Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 12-ANTARA DUA
01 November 2009 | 10:00 AM | 0 comments

KARYA:ARZA
"AISHAH?"

Akim melihat Aril di sebelah Aishah.Akim hairan.Apa yang mereka lakukan di Genting?

"Akim…"Aril berbicara

"Akim…kebetulannya…"Aishah cuba mengawal situasi.

"Buat apa kat sini?"Akim bertanya.

"Tak tahu ke?Kitaorang kan couple sekarang.."Aril menjawab.

Akim tersentak.Akim mula naik angin apabila melihat Aril menggenggam tangan Aishah.Tanpa disedari Akim meluru lalu menumbuk Aril.

"ARIL!"Jerit Aishah.

Kejadian yang berlaku di khalayak ramai menarik perhatian wartawan yang hadir.Wartawan dengan pantas menuju ke arah Aril,Akim dan Aishah.Akim yang menyedari keadaan tersebut mula panic.

"Akim!"Aishah bengang.

"Aishah..saya tak ada maksud.."Akim cuba mempertahankan diri.

"Akim…kenapa dengan awak?Kenapa tumbuk Aril?"Aishah cuba cover keadaan.

"Maafkan saya…saya tak tahu kenapa…"

Aril bangun lalu menyuruh semua orang senyap.

"Hebat tak lakonan kami?"Tanya Aril.

Wartawan yang menyangka bahawa kejadian tadi adalah benar mula tertipu dengan soalan Aril.

"Lakonan yang kamu bertiga buat tadi untuk cerita apa?"Wartawan dari berita harian bertanya.

"Actually…itu adalah lakonan kami untuk drama Aku Dan Kamu"Jawab Aril.

Akim yang menyedari pembohongan Aril lalu mengikut Aril berpura-pura,begitu juga dengan Aishah.Tanpa mereka ketahui sebenarnya pembohongan mereka akan membawa akibat yang besar.

**********************************************************************
Aishah menyapu ubat pada mulut Aril yang luka.Akim hanya memerhati penuh cemburu namun perasaan itu dipendamnya demi Aishah.

"Sorry wok…pasal tadi…"Akim meminta maaf.

"It's okay…salah aku juga…terlebih cakap…"Aril berpura-pura.

"Akim…we need to talk.."Aishah berbicara serius.

Akim mengikut langkah Aishah.

"Akim..kenapa dengan Akim..bukankah kita sudah bincang pasal benda ni??"

"Aishah..Tadi Akim bengang sangat dengan Aril…dia siap pegang tangan Aishah lagi.."

"Akim…kat sana tadi banyak wartawan…Jika Aril tak buat camtu..Wartawan mungkin akan tahu!"

"Tapi Aril tak seharusnya mengambil kesempatan!"

"Sepatutnya Akim berterima kasih kepada Aril..kalau tak kerana dia..mungkin rahsia kita dah terbongkar!"

Akim tunduk.Dia tidak tahu bagaimana untuk membalas kata-kata Aishah.

"Akim…Akim kena faham keadaan Akim sekarang…buat masa sekarang..cuba jarakkan diri dari Aishah..demi masa depan Akim..Aishah dan Aril akan cuba sedaya-upaya untuk membantu Akim..Akim fikirlah…pasal Aril..jangan bimbang..kami hanya kawan.."Kata Aishah lalu beredar.

Walaupun mendengar dari mulut Aishah sendiri,Akim masih belum pasti.Dia masih ragu-ragu dengan Aril.Dia takut Aril akan merampas Aishah dari dirinya.Akim dapat merasakan Aril cuba merampas Aishah melalui statement Aril dan kelakuan Aril.Akim paling takut kehilangan Aishah.Patut ke tak dia membocorkan rahsia agar tidak kehilangan Aishah?Akim terpaksa memilih antara Aishah dan kerjayanya.

***********************************************************************
Aida dan Mona sedang melawat Azreq.

"Sian budak ni.."Mona berkata.

"Siapalah yang sanggup kenakan dia…"

"Rasanya kita kena bertindak sendiri.."

"Maksud Mona?"

"Aida..kita sendiri akan siasat siapa yang cuba mencederakan Azreq dan Nadia pada malam tu.."

"Okay.."

Tasya tiba-tiba muncul.

"HAHAHA…Dah pandai dah orang tua ni!"

"Kau buat apa kat sini?"Aida bertanya.

"Hey orang tua!Korang berdua nak siasat penembak ke?"

"Tasya..kau tak reti hormat orang lain ke?"Mona mula bengang.

"Hormat korang?Sorry la…"

"Budak ni…memang nak kena…"Aida geram.

"HAAHA..Cobalah kalau berani!"

Aida memberi isyarat kepada Mona menyuruh memegang Tasya.

"Hey!Lepaskan!"

Mona memegang Tasya dengan erat.Aida mengeluarkan lipstick dari begnya lalu menyapu ke muka Tasya.Kemudian Aida menggunakan seluruh alat make-up nya membuat muka Tasya kelihatan macam muka zombie tak makan 15 hari.Setelah selesai,mereka berdua beredar meninggalkan Tasya yang sedang marah.

Doktor masuk untuk melihat keadaan Azreq.

"AAAHHHHHHHHHHHHHH!"

Doktor Adam pengsan melihat wajah Tasya.Tasya tidak memperdulikan doctor Adam sebaliknya mengeluarkan telefon nya lalu mendail nombor lelaki yang sedang memusnahkan Aishkimmers.

********************************************************************
Claire dan Nadia sedang duduk di bangku di taman.Masing-masing melayan perasaan sendiri.

"KC..Rasanya Az akan sembuh tak?"Nadia bertanya

"Nadia..semua tu bergantung kepada Allah SWT..Kita perlu berdoa kepadanya agar Az selamat..'

"Sekiranya Az tak selamat..Nadia takkan lepaskan orang yang telah menembak Az..!"

"Nadia…tak baik berdendam.."

"Habis tu?Takkan nak biarkan?"

"Kita bunuh dia saja…muahahahah…!"

"HA?"

"Gurau je..relax ler…"

"Sekarang Nadia berharap cik Spy dapat membantu kita…"

***********************************************************************

"Akim!If you did that again…saya tak akan teragak-agak menyaman awak!"

Akim hanya memandang wajah pengurusnya,Encik Hafiz Suip.

"Maafkan saya.."

"Ini peluang terakhir!Faham?"

"Faham tuan.."

"Jangan nk buat gosip!"

"Saya takkan buat lagi.."

Akim mula resah.Akim mula memikirkan Aishah.Terbayang-bayang di minda Akim Aishah menjadi kekasih Aril.Tetapi Akim perlu meneruskan kerjayanya.Akim semakin resah,gelisah,takut dan etc.

***********************************************************************

"Okay Tasya.Terima kasih"Ucap Aril sebelum meninggalkan Tasya.

Tasya hanya tersenyum puas selepas berbincang dengan Aril.

"Siaplah korang!!!!!"

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries