Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:Akim & Stacy putus cinta?
25 October 2009 | 10:31 AM | 0 comments

KREDIT:MINGGUAN MALAYSIA 25 OKTOBER 2009
Oleh SY MUSSADAD MAHDI
Foto ihsan ASTRO

WAH! Ada khabar angin mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim dan Stacy bercinta. Ramai yang terkejut kerana selama ini tidak siapa tahu mereka sebenarnya mempunyai perasaan sejak beberapa bulan lalu.

Sumber memberitahu Pancaindera mereka pernah melihat kedua pasangan artis ini keluar dan makan bersama.

Malah Stacy juga dikatakan pernah menjemput Akim ke kediamannya di Kajang, Selangor. Biarpun tidak ada siapa yang mahu mengesahkan perkara itu tapi tidak mustahil dakwaan tersebut berdasarkan beberapa cerita gosip sebelum ini yang mengaitkan mereka berdua.

Saat ditanya mengenai hubungan itu, mereka berdua enggan bercerita mengenainya. Tetapi mereka menolak mempunyai perasaan sebagai pasangan kekasih.

Ketika sesi fotografi ini dilakukan di Kluang, Johor pada Sabtu lalu Akim mahupun Stacy kelihatan ceria dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka.

Akim yang ditemui menjelaskan bahawa gosip tersebut adalah tidak berasas dan dia sendiri tidak mengetahui bagaimana cerita tersebut boleh tersebar.

"Akim pelik macam mana gosip tersebut boleh keluar. Akim sendiri tak tahu menahu dan tiba-tiba keluar cerita yang bukan-bukan.

"Akim tak marah atau bengang dengan gosip tersebut. Mungkin ada orang yang mahu melihat kami membuat hubungan yang lebih serius.

"Lagipun memang kami tak bercinta. Apa yang Akim nak kisahkan. Biarlah mereka nak buat apa sahaja cerita yang mereka suka," kata Akim yang popular dengan lagu Bengang.

Jelas Akim, dia sangat mendambakan seorang gadis yang benar-benar memahami karier dan dirinya memandangkan anak seni sepertinya tidak pernah lari daripada sebarang gosip yang bisa mencalarkan hati.

Sebelum ini nama Akim tiba-tiba menjadi panas apabila dikatakan menyombong termasuklah dengan rakan-rakan wartawan.

Reda sahaja isu tersebut, Akim dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Aishah AF7 dan Diyana, salah seorang peserta program Anak Wayang.

"Selama ini pun, Akim dan Dayana tak pernah menjalinkan hubungan cinta. Lama kelamaan cerita itu senyap. Bila timbul cerita Akim dan Stacy bercinta pula, Akim tetap akan buat benda yang sama," katanya lagi.

Bagi gadis kecil molek kelahiran Sabah, Stacy pula berpendapat cerita tersebut memang mengejutkan dirinya memandangkan antara dia dan Akim tak lebih hanya berkawan.

Akui Stacy lagi, dia memang sejak dahulu meminati suara yang dimiliki oleh Akim terutama apabila Akim menyanyikan lagu Bencinta pada konsert akhir AF7 yang lalu.

"Stacy hanya minat dengan suara yang dimiliki oleh Akim dan tak lebih dari itu. Cuma apa yang pelik bila ada yang mengatakan kami bercinta sedangkan langsung tiada apa-apa perasaan antara kami.

"Ini memang satu gosip yang lawak. Stacy tak terkejut kalau orang kata Stacy bercinta dengan Nubhan memandangkan selama ini sudah banyak cerita kami yang keluar.

"Stacy tak rasa apa-apa. Kalau benar Stacy ada menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki akan Stacy umumkan kepada peminat," jelasnya yang tidak putus-putus menerima undangan menyanyi.

Biarpun begitu Stacy tidak menolak sekiranya mereka benar-benar jatuh cinta pada masa akan datang memandangkan itu jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan.

Stacy melihat Akim sebagai seorang remaja yang mempunyai bakat yang besar termasuklah dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.

"Tapi Stacy lagi suka kalau kami memberikan tumpuan dan fokus kepada kerjaya memandangkan kami masih muda dan masih banyak cabaran yang pelu kami hadapi.

"Soal hati, cinta dan perasaan ini biarlah Stacy tolak ketepi dahulu bagi memastikan nama Stacy benar-benar kukuh dalam industri seni tempatan," kata Stacy.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries