Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 6:Akasha 'Anak' Kita Jua!
24 November 2009 | 7:39 AM | 0 comments

Sudahnya Isma,Akem,Dafi,Stacy dan Nadia menaiki van sekolah membawa Aishah ke klinik berdekatan.

Akem menggeleng-gelengkan kepala.(Masuk kali ni dah 3 kali kemalangan..kena humban dalam parit,pengsan kat dewan dan terbalik kuang kat padang..kena mandi bunga minah ni..).

“Macam mana?”Dafi bingkas bangun mendapatkan Aishah yang baru keluar dari bilik doktor.

“Okay..doktor cakap kalau saya ada muntah-muntah kena buat advanced medical check up.Dia bagi MC sehari..untuk esok.”

“Kalau kau okey,baguslah.Aku balik dulu.Ayah aku pun dah datang.”Isma bangun sambil menggalas beg galasnya.

“Err..terima kasih pasal tolong aku.”Ujar Aishah teragak-agak.

“Sebagai kapten tanggungjawab aku menjaga kau.Okey,kau balik rehat dulu.Esok praktis kau tak payah datang.”

“Tapi aku dah okey,aku nak datang esok.”

“Kau degil la.Aku cakap tak payah,tak payah la.Minggu depan kau datang.Aku warning nih..balik rehat!”Isma menunjukkan jari telunjuknya sebagai tanda arahan.

“Okey,Aishah..take care..kitaorang pun nak balik dulu.Rehat cukup-cukup okeh.”Nadia berkata sambil disambut anggukan Stacy.

“Korang balik dengan apa?”Tanya Dafi.

“Driver datang ambil.”Jawab Stacy.

“Sainglah,aku hantarkan korang.Aishah balik macam mana?”

“Aishah..Aishah..Aishah balik..”

“Taulah Aishah balik,kan?”Nadia cuba menyelamatkan Aishah yang tergagap-gagap untuk mengatakan dia akan pulang bersama Akem. “Jom Dafi!”

“Tapi..”

Belum sempat Dafi menghabiskan kata-katanya Stacy dan Nadia menariknya keluar dari klinik itu.

Akem sekadar memerhati mereka bertiga keluar dari klinik.Dia menghampiri Aishah yang terdiam membisu seribu bahasa.

“Bak Akasha..”

“Akasha?”Aishah meraba-raba beg galasnya.Dia kelihatan risau.

“Kau bagi hilang,aku belasah karang..”

“Diamlah!”Aishah mengambil pula beg sisinya yang berisi uniform sekolah.Dia menarik nafas lega apabila kotak yang berisi Akasha terdapat di dalamnya.

“Nah!”Dia menghulurkan kotak itu kepada Akem.

“Aku ambil dulu pasal esok kita kena bawa Akasha jalan-jalan.”Akem tersengih nakal menampakkan gusinya.

“Eh,dalam jadual tu tak cakap pun kena bawa jalan-jalan.”

“Pedulik ah..nah dua ringgit.”Akem menghulurkan not dua ringgit kepada Aishah.

“Buat apa?”

“Tambang bas balik rumah kau lah..”

“Kau cakap minggu ni kau ambil dan hantar aku.”

“Aku cakap ambil dan hantar kau sekolah..bukan dari klinik.Bye bye.”Akem melambaikan tangannya dan dengan selamba meninggalkan Aishah di klinik itu.

Aishah menggigit bibirnya.(Bengong!!!!!!)

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Kelima:Jumaat

Sepanjang hari ini Aishah hanya melayan Kiki memandangkan dia mendapat cuti sakit hari ni.Terima kasih kepada Marsha dan Dayana yang menghumbankannya ke belakang.Anak kucing betina tiga warna itu tak henti-henti mengejar bebola benang bulu kambing yang dilemparnya

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 petang.Ikutkan hatinya mahu saja dia ke sekolah sejak pagi tadi.Duduk di rumah pun bukan ada sesiapa.Abahnya sejak pagi-pagi lagi mencari rezeki.Kalau tidak menjual nugget dan sosej,dia membantu rakannya meniaga ikan di Pasar Selayang.

Miauwwwww…

“Adoi!”

Aishah tersentak apabila mendengar jeritan seorang lelaki di luar rumah.Aishah menjenguk ke luar tingkap.Dia terkebil-kebil melihat Akem bergayut di tiang tepi tangga rumahnya dengan Kiki di bawahnya yang mengiau garang.

“Apa masalah kau?Kucing tu kecik je.”

“Aku takut kucing la.Lagipun aku terpijak ekor dia tadi.Kau jauhkan kucing kau.”Akem merayu bersungguh-sungguh.

“Ha..ha..ha..ha!”Aishah ketawa dengan megah sambil mencekak pinggangnya.(Poyo betul..takut kucing rupanya..)

Dengan muka berlagak Aishah mengambil Kiki dan mengacahnya ke muka Akem.(Hamik!).

“Weh,aku tembak kau karang!”Akem menjerit sambil memejamkan matanya.

“Ada hati nak tembak orang,huh!”Aishah meletakkan Kiki ke dalam rumah.Dia menguis lengan Akim dengan jari kelingkingnya.

“Buka mata.Kau kenapa?”

“Hah?”Akem menjeling ke bawah.(Dah lesap pun makhluk ganas tu..).Dia membetul-betulkan bajunya yang tak ada apa-apa masalah pun.Pandangannya tajam ke arah Aishah yang melihatnya atas dan bawah.“Apa?Kau tengok apa?”

“Kau datang rumah aku.Kau tu yang kenapa?Eh,bukannya kau ada praktis ragbi ke petang ni?”

“Aku minta Nubhan tengokkan,kan kita ada kerja penting hari ni?”

“Kita?”Aishah terkebil-kebil.(Buat apa?Cuci Menara Berkembar Petronas?)

“Kau ni sengal la.Buat apa lagi?Bawa Akasha jalan-jalan.”

Aishah terlopong.(Biar betik!Dia ni obsess betul dengan projek ni..nak jadi Belia Contoh ke?).

“Apa yang kau fikir?”

“Tak de apa-apa,kau duduk luar,aku tukar baju.”Aishah memberikan pandangan sinikal kepada Akem.(Mesti kecik-kecik nih pernah wat dosa curi telur ayam jiran,tu pasal sayang sangat kat si Akasha).

“Tak payah,kau dah pakai cantik dah tu..jom!”

Akem menarik Aishah yang memakai jeans lusuh separuh lutut dan t-shirt Chicken Little.

“Kalau ye pun bagi la aku kunci pintu rumah..bengong!”Jeritan Aishah memenuhi ruang angkasa Kampung Baru.

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Keenam:Sabtu

Akem berusaha menghasilkan topi kecil yang diperbuat daripada kertas warna dan dilekatkan dengan gam kepada Akasha.Dia memandang gambar Mila yang diletakkan di sisi gambarnya.Dia mengeluh perlahan.Semenjak dia bekerjasama dengan Aishah untuk Program Sayang Anakku Sayang,Mila langsung tidak bertegur sapa dengannya.(Chill la babe,takkan dengan budak yang aku selalu buli pun dia nak cemburu?)

Mengingatkan nama Aishah,Akem teringat peristiwa semalam..

Lokasi:TGV Sunway Piramid.

Jam:3.00 petang.

Cerita:Cloudy With A Chance Of Meatballs

“Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!”

Aishah menjeling ke arah Akem yang ketawa terbahak-bahak.(Bengong!).Paling menjengkelkan Akem membeli tiket untuk tiga buah kerusi.Aishah,Akem dan Akasha!

Akasha duduk di tengah-tengah di dalam bekas popcorn yang khas untuk Akasha sendiri.Akem pun sedap menonton dengan popcorn dan air kola.Aishah?Aishah hanya mendapat kuih muruku yang dibeli di Jalan Masjid India.Sanggup Akem menyembunyikan kuih itu di dalam jaketnya daripada dikesan petugas wayang.Itu semata-mata tidak mahu membelikan popcorn untuk Aishah.Aishah menjuih bibirnya.(Pembuli!).

Tidak sampai setengah jam mereka di dalam panggung wayang,seorang lelaki berbadan besar datang dan ingin melabuhkan punggung di antara Akem dan Aishah. Akem membulatkan matanya apabila melihat pemuda itu hampir-hampir duduk di atas Akasha.Selamba dia menendang punggung lelaki itu.

Dusyum!

“Oh abah kita!Hoi!Kau kenapa?”Tengking lelaki itu.

“Kau tak nampak ke ‘anak’ aku kat sini?”

Aishah menutup mukanya dengan tangan.(Alamak..)

“Kau ni dah buang tebiat?”

“Aku belasah karang!”Ugut Akem garang.

“Syy..”Aishah meletakkan jari telunjuk ke mulutnya sendiri. Dia memandang Akem.“Kau boleh tak jangan nak belasah orang?”

“Ntah..cuba kau dengar cakap orang gaji kau.”

Aishah terdiam.(Apa?).

“Aku orang gaji dia?”

“Ye la..dia pakai suit LV..awak Chicken Little..”

“Biadab betul!”

Sebijik penumbuk Aishah hinggap di mata kanan lelaki itu.Akem terdiam.(Alamak!)

Hasilnya kedua mereka campur Akasha dihalau petugas wayang itu.Akem tersengih sendirian.

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Keenam:Ahad

“Abah,Aishah keluar dengan Qhaud,Zizi dan Yazid.”

“Okey,jangan balik lewat.”Pak Sarip berpesan kepada anak dara tunggalnya.

Aishah berlari-lari keluar rumah.Hatinya teruja melihat ketiga-tiga sahabat baiknya.

“Korang!Rindunya!!!”

“Kitaorang pun rindukan kau.”Kata Zizi.Dia menjeling ke arah Qhaud. “Tapi yang pasti tentulah Qhaud yang lebih-lebih rindukan kau.”

Muka Qhaud merah padam mendengar kata-kata Zizi.Aishah terkebil-kebil cuba berlagak selamba.

“Korang nak pergi mana?Aku guide korang ronda-ronda KL.”Aishah cuba mematikan gossip antaranya dan Qhaud.Pertanyaan Aishah tidak dijawab apabila rakan-rakan lamanya terganggu dengan bunyi kereta enjin yang kuat.Di saat itu Aishah terasa lembik lutut.Dia menoleh ke arah bunyi enjin itu.

“Kau kenapa?Hari ni Ahad.Aku yang jaga Akasha?Kenapa kau datang?”Tanya Aishah bertalu-talu apabila Akem turun daripada keretanya.

“Kau check tengok?Mana Akasha?”

Aishah mengeluh kecil.(Papadom betul!).Dia meraba-raba beg sisinya.Wajahnya berubah apabila dia tidak dapat merasakan bentuk kotak yang diisikannya Akasha.

“Uhuk..uhuk..Akasha hilang..”Aishah menangis separuh nyawa.Zizi,Yazid dan Qhaud risau melihat keadaannya.Erti kata sebenar,mereka pun tak tahu siapa Akasha.

“Sengal!Aku belum bagilah!”Akem mengeluarkan Akasha dari saku jaketnya.

“Akasha!”Aishah menjerit riang dan memasukkan Akasha ke dalam beg sisinya.Dia menjeling ke arah Akem(Bengong!)

Tanpa memperkenalkan Akem kepada tiga sahabatnya,Aishah terus masuk ke dalam kereta Volkswagen Qhaud.Qhaud memandang Akem dari atas ke bawah.

“Apa tengok-tengok?Belasah karang!”Marah Akem.

Qhaud cuba mara ke hadapan tapi dia ditahan oleh Aishah.

“Jom..jom..jom kita pergi KLCC.”Aishah menolak Qhaud ke dalam kereta.Akem masih berdiri di situ walaupun kereta Volkswagen Herbie itu telah hilang daripada pandangan.

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Ketujuh:Isnin

“Cepatlah!Lembap macam siput lala!”Bentak Akem apabila melihat Aishah mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan Akasha dari beg galasnya.

Aishah ingin membalas kata-kata Akem tapi malas.Dia cuma berkumat-kamit mengutuk Akim tanpa berbunyi.(Siput lala sedap apa buat makan!).

“Nah!Mulut bising macam nenek kebayan!”

Aishah menghulurkan Akasha kepada Akem.Hari ini mereka dikehendaki menyerahkannya secara rasmi kepada Puan Khadijah untuk dibuat penilaian.

“Hah!”Akem tersengih melihat Akasha yang merupakan ‘anak’ atau bahasa rasminya telur ayam mentah yang paling comel di saat itu.Akem menjeling ke arah Aishah. “Cepat!Masuk dewan!”

Akem terus melangkah dengan kakinya yang panjang masuk ke dalam dewan.Aishah terkedek-kedek di belakang mengikuti Akem.

Puan Khadijah tersenyum melihat Akem dan Aishah masuk ke dalam dewan.Pasangan yang terakhir menyerahkan kembali ‘anak’ jagaan mereka.

“Puan,saya nak bagi..hoh?”Akem memerhatikan retak yang terdapat pada badan Akasha.Aishah dan Puan Khadijah memandangnya dengan kehairanan.Dahi Akem berkerut dan memberikan pandangan yang tajam kepada Aishah.

“Apasal Akasha retak?”

“Mana ada?Mana?”Aishah mengambil Akasha daripada Akem.

“Akasha?Telur ni ke retak?Banyak sangatkah?”Pertanyaan Puan Khadijah tidak terjawab.Aishah turut terperanjat apabila melihat terdapat retakan pada badan Akasha.

“Kau..”Aishah meletakkan Akasha di atas meja penganjur.“Tadi aku pegang,okay je..kau bawa tadi terus retak.”

“W..W…What?Aku yang bagi retak?Banyak cantik muka kau.Mesti dah retak sejak semalam.Entah kawan-kawan kau duduk atas Akasha!”

“Kau ingat kawan-kawan aku tu ganas sangat ke?”

“Well..”Puan Khadijah cuba menenangkan mereka berdua.Tapi kudratnya seorang tidak mampu mematikan hujahan Akem dan Aishah.

“Memang!Memang!Kawan-kawan kau memang ganas.Terutama yang botak tu!”

“Kau jangan cakap Qhaud macam tu!Aku tanduk kau karang!”

“Tanduklah kalau beran sangat!Ada berannnn???”

Prakkkk!

Akem dan Aishah terdiam mendengar bunyi retakan itu.Puan Khadijah turut memandang ke arah Akasha.

Retakan di badan Akasha semakin banyak.Melarat-larat.

Prakk!Prakk!

Perlahan-lahan kulit telur itu jatuh ke bawah.Akem,Aishah dan Puan Khadijah tergamam melihat Akasha…bukan sebagai telur ayam mentah lagi tetapi..

Cip..cip!Cip!Cip!Cip!

“Akasha..”

Akem dan Aishah bersuara serentak.Kedua-dua mereka meletakkan dagu mereka di atas meja penganjur.Melihat aras yang sama dengan ketinggian Akasha..seekor anak ayam berbulu kuning yang sangat comel.

“Bagus Akem dan Aishah..kamu berdua satu-satunya peserta yang menjaga telur ini sehingga menjadi anak ayam.Tahniah!”Puan Khadijah menepuk-nepuk tangannya.Bangga.

Kedua-duanya tersenyum puas dan bangga melihat kelahiran Akasha ke dunia fana ini.Akem mengusap-usap perlahan kepala Akasha dengan jari telunjuknya.Dia tersenyum memandang Aishah yang kelihatan terharu dengan Akasha..anak ayam comel mereka.

Labels: , , , ,

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 5:Akasha 'Anak' Kita
23 November 2009 | 9:18 AM | 0 comments

“Aishah..Aishah..”

Aishah membuka matanya perlahan-lahan.Dilihatnya Dafi sedang tersenyum ke arahnya. Kepalanya masih berasa pusing.Dilihatnya sekeliling.Bilik rawatan.

“Apa..yang..jadi?”

“Entah tiba-tiba Aishah pengsan masa majlis PSAS pagi tadi.”

“PSAS?”

“Hai Aishah!”Suara ceria Nadia menjengah ke telinganya. “PSAS..Program Sayang Anakku Sayang.”

“Nadia pun ada?”Aishah kehairanan.

“Nadia partner Dafi untuk projek ni.”Dafi tersenyum lagi. “Partner?”(Erghhh..Akem..baru aku teringat!)

Aishah bingkas bangun meninggalkan Dafi dan Nadia yang terpinga-pinga.Aishah membuka pintu bilik rawatan dan melihat Akem tersengih sambil memegang sebiji telur yang telah pun dilukis dengan dua mata dan mulut yang tersenyum sambil menjelirkan lidah.

“ ‘Anak’ kita..Akasha!Akem campur Aishah..muahaha!”

“Akasha?”Aishah mengerutkan dahinya(Anak kita?Eeewww!).“Mesti Dr.Lee Lam Thye tersalah kiraan pasal zodiak ke apakebenda.Jom..jom tukar partner.”

“Kau nak siapa Aishah?Keputusan Dr.Lee muktamad.Kau nak markah kelakuan kau kurang ke?Aku tak kisah.”Akem melambung-lambung telur ayam mentah itu berkali-kali.

“Kau..”Aishah mengambil telur ayam mentah itu daripada Akem. “Kau boleh tak jadi ‘bapa’ yang bertanggungjawab sikit?”

“Tahu pun takut..nih jadual kita.”

Akem menghulurkan jadual penjagaan ‘anak’ kepada Aishah.

“Hari ni Isnin,Akasha aku jaga,Selasa kau,Rabu aku,Khamis kau,Sabtu aku dan Ahad kau.Masalahnya Jumaat kita kena sama-sama bawa Akasha jalan-jalan.”

Aishah membeliakkan matanya.(Hush,biar betik!Memang dalam jadual yang diberikan penganjur hari Jumaat untuk jagaan ‘ibu’ dan ‘bapa’ sehingga pukul 7 malam sebelum dikembalikan kepada ‘ibu’.).

“Mana ada cakap jalan-jalan,kau nak bawa telur ni pergi mana?Sunway Lagoon?”

“Hei..”Akem mengambil semula telur itu daripada Aishah. “Boleh tak sayang jangan senang-senang panggil ‘anak’ kita telur?Abang dah bagi nama dia Akasha okay?”

Aishah terasa ingin muntah apabila mendengar Akem membahasakan mereka sayang dan abang.(Bengong!).

“Whatever..kau ambil la..hari ni kau jaga.Ambik!Ambik!”

Aishah berlalu pergi sambil menutup telinganya.(Eew..eew..geli..).

“Sayang jangan lupa,kita kena buat report pasal Akasha hari-hari.”Akem ketawa nakal sambil memasukkan Akasha ke dalam saku baju sejuknya.

****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Kedua:Selasa

Aishah tersenyum memandang Akasha.Semalaman Akasha bersama Akem,keadaannya selamat.Tiada retak.Cuma Akem menambah lukisan rambut awning.Aishah menjuih bibirnya.(Ceh,kononnya style ‘bapa’ dia..)

Aishah mengambil pen marker dan melukis gambar baju T berwarna biru lembut.Warna kegemarannya.Dia turut melakar tanda nama Akasha.(Anak ‘ibu’ mesti memakai warna baju kegemaran ‘ibu’).

Marsha memandang Aishah dengan perasaan geram. ‘Anak’nya gojeng tanpa lukisan.(Benci Aril..tak ada semangat langsung..).Paling menggeramkan Marsha apabila ‘anak’nya nyaris-nyaris digoreng oleh ibu Aril pagi tadi.Apa tidaknya,’anak’nya disimpan di dalam peti sejuk.

“Ho ho ho..anak ‘bapa’!”

“Oh mak kau Santa Claus di siang hari!”Aishah melatah sebaik sahaja Akem menjengah melalui pintu belakang.

“Apa daa ‘ibu’ kau ni Akasha..kaki latah mengalahkan mak nenek.”Akem duduk di hadapan Aishah sambil mengambil Akasha.

“Kau letak balik,karang retak Akasha.”

“Alah..semalaman aku jaga..tak retak pun,tiba-tiba aku pegang seminit nak retak.”

“Kau punya custody esok,so esok la kau pegang dia.”Aishah cuba mengambil balik Akasha tapi dihalang Akem.

“Jap..jap..apahal ‘anak’ aku pakai baju biru lembut macam perempuan?Bagi la Akasha pakai baju warna hitam.Baru gothic.”

“Eh, ‘anak’ aku masuk kumpulan nasyid la..bukan My Chemical Romance.”Aishah mengambil semula Akasha dan diletakkan di dalam kotak khas.

“Aishah,mulai esok kau datang dan balik sekolah,aku amik kau.”

“Huh..tak de maknanya aku nak naik kereta kau.”

“Eh,sengal..aku risaukan Akasha.Naik basikal hentak-hentak jalan,retak karang ‘anak’ aku.Lepas abis projek ni kau naik la basikal.”

“Aku..”

“Kau diam.Esok pukul 7 pagi.Kau tak bangun,aku bunuh karang!”

Aishah menjeling tajam ke arah Akem yang selamba memberi arahan dan berlalu keluar.(Asyik-asyik bunuh..dia ingat dia sorang je tau membunuh?).

Marsha mendengus kasar melihat tingkah Akem dan Aishah.(Benci!).Dilihatnya Dayana di sebelahnya tersenyum-senyum dengan memegang bunga telur.(Amboi,dah siap berbunga telur).

“Eh,babe..siapa partner you?”

“Hafiz..”Dayana tersenyum simpul.

“Hafiz Kelab Muzik ke Hafiz Teater?”

“Hafiz Teater..”

Marsha mengukir senyuman sinis.(Patutlah..).

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Ketiga:Rabu

Akem membunyikan hon keretanya bertalu-talu.Aishah keluar daripada rumahnya dengan menjinjing kasut sekolahnya.(Bengong!Nasib baik abah dah keluar Subuh tadi..).

“Oi,cepatlah!Karang jam!”

“Kau tak nampak ke aku nak pakai kasut?”

“Kau pakai dalam keretalah..cepat sikit..”

Mahu tak mahu Aishah terpaksa berkaki ayam dengan menjinjing kedua-dua kasut sekolahnya.

“Kau cakap pukul 7 pagi.Ni baru 6.45 pagi.”

“Aku lupa..karang jalan jam..mana Akasha?”

“Dalam kotak dalam beg aku.”

Akem terus membuka beg galas Aishah dan mengambil kotak yang berisi Akasha.Aishah menggeleng-gelengkan kepala.(Loghat betul..).

“Okey..let’s go..”

Akem terus memecut Mazda RX7 sehingga menyebabkan Aishah hilang pertimbangan dan tersembam ke hadapan dashboard.Nasib baik dia sempat menghalang dengan tangannya.

“Kau ni kenapa?Nak cepat ke kubur?”

“Hehe..pakai safe belt.”Akem menarik tali pinggang keledar untuk Aishah. “Tahan nafas,10 minit mesti sampai sekolah.”

Sepanjang perjalanan ke sekolah,Aishah dapat merasakan rohnya melayang-layang entah ke mana.Berbanding Dafi yang merupakan pemandu berhemah walaupun memandu Jaguar,Akem bagaikan jelmaaan Ghost Rider yang boleh menyebabkannya hilang nyawa.Aishah memejamkan matanya.(Abah..ampunkan dosa anakmu..).

“Hah..tunggu apa lagi?Turunlah.”

“Heh..kita dah sampai ek?”Aishah dapat merasakan mukanya yang sejuk dan pucat.Dia menarik nafasnya panjang-panjang. “Kau boleh tak bawa slow sikit..kalau tak aku cabut stering kau dan bagi gajah pijak.”

“Aku..aku memang drive macam tu..”Akem menggaru-garu pipinya.

“Last warning..aku bagi gajah pijak stering kau..”Aishah berkata perlahan sebelum keluar daripada kereta itu.Akem terkebil-kebil memandang Aishah yang agak emosi.

Aishah dapat merasakan lututnya menggeletar walaupun dia sudah memijak tanah.Dalam keadaan terhuyung-hayang dia hampir-hampir melanggar seseorang.

“Opss..sorry..”

“Tak pe..”Mila terdiam seketika apabila melihat Aishah rupanya gadis yang keluar dari kereta Akem.Mila memandang seketika ke arah Akem sebelum berlalu pergi.Akem kelihatan gusar dan keluar dari keretanya untuk mengejar Mila.

Aishah hanya berdiri terpaku di situ.Duo BFF yang baru sampai sengaja melanggar bahunya sambil mencemuh kasar.

“Menyemak!’

Aishah mengeluh perlahan.

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Keempat:Khamis

Aishah memang keterlaluan..Dafi dia tawan..Akem dia kawan..Dalam PSAS berpasangan..konon-konon kuat berangan..

Dayana dan Marsha ketawa mengekek sebaik selesai bersorak untuk Aishah yang baru masuk ke padang ragbi.Nadia ingin melawan tetapi dihalang Aishah.Malas dia nak bertekak dengan duo BFF.

Dari jauh Dafi berlari dari tengah padang.Dia berhenti di hadapan Marsha dan Dayana.Spontan dia mengajuk rutin tarian pasukan sorak St.Jacob.

Dayana dan Marsha memang gedik..Dafi tengok nak tercekik..Asyik bersorak dan terpekik..Ketawa mengilai terkekek-kekek..

Semua ahli pasukan sorak yang lain mentertawakan mereka berdua.Dayana dan Marsha menjeling ke arah Dafi.(Benci!).

Akem yang berada di tengah padang sekadar memerhati sepintas langsung.Dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada latihan ragbi.

Dafi menghampiri Aishah lalu melutut di hadapannya.

“Jangan biar diorang buli awak.Okay?”Dafi mengangkat ibu jarinya sebelum kembali semula ke tengah padang ragbi.Aishah tidak mengangguk atau menidak.Dia menjeling ke arah Akem di tengah padang.Akem tampak serius.

Pagi tadi semasa Akem mengambilnya,sepatah perkataan pun dia tak berkata.Dia cuma mengembalikan Akasha semula kepada Aishah dan terus keluar dari kereta.Aishah mengeluh perlahan.(Agaknya dia ada masalah dengan Mila..).

“Eh,apasal Isma sekarang ceria je?”Nadia menguis lengan Stacy sebaik melihat Isma datang dengan wajah yang berbunga-bunga.

“Aku dengar dia dah intim dengan Zul.”Stacy tersengih.

“Whoaa..sehatiiiiiiiiiii berdansa!”Nadia ketawa kecil sambil menutup mulutnya.Aishah tidak menghiraukan perbualan Stacy dan Nadia.Fikirannya melayang-layang entah ke mana.Sesekali dia teringatkan teman-teman lamanya di Kuala Selangor.

“Okay,St.Jacob..praktis!”

Isma memberikan arahan sambil memasukkan CD lagu soundtrack ‘Another Cinderella Story’.Sebaik sahaja lagu ‘Tell Me Something I Don’t Know’ nyanyian Selena Gomez diputarkan semua ahli pasukan sorak memulakan langkah.

♪Everybody tells me that it’s so hard to make it..it’s so hard to break in..there’s no way to fake it..everybody tells me that it’s wrong what I’m feeling..I shouldn’t believe in..the dreams that I’m dreaming..♫

Pelbagai rutin digayakan termasuk salsa,twist,ago-go sehinggalah krumping.Sehinggalah piramid manusia dibina untuk memberikan laluan kepada ketiga-tiga flier menaiki puncak piramid.

♪I hear it everyday..I hear it all the time..I’m never gonna amount too much..but they’re never gonna change my mind..oh!..tell me..tell me..tell me something I don’t know..♫

Sebaik sahaja Aishah melakukan split,Dayana dan Marsha mengenyit mata sesama mereka.Selesai split,Aishah bersedia bersama Nadia dan Stacy untuk menaiki piramid masing-masing. Aishah melompat di atas lengan Marsha dan Dayana untuk dilambung ke atas tetapi sebaliknya dia terhumban ke belakang dan terbalik.

“Break!”

Jerit Isma sambil berlari ke arah Aishah.Nadia dan Stacy yang sudah berada di puncak piramid bergegas turun dengan segera.

“OMG!”Marsha dan Dayana berpura-pura terkejut melihat darah yang keluar daripada hidung Aishah.

“Kau dongak kepala.”Arah Isma sambil memangku kepala Aishah.Dia mengambil pek ais yang dihulurkan oleh seorang cheerleader yang lain dan menuapnya di hidung Aishah.Nadia dan Stacy juga membantu mendongakkan kepala Aishah.

“Hoh..macam mana boleh jadi macam ni?”Nubhan bertanya kehairanan.Bukan sahaja pasukan sorak malah semua ahli pasukan ragbi turut mengelilingi Aishah.Dafi bergegas mendapatkan Aishah.

“Awak okay?Nampak tak berapa jari saya?”Dafi menunjukkan jari telunjuknya.

“Satu kot.ke dua..tiga?.”Bisik Aishah perlahan.Sedikit keliru.Kepalanya pusing.

Marsha dan Dayana cuba menahan ketawa melihat keadaan Aishah.Akem berasa geram melihat mereka berdua.Dia pantas menengking mereka berdua.

“Korang buat apa?Aku belasah karang baru tau!”

“Apa pulak?Dia yang salah imbangan.”Marsha cuba membela dirinya dan BFF.Aril menepuk dahinya.(Alamak..baru aku nak tackle minah ni..dah buat keganasan pulak..).

“Korang lambung la betul-betul..”Suara Isma sedikit kecewa.Memang dia tidak begitu sukakan kehadiran Aishah,tapi dia tidak sampai hati melihat Aishah atau sesiapa sahaja dalam pasukan soraknya tercedera.

“Kapten..dia yang salah imbangan.”Marsha masih menyalahkan Aishah.Dayana mengangguk-angguk tanda setuju.

“Korang nak tak aku tunjuk macam mana salah imbangan?”Akem mengacah penumbuknya kepada Marsha dan Dayana.

“Eii..Akem..kejam..”Marsha dan Dayana mengundur sedikit ke belakang.

“Sudahlah..sebelum keadaan bertambah teruk.Siapa nak bawakan aku dan Aishah ke klinik?”Tanya Isma bersungguh-sungguh.

“Aku!”

Jawab Akem dan Dafi serentak.

Labels: , , ,

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 4:PSAS?
22 November 2009 | 1:31 PM | 0 comments

“Abah ni kuat sangat kerja tu pasal sakit-sakit.”

Aishah memicit-micit bahu Pak Sarip sambil membebel.

“Abah kerja untuk kesenangan kita juga.”

“Kan duit loan Aishah pun abah boleh pakai.”

“Duit loan Aishah untuk pelajaran Aishah.Abah tak nak sentuh duit tu.Duit makan minum dan pakai Aishah biar abah yang cari.”

Wajah abahnya yang bermisai panjang kelihatan serius apabila mengujarkan kata-kata itu.Aishah memeluk abahnya dengan penuh kasih sayang.

“Tak pe,untuk petang ni biar Aishah gantikan abah meniaga.”

“Hish..dah buang tebiat ke apa?”

“Alah abah kan sakit,Aishah meniaga sampai 7 malam saja.Lagipun petang ni Aishah tak ada latihan cheerleading.”

Pak Sarip tidak berkata-kata apa.Memang kalau diikutkan jika sekali pun dia tidak pergi bekerja bisa terganggu periuk nasi mereka untuk sebulan ini.

“Abah..Aishah kan ada black belt dalam taekwando.Kalau ada samseng-samseng kutu kat Jalan TAR tu teringin kerjakan Aishah,mati le jawapannya!”

Aishah menggenggam penumbuk kanannya.Pak Sarip menggeleng-gelengkan kepalanya.(Degil macam ibunya juga!).

“Okey abah izinkan Aishah pergi..”

“Thank you abah!”

“Tapi abah dah sihat nanti,Aishah jangan pergi.”

“Okey abah.”Aishah memeluk abahnya sekali lagi.Dia pintas bangun menukar pakaian.Berbaju T dan seluar jeans yang agak lusuh.Rambutnya diikat tocang dua seperti Chun Li dalam permainan video Street Fighters.

Rasanya baru sahaja abahnya mengizinkan untuk keluar menjaja nugget dan sosej,Aishah sudah pun lesap bersama basikal roda tiga abahnya.

Berdesup macam lipas kudung.

******

Kereta Mazda RX7 berwarna biru putih itu baru saja melalui Kompleks Pertama.Akem menguntumkan senyuman kepada Mila.Kuntum senyuman bersama lesapnya wang ringgit untuk menempah pakaian sempena majlis prom hujung tahun ini.

Mila membalas semula senyuman itu sambil meletakkan kepalanya ke bahu Akem.Akem mengeluh kecil.(Alamak,masa-masa rasa nak buang air besar ni pulak dia nak manja-manja..).

Perutnya berkeriut-keriut menahan senak. Tiba-tiba Akem terus membelok ke tempat letak kereta bawah tanah di Kompleks Pertama.Mila sedikit saspens dengan tindakan Akem(Huh..??).

Enjin kereta dimatikan.Akem tersengih sambil mengangkat jari kelingkingnya.

“Akem nak gi toilet.”

“Owh..” (Ingatkan apa tadi tiba-tiba parking kat basement).

“Mila nak tunggu sini ke?Nak shopping ke?”

“Tak pe,Mila tunggu sini saja.”

“Okey..nah ambik kunci kereta.Kunci kereta..nanti orang kidnap.Awak tu kecik,orang boleh simpan dalam poket je.”

“Macam-macamlah Akem ni.”

Akem tersengih sebelum keluar dari kereta.Pandangan matanya berpinar dan gelap.(Aduh..sakitnya perut aku!).

Dia tergamam apabila melihat barisan yang panjang.Ada lebih kurang tiga orang lelaki dihadapannya.

“Brader,bagi saya dulu,boleh?Saya dah tak tahan ni.”

“Banyak lah kau punya tak tahan..beratur la,bodoh ke apa?”

Akem mengetap bibirnya.Perkataan bodoh betul-betul menghangatkan jiwanya.Tanpa sebarang amaran,Akem terus menumbuk lelaki yang memanggilnya bodoh termasuk dua orang mangsa yang tidak berdosa.Ketiga-tiga mereka tersungkur di lantai.

Pintu tandas ditendang.Seorang maknyah yang sedang mengenakan gincu terkejut dengan tindakan Akem.

“Auww..jangan bang..”

“Apa abang-abang?Aku sakit perut lah!Ke tepi!”

Akem menolak keluar maknyah itu.Terkepit-kepit dia keluar dari tandas.

(Pedulik ah!Aku sakit perut!)

Hampir 10 minit di dalam tandas,Akem keluar dengan muka yang poyo.Lelaki yang memanggilnya bodoh tadi ketakutan melihatnya.

“Apa tengok-tengok?Nak kena belasah lagi?”

“Tak..tak..bang..sorry bang..”

Akem membetulkan rambutnya sebelum keluar dari tandas.Sebaik dia keluar dari tandas dia terdengar suara yang menggamit telinganya.

“Tuan-tuan..puan-puan..marilah rasa nugget dan sosej buatan Pak Sarip.Lain dari yang lain..mari..mari..”

Akem mengekori arah suara itu sehingga di luar legar Kompleks Pertama.Kelihatan Aishah dengan selamba menjual nugget dan sosej dengan basikal beroda tiga.Akem memerhati kelakuannya di celah-celah orang ramai.

“Nugget dan sosej ini hanya satu dalam seribu..”

Akem tersenyum sinis.(Ada ke orang promosi nugget macam tu?)

“Kenapa nugget tu rasa manis sebab cik adik manis ke?”Seorang pemuda yang nakal mengejek Aishah.Akem menggenggam penumbuknya,dia lantas ke hadapan dan menepuk kepala pemuda itu.

“Kau nak beli tak?Ke nak aku sekeh?”

“Sorry bang..sorry..”Lelaki itu menggosok-gosok belakang kepalanya sambil berlalu pergi.

Aishah mencekak pinggangnya.Dipandangnya Akem dari atas ke bawah.(Dia ni lagi..)

“Macam mana kau ada kat sini?”

“Eh,tempat ni reserved untuk kau saja ke?Aku tak boleh datang?”

“Kau tau tak kau dah buat pelanggan aku lari?”

“Siapa?Mangkuk tadi?Tak halal karang duit kau jual nugget kat dia.Entah-entah kerja jual DVD cetak rompak.”

“Aku meniaga halal..siapa pun pelanggan aku,aku perlu cari sesuap nasi.Aku bukan senang macam kau.”Aishah mengetap bibirnya geram.Akem terdiam.Dia melihat Aishah menyusun sosej dan nugget itu.Dalam melihat itu dia mendapat satu idea.

“Okey,berapa harga secucuk nugget dan sosej yang kau jual?”

“Satu cucuk RM2.kenapa?”

“Huih,mahalnya tepi jalan pun dua hengget..bukannya nugget McD pun.”

“Akem,kau pergi balik.”(Fed up!)

“Okey..oleh sebab aku mengganggu pelanggan kau,kononnya..padahal aku selamatkan kau..ohh,terima kasih Akem.Aku beli semua nugget dan sosej kau.”

“Aku tak nak terhutang budi dengan kau.”

“Apa budi-budi pulak?Kau ingat ni zaman Pak Malau?Aku beli semua ni untuk err..”Akem menjenguk sekumpulan anak yatim yang sedang menjual kalendar Islam di tepi jalan raya. “Untuk adik-adik tu.”

Aishah memandang ke arah belakang.Sekumpulan anak kecil yang berketayap dan bertudung labuh sedang memujuk orang ramai membeli kalendar mereka.

“Okey.”

“Bagus..sekarang bak semua..berapa?”

“Semua 800 ringgit.”Ujar Aishah selamba sambil meletakkan kesemua nugget dan sosej itu ke dalam beg plastik.

“Kau biar betul!”Akem membulatkan matanya.(Lintah darat!)

“Baki tu kau beli kalendar anak-anak yatim tu.Buat amal ibadat.”Aishah menghulurkan 10 bungkus plastik nugget dan sosej itu kepada Akem.

Akem mengambil beg plastik itu dengan kasar.Dia berlalu ke arah anak-anak yatim itu.Anak-anak kecil itu kelihatan seronok dengan pemberian Akem.Di saat itu wajah Akem berubah.Hilang wajah bengis dan perasan anak orang kaya.Sebaliknya dia sabar melayan karenah anak-anak kecil itu yang berebut-rebut nugget dan sosej itu.Tanpa disedari Aishah menguntumkan senyuman melihat telatah Akem dan anak-anak yatim itu.

“Nah,amik semua kalendar ni,sengal!”

Berpuluh-puluh kalendar diletakkan di atas gerai bergerak Aishah.Senyuman Aishah berubah menjadi tawar apabila mendengar perkataan sengal yang diucapkan Akem bersama sengihan yang menyakitkan hati.

“Bye bye sengal.”Akem bersiul-siul kecil sebelum berlalu pergi.Aishah mengemaskan gerai bergeraknya dengan hati yang bengkak.(Kalau dah bengong tu bengong la jugak).

Akem ketawa kecil seorang diri.Gelagatnya diperhatikan orang ramai.Masing-masing bersimpati.Di dalam fikiran mereka sayang kerana masih muda dan tampan tapi tak betul.

“Apa tengok-tengok?Belasah karang!”

Orang ramai mengeleng-gelengkan kepala mereka.Akem teringatkan sesuatu.(Alamak,Mila!).

*****

Aishah meletakkan basikalnya dengan berhati-hati.Dipandangnya kiri dan kanan.Risau juga jika terdapat Akem.Kalau setakat Marsha dan Dayana dia tak ambil kisah sebab minah mengeja berdua tu tak sampai tahap nak langgar basikal.Isma pun sudah lama tidak membulinya.Mujur ada Nadia dan Stacy yang menemaninya walaupun tidak seakrab Zizi,Yazid dan Qhaud.Dafi?Dafi pun sudah lama menghilang.Sesekali dia ternampak Dafi di kantin.

“Hai,mengendap apa tu?”

“Owh..Dafi..”Aishah tersenyum.(Panjang umur).“Tak de..check matahari dah terbit ke belum.”

“Kelakar la awak ni.Jom pergi dewan.”Dafi menarik beg galas Aishah dan diletakkan ke atas bahunya.

“Err..beg..beg..saya..”

“Tak pe la Dafi bawakan.Lagipun lama tak borak dengan awak.Jom!’

“Jom?Kita kan lain kelas.”

“La kan kita nak ke dewan.Puan Khadijah minta kita ke dewan pagi ni.Student upper six saja.”

“Ye ke?Saya tak tahu pun.”Aishah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Awak tidur dalam kelas kot.Jom!”

Dafi tersenyum dan berjalan mendahuluinya.Perlahan-lahan Aishah bergerak mengekori Dafi.

Sampai di dewan,beberapa orang gadis bergossip mengenai Dafi dan Aishah yang masuk bersama-sama ke dalam dewan.Aishah berasa tidak selesa tetapi dia cuba berlagak biasa.Dafi berbisik perlahan.

“Pedulikan diorang,paparazzi tak bergaji.”

Aishah hanya mengangguk.Aishah tersenyum melihat Nadia dan Stacy yang memanggil namanya.Sayangnya tiada kerusi kosong bersebelahan mereka.Dayana dan Marsha segera meletakkan buku di atas kerusi yang kosong sebaik sahaja melihat Aishah.Isma di belakang BFF kelihatan cuak menoleh ke belakang.Mungkin mencari Akem.

Akhirnya,Aishah dan Dafi menuju ke dua buah kerusi kosong di hadapan stand microphone.Itupun Aril yang melambai-lambai kepada mereka memberitahu tempat kosong di hadapannya.

Sebaik sahaja Aishah dan Dafi duduk,majlis pun bermula.Ketika itu Akem baru sampai,dia berdiri di sebelah pintu dewan kerana tiada tempat kosong.Kelihatan Nubhan juga turut bersamanya.

“Assalammualaikum dan selamat pagi semua.”

“Waalaikumussalam dan selamat pagi,puan.”

Puan Khadijah tersenyum melihat dewan yang dipenuhi pelajar.Dia memakai cermin mata dan membelek-belek nota di tangannya.

“Baiklah,saya pun tidak mahu membuang masa anda semua.Baik,untuk makluman pelajar semua,pihak sekolah telah bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk sebuah projek yang ulung-ulung kali diadakan.Tahniah kerana sekolah kita adalah perintis untuk projek ini.”

Puan Khadijah menepuk-nepuk tangannya.Mahu tak mahu para pelajar turut bertepuk tangan walaupun mereka langsung tidak mengetahui apa projek yang bakal mereka lakukan.

“Projek ini dinamakan PSAS iaitu Projek Sayang Anakku Sayang.”

Aishah dan Dafi saling berpandangan.(Huh?!).

“Anda semua sedia maklum bahawa dewasa ini gejala-gejala sosial seperti buang anak,merempit dan sumbang mahram acapkali terjadi dalam masyarakat Malaysia.Kita sudah hilang pegangan adat dan agama. Realitinya esok lusa atau pada suatu hari nanti anda semua juga akan bergelar ibu dan bapa.”

“Aku rasa macam best je projek ni..mari berkahwin ramai-ramai kot..hehe..”Aril berbisik kepada Dafi dan Aishah sambil tersengih.

“Aril,ada apa-apa masalah?”Puan Khadijah tersenyum sinis kepadanya.

“Tak de apa,puan.”Aril tersipu-sipu tunduk.Dafi hanya ketawa kecil.(Tu lah kau,gatal nak kahwin..).

“Baiklah,projek ini dijalankan selama seminggu sahaja.Anda akan dibekalkan dengan sebiji telur ayam..mentah.”

“Goreng pun sodap,puan!”Nubhan yang berdiri di belakang bersama-sama Akem ketawa mengekek dengan rakan-rakan mereka.

“Tidak,Nubhan,Akem dan geng-geng di belakang.Jangankan goreng,awak nak rebus pun tak boleh.Apa yang awak lakukan kepada telur ayam mentah ini akan mempengaruhi markah kelakuan awak dalam sijil berhenti sekolah.”

Aril dan Dafi menunjuk lubang hidung mereka dengan jari telunjuk kepada Akem dan Nubhan.(Amik korang!).

“Awak harus menjaga telur mentah ini dengan sebaik mungkin.Awak dikehendaki membawa telur ini mengikut jadual yang diberikan selama seminggu malahan ada borang maklumat yang perlu awak isi.Telur ini seumpamanya anak awak.”

“Dude,macam mana anak aku muka macam telur?”Bisik Aril kepada Dafi.Aishah tersenyum mendengar pertanyaan Aril.

“Kau kahwin dengan emak ayam kot..”bisik Dafi kembali sambil menahan ketawa.

“Saya rasa Dafi dan Aril tidak sabar menerima anak-anak mereka.”Puan Khadijah tersenyum sinis ke arah Dafi dan Aril sambil disambut tawa kuat daripada geng Akem di belakang.Kedua mereka cuba berlagak selamba.

“Baiklah..telur ayam mentah anda telah dicop dengan nama sekolah dan nombor,ini untuk mengelakkan anda semua menipu.Anda juga bukan menjaganya secara individu tetapi berdua..ada ibu dan ada bapa.”

Isma yang hampir-hampir tertidur membeliakkan matanya.(Ada ibu?Mestilah aku yang ibu.Siapa bapa?Akem ke?Ke?Ke?).Ketika ini dewan sedikit riuh dengan siulan nakal pelajar lelaki.

“Bawa bertenang,anda bergilir-gilir untuk menjaga ‘anak’ anda ini.”

Keluhan kecewa kedengaran daripada pelajar lelaki.Puan Khadijah menggeleng-gelengkan kepala.(Nakal betul!).

“Ibu dan bapa ini dipilih berdasarkan analisis psikologi yang dijalankan oleh guru kaunseling kita yang bertauliah dalam bidang psikologi,Dr.Lee Lam Thye.”

Dr. Lee Lam Thye berdiri sambil mengangguk-angguk.

“Tanpa membuang masa,kita mulakan upacara penyerahan ‘anak’..diminta Dr.Lee Lam Thye menyampaikannya bagi pihak Principal Tiara yang tidak dapat hadir.‘Ibu’ yang pertama ialah Isma binti Ismail dan ‘bapa’nya..”

Isma tersenyum bangga.(Akem..Akem..)

“Zulkiflee B. Majid.”

Senyuman Isma menjadi tawar.(Zul?Penyanyi band indie 2 by 2?Huh!).Dalam keadaan terpaksa Isma melangkah bersama Zul untuk mendapatkan ‘anak’ mereka.

“ ‘Ibu’ yang kedua Marsha binti Landoh dan ‘bapa’nya Aril bin Azwan.”

Marsha menjuihkan bibirnya.(Okeylah,Aril not bad..).Dafi berbisik perlahan ke telinga Aril. “Tu mak ayam kau..”

“Banyaklah kau..”Aril sempat menolak kepala rakannya sebelum menaiki pentas.

“ ‘Ibu’ seterusnya..Aishah binti Sarip dan ‘bapa’nya..”

Dafi tersenyum ke arah Aishah.Aishah membalas senyuman itu kembali.Dia yakin akan mendapat Dafi sebagai pasangan projek ini.Sekurang-kurangnya dia tidak berasa janggal.

“Akem bin Aris!”

Muka Aishah terasa pucat lesi.(Akem?).Kakinya kejang dan tidak boleh bergerak.Pandangannya berpinar-pinar.Gelap.Blackout.(Mak oi gelapnya dunia!)

Labels: , , , ,

CINEMASCOPE 20:THE HERO AND HEROIN
20 November 2009 | 10:48 PM | 0 comments
CUTE MANGA FROM MIA A.K.A KIMIA.
THANKS MIA..:)..

Labels: , , , , , ,

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 2:I'm a cheerleader
| 2:00 PM | 0 comments

Pagi itu Akem datang awal ke sekolah.Essei Ekonomi pun awal-awal lagi diletak di atas meja Puan Khadijah.Prinsipnya mudah,nakal tetap nakal tapi pelajaran jangan dilupa.Keputusan SPM yang tidak begitu dibanggakan dijadikan inspirasi untuk berjaya dalam STPM.Bila-bila masa sahaja dia boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan wang ayahnya.Tapi Akem lebih puas jika dia mendapat keputusan yang baik untuk ke menara gading.

“Hai..Abang Akem..”

“Waalaikumussalam..hai..hai..”Akem melambai tangan ke arah juniors yang melambai-lambai tangan kepadanya.Womaniser,player bukannya dia pinta.Tapi populariti itu tidak dapat dielak.Aura diminati ramai yang tak dapat dipadam.

Skreeettt..

Bunyi brek basikal ditekan mengejutkan Akem.Dia tersenyum sinis melihat Aishah menunggang basikal yang dibelinya.Aishah sekadar menjeling sambil turun daripada basikal.

“Nasib baik kau tunggang basikal tu,kalau tak..aku bunuh kau..hehe..”

“Kau kenapa?Lahir kat penjara ke?Asyik-asyik nak bunuh orang..kejap nak langgar orang?”

Akem tidak menjawab soalan Aishah.Dia berlalu pergi sambil bersiul melodi lagu ‘Madu Tiga’ versi Ahmad Dhani.Aishah menggalas begnya dengan kasar.(Buduh!)

“Aik,apa dah jadi?”

Pertanyaan Dafi menyebabkan Aishah mati kutu.Dia memusing ke belakang dan melihat Dafi bermain-main dengan loceng basikal Akem itu.

“Errr.err..panjang ceritanya.”

“Pendekkanlah.”

“Basikal tu Akem yang bagi.”

“Dafi punya?”

“Dah kerempeng..Akem langgar.”

“Tak guna!”Dafi menyepak basikal yang dibeli Akem.Aishah cepat-cepat menahan basikal itu daripada terjatuh.

“Awak jangan jahanamkan basikal ni pulak.Saya dah tak de idea nak kelentong abah.Ini pun saya cakap saya menang basikal ni sebab masuk peraduan Tongkat Ali Café.”

“Petang ni latihan ragbi kau siaplah.”

“Apa?”

“Tak de apa-apa.”Dafi mengeluarkan not seringgit daripada dompetnya dan meletakkan ke atas tapak tangan Aishah.

“Apa ni?”

“Saya tak ada hutang dengan awak,awak tak ada hutang dengan saya.Saya cuma nak kutip hutang dekat Akem.”

“Tapi..tapi..”

Dafi tidak menghiraukan Aishah dan berlalu pergi meninggalkannya seorang diri di tempat letak kenderaan murid.Aishah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.(Petang ini latihan ragbi,apa yang Dafi nak buat kat Akem?).

“Amboi basikal baru,menang peraduan Tongkat Ali Café ke?”

Suara Marsha memerlinya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Duo BFF tersenyum sinis sambil ketawa mengekek.

Aishah menjelir lidahnya.(Dubuk!).

*****

Dewan gimnasium itu riuh dengan latihan pasukan sorak St.Jacob.

“Apa?Linda kena demam campak?Habis?Macam mana ni?Kita dah kurang satu flier.Minggu depan ada perlawanan ragbi dengan Methodist.”

“Isma,I boleh jadi flier.”Marsha menawarkan dirinya sambil tersenyum ceria.

“I sokong..I sokong..s.o.k.o.n.g..sokong!”Dayana memberikan sokongan kepada BFF dengan penuh semangat.

“Tak sokong!Tak sokong!T.A.K..S.O.K.O.N.G..Tak sokong!”Ahli-ahli pasukan sorak yang lain membantah.

“Kejamnya.Sebab tak sokong?”Marsha meminta kepastian.

“Jangan le main redah jer!Sebagai seorang flier,macam saya dan Stacy..mestilah comel dan ringan.”Nadia Haswani Datuk Hasnan yang merupakan seorang flier memberikan pendapatnya.

“Kauorang bukan comel tapi pendek.”Dayana mempertahankan BFF.

“Whatever,bimbo.”Kata-kata Nadia disambut dengan gelak tawa ahli sorak yang lain.

“Okay,girls..keputusan majoriti saya terima.Sebagai kapten,saya cadangkan kita cari flier baru sementara Linda sakit.Saya setuju dengan Nadia.Flier mesti berbadan kecil.Kalau tak macam mana nak lambung di atas piramid.Ada apa-apa cadangan?”

“Kapten,macam mana dengan Mila?”

“Okay,Stacy..Mila kecil tapi dia tak ada basic gimnastik.Nanti ada yang patah riuk pulak.”

“Kapten,saya cadang student baru nama Aishah.”

Kata-kata Nadia menyebabkan semua ahli sorak terdiam.

“Kau kenapa Nadia?Kau dapat H1N1 lepas balik holiday dari London ke?”Marsha cuba membantah cadangan Nadia.(Aishah?Eew!).

“Eh perempuan,diam kejap boleh tak?Masa dia daftar ari tu,saya ada kat office.Saya sempat baca resume dia.Dia merupakan gimnas masa kat sekolah lama dia.Not bad sebab dia pernah wakil sekolah untuk MSSD.Even dia ada blackbelt dalam taekwando.”

“Hemm..”Isma terdiam seketika.Memikirkan sesuatu.

“Come on kapten..kitaorang tau pasal kapten suka kapten ragbi tapi ni masalah pasukan sorak.Lagipun takkan Akem nak budak loan macam dia kan?”Stacy cuba meyakinkan dan membodek Isma.

“Betul juga..kapten ragbi hanya sesuai dengan kapten cheerleader kan?”Isma tersenyum.Dia menjeling ke arah Nadia.Nadia memalingkan muka ke arah lain.

Semua ahli pasukan sorak mengangguk dalam terpaksa kecuali duo BFF dan Nadia.

“Okaylah,saya professional dalam hal ni.Tapi kita kena audition dia dulu.”

“Jangan risau kapten,kitaorang dah suruh junior panggil dia.”Jawab Nadia dan Stacy serentak.Isma menjuih bibirnya.(Amboi,cepatnya..macam tau saja yang aku akan setuju jugak nanti).

Tidak lama kemudian,Aishah datang dengan uniform sekolah yang lengkap.Isma memandangnya atas dan bawah.

“Kau pakai tight short tak?”

“Kenapa?”(Nak mencabul ke apa?)

“Kau pakai tak?!”Isma meninggikan suara.

“Pakailah!”Jerit Aishah kembali.

“Tengok..dia dah sedia.”Nadia menyampuk sambil tersenyum.

“Sedia?Sedia untuk apa?”Aishah tidak mengerti,dia menggaru-garu kepalanya.Sebenarnya tight short itu dipakai untuk menjamin keselamatan daripada diskodeng ketika menunggang basikal.

“Kau buat split sekarang.”

“Kalau aku tak nak?”

Isma mengetap bibirnya.(Degil budak nih..tampar karang!).

“Kau buat split sekarang kalau tak aku suruh Akem jahanamkan basikal kau pulak.Buat!”

Aishah mengeluh kecil.(Gila betul budak-budak sekolah ni..).Dia terus melakukan split berturut-turut sebanyak 10 kali.Sebaik mendarat dia mencekak pinggangnya.Semua ahli pasukan sorak bertepuk tangan kecuali macam biasa duo BFF.Nadia menunjukkan ibu jarinya sebagai tanda bagus.

“Kau nak suruh aku buat apa lagi?Karate hidung kau?”

“Huh,mengada-ngada..”Isma mendekatkan dahinya dengan dahi Aishah.”St.Jacob buat piramid.”

Seraya itu 5 orang ahli pasukan sorak terus mendirikan piramid manusia di hadapan mereka.

“Apa lagi..naik dan mendarat dengan selamat.”Cabar Isma.Aishah terus melakukan split sebelum menaiki piramid dengan bantuan ahli pasukan sorak yang lain dan terus berdiri di atas piramid.

“St.Jacob banyak budak kaya bodoh!”

Sorakan spontan Aishah menyebabkan Isma mengetap bibirnya.Stacy dan Nadia pula hanya ketawa kerana menganggap Aishah sudah mencabar Isma.Sebelum mendarat dia melakukan sekali lagi split dan mendarat dengan selamat.Dia tersenyum puas.

“Berlagak betul!”Marsha menjuih bibirnya.

Isma menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Marsha,you bagi tau I,cheerleader mana yang tak berlagak?”

Marsha menjungkit bahunya.Isma menghampiri Aishah sambil menghulurkan tangannya.

“Aku tak nak kau cakap tidak,kalau tak aku suruh Datuk Aris tarik loan kau..kau memang hebat,kami memerlukan kau sebagai flier.Selamat datang ke pasukan sorak St.Jacob.”

Aishah mengesat peluh di dahinya.Dia menyambut tangan Isma.Aishah sengaja mempoyokan mukanya.Muka terror.

“Okay..aku pun tak de nak buat apa petang-petang ni..”

“Shut up..boleh berlagak tapi jangan terlalu berlagak.”Isma tersenyum sambil melepaskan tangan Aishah.Stacy dan Nadia menghampiri Aishah.

“Hai..saya Stacy.”

“Saya Nadia..kitaorang yang suggest nama awak.”

“Oh,thanks.”Aishah tersenyum sambil berjabat tangan dengan kawan-kawan barunya.

Marsha dan Dayana menghampiri Isma.

“Habis bagaimana dengan Linda?”Marsha bertanya.

“You sendiri tengok budak tu seribu kali lagi bagus daripada Linda.I takkan buang Linda tapi I may be reserved dia.”

“Kapten,you kejam.You kan tak suka budak baru tu.”

“Dayana,professional okay?”Isma mengambil tuala kecil dan mengelap lehernya. “St.Jacob petang ni ada latihan kat padang ragbi.Nadia,Stacy..korang ada overtime..ajar Aishah routine kita.”

“Okeh boss!”Nadia dan Stacy memberi tabik hormat sambil ketawa kecil.Stacy mencubit lengan Aishah.“Hei,first at all..aku dan Nadia bukan kategori budak kaya bodoh okey?”

“Opps,sorry.”Aishah menutup mulutnya. “Aku tak maksudkan korang.”

“Kitaorang tahu..walaupun kau budak baru,nama kau cepat famous sebab cari pasal dengan Akem tau.”Nadia berkata sambil menghirup 100 plus.

“Belum pernah budak perempuan cari pasal dengan Akem tau.Selalunya diorang jatuh cinta tapi kau dah cari pasal.Sebab tu Nadia rasa kau special.”Tambah Stacy.

“Aku special?”Aishah membulatkan matanya.

“Aku kenal Akem lebih daripada Isma,Marsha dan Dayana atau even awek dia sekarang,Mila whatever.”Nadia menepuk bahu Aishah. “Aku terima kasih sangat kau cari pasal dengan Akem.Opps..gi toilet kejap.”

Nadia menepuk-nepuk skirt yang dipakainya dan menuju ke tandas.

“Actually,Nadia first girlfriend Akem..I mean ex-girlfriend.”Stacy berbisik perlahan ke telinga Aishah.

Aishah terlopong.Mulutnya ternganga.

(Dafi..Akem..padang ragbi.Latihan sorak..padang ragbi..Nadia..ex-girlfriend Akem..pilih aku..macam ada bala mendatang aje..).

Keringat dingin mengalir tidak berhenti di dahinya.

****

St.Jacob mesti tawan..Kapten Akem memang menawan..Pasti kalah pihak lawan..

Akem tersenyum mendengar sorakan pasukan sorak di hujung padang.

“Aik,Kapten Akem aje menawan?Sahabatnya Nubhan tak menawan ke?”

“Hehe..bukan aku yang masuk pasukan sorak okey.Awek kau yang masuk pasukan sorak.Kau tanyalah kenapa diorang memuja aku.”

“Blahlah kau!”Nubhan ketawa kecil sambil menolak bahu Akem.

Kedatangan Nadia,Stacy dan Aishah disambut dengan sorakan Marsha dan Dayana sambil menarikan rutin St.Jacob.

Itu dia Nadia..Dia cakap hai hai..Akem cakap bye bye...Kesian ex-gf terabai..

Itu dia Stacy..Muka comel padahal basi..Tak dapat Akem,Nubhan pun jadi..

Itu dia Aishah..Budak kampung naik megah..Cari pasal dengan Akem naik gah..

Marsha dan Dayana ketawa mengekek-ngekek dengan sorakan mereka.Semua ahli pasukan sorak lain memandang dengan perasaan bengkek.(Eew..gediks..pembodek Akem).

Nadia mengambil pom pom berwarna merah jambu daripada Aishah dan menarikan rutinnya.

Marsha dan Dayana dubuk Lion King..Hasad dengki berpusing-pusing..Tak dapat Akem jadi so irritating..Pakwe sorang pun takde keliling!

Nadia menjelirkan lidahnya sebaik sahaja selesai sorakannya.Stacy,Aishah dan ahli pasukan sorak lain bertepuk tangan.

Akem dan Nubhan terlopong melihat kejadian itu.

“Kau ada perasaan lagi kat Nadia?”Tanya Nubhan sambil melambung-lambung bola ragbi dan melontarkannya kepada Akem.

“Tak delah..aku kan couple monyet-monyet dengan dia masa tadika.”

“Tadika?Itu Nadia Nadhira.Aku tanya Nadia Haswani.”

“Nadia harajuku tu?Tak de mendalah.Dia pun dah ada pakwe lain.Tak tau kot dalam diam-diam dia dok syok kat aku lagi.”Akem tersenyum nakal.

“Pasal Stacy..dia pernah syok kat kau sebelum aku?”

“Mana ada..kau ni kita best friend okay.Kau percaya le dengan sorak Marsha dan Dayana tu.Eh,tu budak baru tu kan?”Akem memandang hairan ke arah Aishah yang memakai uniform pasukan sorak(Hoh!).

“A’ah..Aishah yang kau buli bagai nak rak tu.”

“Biadab..mesti le kena buli.”Akem melontarkan bola lonjong itu kepada Nubhan.

Dafi dan Aril masuk ke padang ragbi dengan senyuman yang sinis.Aril mengambil bola itu daripada Nubhan.“Sorry kapten..kitaorang sembahyang Asar dulu tadi.Sembahyanglah kamu sebelum disembahyangkan kan..kan?”

Akem tidak mempedulikan kata-kata Aril,dia terus berdiri di belakang Aril.Nubhan menuju ke posisinya.

“Okeh,St.Jacob sedia!”

Sebaik sahaja Aril membaling bola ke belakang dan disambut Akem.Dafi terus menerjah Akem sehingga terguling.Akem mengetap bibirnya menahan kesakitan.(Aduh..macam nak tercabut bahu aku..)

“Sorry kapten,tak sengaja.”

Dafi tersenyum sinis sambil menjeling ke arah Aril yang cuba menahan ketawa.Akem membetul-betulkan bahunya.Dia melontar semula bola itu kepada Aril.

“Kita mula semula,okeh..St.Jacob sedia!”

Aril melontar bola ragbi itu kepada Akem dan kali ini Dafi menerjah lebih kuat malah dia sempat menendang betis Akem.Akem terguling-guling di atas padang ragbi dengan wajahnya yang kemerahan menahan sakit.

Aishah mula terasa tidak sedap hati.ia berbisik perlahan kepada Stacy.

“Main ragbi memang macam ni punya ganas ke?”

“Ganas tu ganas..tapi hari ini dah macam WWE.”

Dafi ketawa kecil sambil menghulurkan tangannya kepada Akem.

“Sorry kapten..kapten tak cukup fit ke hari ini.”

Akem menggenggam penumbuknya dan langsung memberikan tumbukan ke pipi Dafi.Dafi hampir terjauh sebelum disambut oleh Aril.

“Oi Akem,kau ni tak ada semangat kesukanan la!Kapten konon!”Dafi mengusap pipinya yang membengkak.

“Kau sengaja cari pasal dengan aku kan?”Akem menghempas bola ragbi itu ke padang.

“Kau yang tak ada semangat kesukanan.Blah lah!”Aril menolak bahu Akem.Nubhan segera bergegas ke tengah padang.

“Oi,siamang gagap!Apo kono eh?Kalau ekau nak cari pasal,ekau turun Pilah la.Bukan eh kat padang ragbi.”Nubhan mendapatkan Akem yang kelihatan bengang.

“Amik kau punya Pilah!”

Penumbuk Aril hinggap di hidung Nubhan.Seketika itu suasana menjadi kecoh.Semua pemain ragbi bergaduh di padang ragbi.Pasukan Akem dan pasukan Dafi.Walaupun satu sekolah tapi dah macam lain negeri.

“Alamak,keganasan..apa yang dah jadi ni?”Isma yang baru sampai kelihatan risau meninjau-ninjau keadaan Akem.(Apa yang terjadi kepadamu Akem?).

Aishah memandang rakan-rakan sorak lain yang tergamam melihat pergaduhan secara langsung itu.Dia mesti berbuat sesuatu.Tanpa berfikir panjang,Aishah berlari dengan uniform pasukan sorak berwarna merah jambu dan juga pom pom dengan warna yang sama.

“Berhenti!!!!!!”

Suara Aishah yang gemerincing memenuhi seluruh padang.Semua berhenti bergaduh mendengar jeritan itu kecuali Akem dan Dafi.Suara Aishah mengingatkan mereka kepada Principal Tiara,ibu si Isma.Itu yang menggerunkan.

“Oi,berhenti!”

Aishah mengetuk kepala Akem dan Dafi dengan pom pom di tangannya.

“Oi,sakitlah!”Jerit Dafi.

“Ntah,mengong ke apa?”Akem menggosok-gosok kepalanya.Tak sangka pula pom pom berbulu tu boleh menyebabkan kepalanya sakit.

“Aku yang mengong?Aku yang mengong?”Tanya Aishah sambil menarik kolar polo Dafi dan Akem.Kedua-dua mereka tidak menjawab.(Mengganggu betul minah ni).

“Sekarang korang salam.”

“Aishah,awak ingat ni hari raya ke?”Dafi memandang ke arah Aishah.

“Ntahnya Krismas pun jauh lagi.”Tambah Akem.

“Oh,pandai cakap.Baik korang bersalam,kalau tak dua-dua sekali Aishah bawa jumpa Cikgu Hairi.Biar cantik sikit rekod berhenti sekolah korang.”

“Kalau kau berani..”

“Apa Akem?Kau nak bakar basikal aku?Sebelum kau bakar basikal aku,aku bakar bulu hidung kau!”Jerit Aishah memecahkan keheningan padang ragbi.Padahal dia takut juga kalau Akem betul-betul membakar basikal baru itu.

Akem terdiam.Dia merenung tajam ke arah Aishah.Hati Aishah berdebar-debar takut pipinya pula didebik Akem.Tiba-tiba Akem menolak tangan Aishah.Dia menghulurkan tangan kepada Dafi.

“Aku minta maaf. Setle. Latihan hari ni cancel.Besok kita sambung!”Akem berlalu keluar daripada padang ragbi dengan perasaan bengang.Marsha dan Dayana mengekori Akem sambil mengelap dahi Akem yang berdarah.

Dafi memandang Aishah dengan wajah yang terkejut.

“Dia minta maaf kat saya?Seumur hidup Akem Datuk Aris tak pernah mintak maaf kat orang tau.Apa lagi bukan atas kesalahan dia.Hebat Aishah.”Dafi menepuk-nepuk bahu Aishah.

Stacy dan Nadia mendapatkan Aishah di tengah padang.

“Wow,wonderwoman..kan aku dah cakap kau ni special sikit.”Nadia mencubit pipi Aishah.

Aishah terdiam. (Wonderwoman?Aku cuma tak suka tengok orang bergaduh..tak suka sangat..)

Labels: , ,

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 1:Arca Pokok Bonsai!
19 November 2009 | 10:39 PM | 2 comments

Loceng kelas berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan.Perut Aishah berbunyi-bunyi menyanyi lagu keroncong.Dia langsung tak dapat makan rehat tadi.Hatinya resah memikirkan basikalnya yang hancur dikerjakan Akem.(Tengkuk monyet terkehel,Akem you go to hell!).

Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari kelas.Sesekali dia mengeluh apabila kumpulan duo BFF melanggar bahunya secara sengaja.(Memang sesuai pun Isma gelarkan diorang dubuk-dubuk Lion King..dengki dan hasad terlebih-lebih.Tapi Isma tu pun sama jugak.Tak ada budak kaya yang baik kat sini!).

Hati Aishah menjerit geram.Dia cuba mengambil roda basikalnya yang tersangkut di pokok bonsai sekolah.(Diorang ingat arca ke?Buduh!)

“Basikal awak ke?”

“Eh,Cikgu Hairi.”Aishah tersengih-sengih. “Tak,ini projek Kemahiran Hidup budak form 5.Arca bertajuk..err..what goes around comes around..hehe..”

“Eh,awak kan student upper six.”

“Saya tolong adik-adik,cikgu.”Aishah cuba berbohong.Dia tak mahu mencari pasal lagi dengan Akem.(Binnya Datuk Aris..anak Datuk kunun..aku pun ada datuk..suami nenek aku!).

“Awak okay Aishah?”Cikgu Hairi mengerut dahinya.

“Okay,saya teringat datuk..suami nenek saya.”

“Okay..datuk memang suami nenek..takkan suami emak pulak kan?”Cikgu Hairi ketawa kecil.Aishah pula mengerutkan dahinya.(Adik makan coklat Nini,senget ke apa cikgu aku ni?).

“Okay..kalau tak ada apa-apa..saya balik dulu..”Cikgu Hairi berdehem kecil sambil berlalu pergi.Lawak yang tak diterima murid.

Aishah merenung tayar basikalnya.(Aduh..macam mana ni?).

“Hai,nak balik tunggang tayar basikal tu ke?”

Telinga Aishah terasa pedih.Direnungnya jejaka comel di hadapannya.(Muka comel tapi lagi sorang anak orang kaya sombong..)

“Kalau aku balik guna tayar lori pun apa masalah kau?!”

Dafi menelan air liurnya.(Mak aih garangnya..).

“Tak de..saya jujur tanya ni.Saya nampak apa yang terjadi kat basikal awak.”

“Awak nampak mamat rambut awning tu kerjakan basikal saya?Tapi awak tak tolong selamatkan basikal saya?Awak orang kaya,basikal ni tak ada maknanya.Basikal ni ayah saya belikan selepas dua minggu jual nugget di tepi jalan tau!”

“Hello..Akem yang kerjakan basikal awak dan saya yang kena marah?”Dafi menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Sorry,saya bengang sangat..tak tahu apa nak buat.”Aishah terduduk di tepi corridor dengan tangannya masih memegang tayar basikal yang kempis itu.

“Okay..macam ni..”Dafi turut duduk di sebelah Aishah. “Sebelum awak cakap saya nak ambil kesempatan ke apa..tidak!Tidak sama sekali.Saya ikhlas.Emm,marilah saya hantar awak pulang.”

Aishah melihat wajah Dafi.Wajahnya nampak ikhlas dan tidak angkuh macam yang lain.

“Siapa nama awak?”

“Dafi.Awak?”

“Aishah.”

Kedua mereka berjabat tangan.

“Budak elit ler nih..”

“Tak de lah sangat.”Dafi tersenyum.“Tapi bapa saya menteri kabinet.”

“Alamak..takutnya, saya harap bukan Yang Berhormat Datuk Seri Najib..lagipun..lagipun..beliau Perdana Menteri bukannya menteri kabinet.”

Dafi ketawa besar melihat Aishah yang gugup.Aishah tersengih.Dia teringat loyar buruknya tentang menteri kabinet ketika menahan Akem tempoh hari.

“Jom naik kereta saya.”

“Mana?”

“Tu.”

Dafi menunjukkan Startech Jaguar XKR berwarna hitam di hadapannya.

Aishah mengeluh.(Pergi Kedah singgah Guar,agak-agak ah pergi sekolah naik Jaguar!Aku kena bagitau Qhaud yang aku naik Jaguar..huahuahua..).

*****

“Aishah bangun..”

Aishah pantas bangun sambil menggosok-gosokkan matanya.(Alamak..tertidur la pulak.Maklumlah naik kereta Jaguar..).

“Kita kat mana ni?”

“Kedai basikal..apa ke namanya..a’ah Basikal Ban Cheong.”

“Nak buat apa?”

“Nak beli basikal awaklah.”

“Basikal saya?”Aishah terkejut. “Buat apa?Bukannya awak yang rosakkan basikal saya.Ke awak pun terlibat memecah belahkan basikal saya?”

“Saya ni nampak macam sahabat dengan Akem ke?”

“Ada la sikit-sikit..”

“Tak de maknanya.Anggap la hadiah harijadi awak.”

“Birthday saya dah lepas.”

“Happy belated birthday!Okay consider hadiah.”

“Tak nak..saya tak nak terhutang budi dengan sesiapa.”Aishah mengeluarkan not seringgit dari dompetnya. “Saya akan bayar awak sehari seringgit kalau awak tolong beli basikal tu untuk saya.”

“Okay..okay..saya ambil duit awak..jom.”Dafi memasukkan seringgit itu ke dalam poket seluar sekolahnya.

“Nanti dulu.Motif belikan basikal ini?”

“Okay..”Dafi terdiam seketika. “Sebenarnya saya yang beritahu Cikgu Hairi pasal Akem.”

“Awak!”Aishah menutup mulutnya sendiri.Dia mengeluh.“Tapi sebagai murid yang bertanggungjawab awak tak bersalah kerana membuat report pasal Akem.”

Dafi tersenyum kecil.(Aishah..Aishah..kelakar pulak aku tengok dia ni..).

“Okay,saya maafkan awak.Jom beli basikal.”

“Jom!”

Dafi dan Aishah menuju ke arah kedai basikal itu.

“Beli yang murah-murah saja tau.”

“Okay,Aishah.”

“Kalau saya nak warnakan macam yang asal boleh kan?”

“Boleh,Aishah.”

“Serba-serbi macam basikal saya yang asal.”

“Okay,Aishah..boleh.”

“Dafi!”

“Yup?”

“Awaklah anak orang kaya pertama yang baik saya jumpa di St. Jacob.”

Dafi menghentikan langkahnya.Membiarkan Aishah memilih-milih basikalnya.Sesekali dia mengangguk apabila Aishah bertanyakan sesuatu.

(Aku tak boleh biarkan Akem membuli budak perempuan yang naïf dan jujur macam ni!)

*****

♪Ku tahu kau bukan lawan untukku..sampaiku harus cemburu..fikirkan dirimu..♫

Akem mengenyit matanya kepada Mila yang sedang membuat persembahan di pentas Hard Rock Café.Mila membalas kenyitan mata itu dengan senyuman manja.

“Hello kawan,apa yang kau buat kat budak baru tu tadi?”

Nubhan berjabat tangan sambil memeluk Akem.

“Dia yang cari pasal.Salah orang la nak main-main.”

“Tapi aku dengar yang report pasal kau Dafi bukannya budak baru tu.”

Akem memandang ke arah Nubhan.

“Yek?Nasib malang la minah tu.Dafi?Dia tak puas hati pasal Mila couple dengan aku la tu.”

“Ye la kau amik makwe orang,kalau kau kebas Stacy daripada aku pun dah lama muka kau lebam.”

“Aku tak main la girlfriend kawan sendiri.”Akem membetulkan jaket biru DKNY. “Aku tak rampas Mila okay,Mila yang datang kat aku.”

“Ye la,ye la..kau kan anak teruna suci.Petang nanti praktis ragbi kau jangan lupa pulak.”

“Mesti ingat punya,bro.Nanti aku pergi lepas hantar Mila balik.”

Nubhan berlalu pergi dari situ.Satu pasangan yang baru masuk ke dalam Hard Rock Café menarik minat Akim.(Like father like son).

Akem tersenyum melihat bapanya bersama supermodel terkenal Malaysia,Nomi Karen.(Good luck daddy!).

Sejak kematian ibunya,bapanya Datuk Aris menjadi eligible bachelor yang disanjungi gadis-gadis yang berusia 20 tahun lebih muda daripadanya.Akem tak kisah jika dia mendapat ibu tiri sebayanya.Sedangkan dia sendiri tak kisah untuk bertemankan wanita yang lebih tua daripadanya.Adil dan saksama.

Mila.Mendapat Mila sebagai teman wanita merupakan satu bonus kerana imej gadis popular tapi masih mengekalkan keharmonian dan kesucian ala Wadi Unung.Akem dan Datuk Aris sekadar nakal dengan wanita tapi tak pernah melebihi batasan.

Tiba-tiba dia teringatkan perbualannya dengan Nubhan.(Adoih..kalau betul bukan minah tu yang report kat Cikgu Hairi,aku kena membetulkan maruah aku).

Akem melihat jam di tangannya.Lagi sejam baru Mila selesai membuat persembahan.Dia mencapai kunci kereta dan berlalu keluar daripada Hard Rock Café.

*****

Aishah menyinsing kaki seluar track berwarna merah jambu itu.Basikal yang baru dibeli itu saling tak tumpah seperti basikal lamanya.Cuma terlebih kilat.Dia duduk tertinggung di situ sambil merenung basikalnya.(Nasib baik ada Dafi,kalau tak mahu sakit jantung abah dibuatnya).

“Kau sayang betul basikal tu ye?”

“Mesti la abah yang hadiahkan.”

Aishah memeluk Pak Sarip yang memakai baju lusuh berkotak-kotak.

“Abah nak keluar meniaga ni.Kau kunci pintu tingkap nanti.Jaga diri.Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam,abah.”

Aishah memerhati abahnya menyorong basikal roda tiga itu menyusuri Jalan Raja Alang di Kampung Baru.Dia mengeluh kecil.Kasihan melihat abahnya memerah keringat setiap hari.Mujurlah dia mendapat tajaan peribadi Syarikat Indah Holdings untuk melanjutkan pelajaran.Bukannya dia tidak ditawarkan ke universiti,tapi pergi ke universiti bererti meninggalkan abah seorang diri.Sekurang-kurangnya di bawah tajaan Syarikat Indah Holdings dia juga turut ditawarkan keistimewaan rumah untuk abahnya jika dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM nanti.

“Kau mesti berjaya Aishah!”Jeritnya dengan girang ala menang Miss Universe.

“Oi,kau gila ke jerit sorang-sorang?”

Kedengaran suara serak-serak basah melontar pertanyaan kurang ajar kepadanya.Aishah merenung tajam mamat rambut awning di hadapannya.

“Kau buat apa kat sini?Kau nak pecahkan rumah aku pulak?Kalau kau berani kau datang pecahkan!Haiyaaa!”Aishah membuka kekuda sambil menunjukkan penumbuk.

“Kau ni kena sampuk ke apa?”Akem terpandang basikal berwarna merah jambu di sisi Aishah.(Basikal berhantu?).“Macam mana basikal kau ada balik?”

“Kau nak hancurkan yang ni pulak?Kalau kau berani.Datang!”

Akem tidak mempedulikan kata-kata Aishah.Dia menuju ke belakang keretanya di mana bonet kereta tidak tertutup rapat.Aishah membetulkan semula kakinya.(Pehal pulak mamat ni?).

Akem mengeluarkan sebuah basikal baru berwarna biru dan merah.

“Ini basikal baru.Harga dia RM5000..kau boleh guna sampai gear 20..kau boleh pecut lebih daripada Michael Schumacher ke sekolah.”

Aishah memandangnya dengan hairan.

“Apa motif kau?”

“Motif aku?Mengorat kau kot.”Akem ketawa kecil. “Tak de maknanya aku nak ngorat budak loan macam kau.Nah amik!”

Akem menolak basikal itu ke arah Aishah.Aishah menolak semula basikal itu.

“Aku tak nak,ada orang dah gantikan basikal aku.”

“Siapa?”

“Siapa apa?”Aishah menggaru-garu kepalanya.(Alamak,tersasul..)

“Kau cakap tadi ada orang gantikan basikal kau.”

“Mana ada aku cakap.Kau ni dah lah sombong,bodoh dan pekak pulak.”

Akem terdiam.Seumur hidupnya belum ada yang berani mengatakan kata-kata itu terhadapnya.Dia mendengus kasar sambil meletakkan basikal yang dibelinya di tepi tangga rumah Aishah.

Tanpa berkata apa dia masuk ke dalam keretanya.Aishah terkebil-kebil melihat perbuatan Akem.Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan,kereta itu terus diundur ke belakang.Aishah terlopong melihat kereta itu menuju ke arahnya.(Budak jahat nak bunuh aku ke?)

Spontan Aishah melompat ke tepi seraya kereta itu meranapkan basikal baru yang dibeli Dafi.Mulut Aishah ternganga melihat basikal itu kerempeng seperti capati.Cermin tingkap pemandu kereta diturunkan.

“Hah,kau sekarang ada satu basikal saja!Kau pakai basikal yang aku beli kalau tak aku langgar kau macam basikal tu!Muahahahaha!”

Akem memecut laju Mazda RX7 meninggalkan Aishah yang masih terkejut dengan apa yang baru terjadi.Aishah berasa geram lalu membaling tayar basikal itu ke hadapan.Memang langsung tidak mengena kereta Akim yang sudah dipandu jauh.

“Bodoh!Basikal kau beli warna lain!Apa aku nak cakap kat abah aku?Anak orang kaya bodoh!”

Aishah menjerit sekuat-kuat hatinya.Dia mengeluh kecil.(Apa aku nak kelentong sunat kat abah nih???).

Labels: , , , ,


Older Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries