Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:Mainan Jiwa Aishah
02 November 2009 | 5:27 PM | 0 comments

KREDIT:METRO AHAD 1 NOVEMBER 2009
Oleh MURSHID EUNOS
metahad@hmetro.com.my


ADA benarnya kata orang tua-tua, mula usik-mengusik, lama-lama rasa sayang. Perasaan dan senario yang sama mula menghantui jiwa bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) ke-7, Siti Aishah Bujang apabila mula bersedia mengatur bicara mengenai pesona peribadinya.
Gigih memberi alasan serta taktik untuk melarikan tumpuan, namun gadis kecil molek kelahiran Kuching, Sarawak ini terpaksa akur apabila jawapannya ada di depan mata.

Tiada lagi teka-teki, bermula dengan wajah merah padam dan tersipu-sipu, Aishah mula bercerita.

Kehadiran jejaka yang juga temannya di AF7, Mohd Qhauhd Abd Rashid (Qhaud) menemaninya ke sesi fotografi Selebriti ini merungkai segala-galanya.

Mengakui perhubungan mereka masih berada di peringkat awal, gadis yang sentiasa tersenyum ini bagaimanapun tidak menolak seandainya tertulis jodoh buatnya bersama jejaka berusia 25 tahun itu. Kemesraan yang terjalin atas landasan persahabatan itu mula erat terbina selepas berakhirnya kembara mereka di AF.

“Awalnya saya diusik dengan Akim, kononnya kami menjalin hubungan mesra di AF. Malah teman-teman dan Abang AC banyak mengusik kami berdua sepanjang program itu. Namun lama-kelamaan, kisah kami berdua semakin senyap dan tiba-tiba saya mula dikatakan rapat dengan Qhaud. Cuma ketika itu, saya hanya menganggap ia sekadar usikan.

“Terus-terang saya katakan, antara saya dan Qhaud tidaklah serapat mana ketika itu. Hubungan kami sama seperti teman yang lain. Namun, mungkin rezeki saya selepas tamat program seperti undangan persembahan atau sesi fotografi banyak digandingkan dengan Qhaud, dari situlah bermulanya keakraban kami sebagai sahabat.

“Kami banyak menerima undangan bersama yang mana pihak penganjur atau peminat yang menjemput inginkan gandingan kami. Jadi banyak jugalah destinasi yang kami pergi bersama. Itulah yang membuatkan keserasian dan persefahaman antara kami wujud sekali gus memberi ruang kepada kami untuk terus bersahabat,” katanya.

Gadis yang dilentur oleh Datin Seri Tiara Jacquelina ini turut mengakui yang Qhaud menepati ciri-ciri lelaki pilihan hatinya. Hubungan yang awalnya seperti abang dan adik itu bagaikan platform meluahkan segala masalah dan berkongsi cerita, Aishah akur akan ketulusan hati Qhaud yang banyak memberi dorongan.

“Sesiapa saja yang mengenali Qhaud pasti akan memberi pandangan positif terutama bercerita mengenai karektornya. Dia seorang lelaki dan sahabat yang cukup memahami serta pandai mengambil hati.


“Qhaud jenis insan yang sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Saya tidak kekok atau teragak-agak untuk menceritakan apa saja masalah padanya kerana dia seorang pendengar yang setia dan sentiasa memberi pandangan yang boleh memberi semangat.
“Setakat ini, saya masih lagi dalam proses mengenali dirinya dan begitu juga dengan Qhaud kerana masih terlalu awal untuk kami membuat sebarang keputusan berkenaan hubungan kami. Sejujurnya masih belum terbit rasa cinta padanya kerana saya amat menghormati pendiriannya yang banyak menyumbang sokongan serta cetusan inspirasi buat saya selama ini.

“Saya sememangnya selesa berkawan dengannya memandangkan sikapnya yang sentiasa merendah diri dan ikhlas dalam persahabatan. Tapi belum masanya untuk kami fikirnya lebih serius kerana masing-masing sibuk mencari ruang sebagai anak seni. Itu keutamaan kami sekarang,” katanya yang mengakui pihak keluarga kedua-dua belah pihak sudah mengetahui hubungan persahabatan mereka.

Berbicara mengenai soal cinta, pada mata Aishah yang pernah dikecewakan sebelum ini sebenarnya membimbangkan. Bagaimanapun pengalaman lalu mengajarnya untuk tidak terus patah semangat sekiranya berdepan lagi dengan perasaan itu.

Aishah kini lebih berhati-hati mencongak jalannya agar pisang tidak berbuah dua kali. Walaupun menganggap cinta zaman persekolahan itu sebagai cinta monyet, namun episod sementara itu tetap meninggalkan impak buat dirinya.

“Kisah itu sudah berlalu dan saya berusaha untuk melupakannya. Walaupun ia seperti satu persinggahan dalam hidup, tapi itulah erti cinta pertama saya. Jadi, sekarang saya akan pastikan perasaan pedih seperti itu tidak akan berulang lagi.

“Apapun masih terlalu awal untuk saya lihat semua itu pada Qhaud kerana kami masih mengenali hati budi. Tidak adil untuk saya menghakiminya berdasarkan pengalaman lalu, Qhaud seorang lelaki yang lain dari segi personalitinya dan seorang yang bertanggungjawab dalam banyak aspek.

“Dialah teman yang banyak membantu memandangkan saya seorang diri di sini tanpa keluarga dan teman rapat yang lain. Jadi kehadirannya sekurang-kurangnya dapat memberi kegembiraan dan sedikit harapan di saat saya memerlukan,” katanya.

Menyentuh cabang kerjayanya pula, Aishah kini dalam proses pemilihan lagu untuk singlenya bersama syarikat pengurusan, Dream Music. Pun begitu, dia juga giat mencari komposer yang boleh memberi sebuah lagu yang mampu melonjakkan namanya.

Bagaimanapun, dalam diam anak kelima daripada enam beradik ini turut menyimpan hasrat bergelar pelakon. Meskipun bersandar hanya pada satu pengalaman dalam bidang lakonan menerusi rancangan raya peserta AF, Aishah tegar mencatur perancangannya untuk mendalami ilmu seni lakon itu.

“Sebenarnya saya teringin untuk menyelami bidang lakonan sejak menyertai AF7 lagi. Mungkin ramai yang melihat saya seorang gadis pemalu dan tidak banyak bercakap kerana karektor saya memang kurang menonjol ketika di AF.

“Namun, saya ingin menyahut cabaran itu dan mencuba nasib untuk menghafal dialog sambil menghayati sesebuah watak,” jelasnya yang juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni bina.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries