Anak Wayang.
"Selama ini pun, Akim dan Dayana tak pernah menjalinkan hubungan cinta. Lama kelamaan cerita itu senyap. Bila timbul cerita Akim dan Stacy bercinta pula, Akim tetap akan buat benda yang sama," katanya lagi.
Bagi gadis kecil molek kelahiran Sabah, Stacy pula berpendapat cerita tersebut memang mengejutkan dirinya memandangkan antara dia dan Akim tak lebih hanya berkawan.
Akui Stacy lagi, dia memang sejak dahulu meminati suara yang dimiliki oleh Akim terutama apabila Akim menyanyikan lagu Bencinta pada konsert akhir AF7 yang lalu.
"Stacy hanya minat dengan suara yang dimiliki oleh Akim dan tak lebih dari itu. Cuma apa yang pelik bila ada yang mengatakan kami bercinta sedangkan langsung tiada apa-apa perasaan antara kami.
"Ini memang satu gosip yang lawak. Stacy tak terkejut kalau orang kata Stacy bercinta dengan Nubhan memandangkan selama ini sudah banyak cerita kami yang keluar.
"Stacy tak rasa apa-apa. Kalau benar Stacy ada menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki akan Stacy umumkan kepada peminat," jelasnya yang tidak putus-putus menerima undangan menyanyi.
Biarpun begitu Stacy tidak menolak sekiranya mereka benar-benar jatuh cinta pada masa akan datang memandangkan itu jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan.
Stacy melihat Akim sebagai seorang remaja yang mempunyai bakat yang besar termasuklah dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.
"Tapi Stacy lagi suka kalau kami memberikan tumpuan dan fokus kepada kerjaya memandangkan kami masih muda dan masih banyak cabaran yang pelu kami hadapi.
"Soal hati, cinta dan perasaan ini biarlah Stacy tolak ketepi dahulu bagi memastikan nama Stacy benar-benar kukuh dalam industri seni tempatan," kata Stacy.
Labels: akim, CSI AISHKIM, MINGGUAN MALAYSIA, STACY, the hero
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
Tidak pernah timbul perasaan kecewa dalam diri Aishah, 18, malah dia terus bangkit untuk meneruskan perjuangannya setelah program realiti itu berakhir pada Mei lalu.

Labels: AISHAH, CSI AISHKIM, THE HEROIN

Credit:www.manggaonline.com.my Ditulis oleh Nonie Isnin, 19 Oktober 2009 19:12
"Pertama kali Akim berlakon dan rasanya lakonan Akim macam kayu, keras macam tak boleh menghayati dialog.
"Tapi pengarah dan rakan-rakan banyak bagi tunjuk ajar untuk hasilkan yang terbaik untuk drama Kau dan Aku," ujar Akim.
Mempelajari sesuatu yang baru merupakan pengalaman menyeronokkan bagi pemuda berasal dari Johor ini, namun menganggap lakonan hanyalah sekadar pelengkap kepada kerjayanya dan nyanyian masih bertakhta dihatinya.
"Buat masa ini, Akim tak ada terima sebarang tawaran lain untuk berlakon dan jadual Akim lebih banyak untuk show nyanyian.
"Single terbaru Akim akan keluar tak lama lagi dan Akim tulis lirik sendiri. Untuk album pula, setakat ini Akim ada tiga buah lagu ciptaan Akim," ujarnya optimis.
Seperti juga Mila, Akim merasai pengalaman gegaran ketika berada di Jakarta untuk penggambaran drama tersebut. Walaupun agak berhampiran dengan tempat kejadian, Akim bersyukur kerana tiada kemalangan bruk berlaku kepadanya dan kumpulan produksi.
"Kami rasa gegaran masa tengah shooting tapi syukurlah tiada apa-apa yang berlaku," ujarnya ringkas.

Belum Masanya
Mengakui rapat dengan rakan-rakan AF yang lain, namun menurutnya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bercinta. Karier harus diutamakan untuk memastikan kejayaan yang lebih memuncak masa akan datang.
Akim bakal digandingkan Mila, Aril, Zoey dan banyak lagi pelakon remaja popular lain untuk drama terbaru Astro, Kau dan Aku. Ia mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Drama ini akan diselang selikan dengan persembahan muzikal menerusi lagu popular pelajar Akademi Fantasia seperti Bengang, Toksid, Menatap Matamu dan lain-lain lagi.
Drama ini bakal ke udara setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104).

Labels: akim, CSI AISHKIM, KAU DAN AKU, the hero
CREDIT:MURAI
Akim Rakam I`m Yours Versi Melayu
Risik punya risik, rakaman itu adalah untuk sebuah program hari raya yang menarik iaitu Rumah Terbuka AF. Waah... menarik tu. Murai Batu dimaklumkan, Akim bukan sahaja menyanyikan lagu itu dalam bahasa Inggeris tetapi menukarkan liriknya ke bahasa Melayu.
Khabarnya, sekali lagi Akim menujukan lagu itu kepada Aishah. Amboi, episod cinta berulang lagi ke? Sementara itu, Konsert Reunion AF akan pasti berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 Julai ini. Jadi, peminat di Borneo jangan tak turun ramai-ramai ke konsert, jumpa di sana!
Labels: AISHAH, akim, CSI AISHKIM, i'm yours, konsert reunion af7, kuching, sarawak, the hero










