Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 14-KITA ADALAH SATU
08 November 2009 | 9:40 PM | 0 comments

KARYA:ARZA


Aishah menangis keseorangan di dalam bilik.Dia sedih kerana kin dirinya sudah berpisah dengan Akim.Bukan mahunya,tetapi keadaan mendesaknya untuk meninggalkan Akim.Sejak Aril membantunya,Akim mula berubah.Aishah semakin hari semakin bengang dengan Akim.'Akim..maafkan Aishah kerana terpaksa meninggalkan Akim..'.

"Tok!Tok!"

Aishah membuka pintu.Aril terkejut melihat Aishah.

"Aishah!Kenapa ni??"

Aishah terus memeluk Aril.

"A…kim…."

Saat itu Aril tahu yang Akim dan Aishah telahpun berpisah.Akim mengukirkan senyuman kemenangan.

************************************************************************

Nadia masuk ke dalam rumah Azreq.

"Assalammualaikum"

Azreq membuka pintu.Kelihatan Tasya di sebelahnya.

"Nadia?"Azreq terkejut.

Nadia tergamam melihat Tasya di sebelah Azreq.

"Kau buat apa datang sini?"Tasya bertanya.
"Saya nak lawat Az.."
"Aku tak perlukan simpati kau!"Azreq mula membentak.
"AZ?"Nadia terkejut.
"Nadia..kau memang tak berhati perut!Aku dah selamatkan kau dan dengan senang lenang kau pergi cari lelaki lain sedangkan kau tahu aku selamatkan kau kerana aku cintakan kau!Dan kau sekalipun tak pernah melawat aku!"

Nadia tergamam.'Kenapa dengan Az ni?'

"Az…Nadia…."
"Sudahlah Nadia…baik kau balik je…"Tasya memotong kata-kata Nadia.
"Tapi Az…Nadia cintakan Az!"
"Cinta?Sudahlah..baik kau balik je..aku dah ada Tasya!"

Azreq menutup pintu.Nadia mula mengalirkan air mata.Azreq tiba-tiba berpaling semula kepada Tasya dan meninggalkannya saat dirinya memerlukan seorang insan yang bernama Azreq.

*********************************************************************

Akim memandang wajah-wajah Aishkimmers di hadapannya.

"Akim perlukan penjelasan dari korang semua.."

Aishkimmers memandang antara satu sama lain.Mereka ragu-ragu untuk menceritakan kisah sebenarnya kepada Akim.

"Please…Akim perlu bantuan korang…Akim tak nak kehilangan Aishah!"

Semua Aishkimmers terbeliak mendengar kata-kata Akim.Apabila melihat reaksia Aishkimmers…Akim mula menyedari kata-katanya.

"Baiklah..Akim akan berterus-terang.."

Akim mula memberitahu Aishkimmers tentang hubungannya dengan Aishah.

"Itu sebabnya Akim perlukan penjelasan.."Akim mengakhiri penjelasannya.
"Okay..kalau begitu,kami akan membantu Akim mendapatkan semula Siti Aishah"kata Sally.

Semua mengangguk tanda setuju.

*********************************************************************

Azreq membuka mesej yang ada di dalam handphone Tasya.Hatinya tiba-tiba tergerak untuk membaca mesej yang ada di dalam handphone Tasya.Tiba-tiba,perhatian Azreq tertumpu kepada satu mesej yang amat mengejutkan.

TO:TASYA
FROM:ARIL

Tasya….pastikan you tengok keadaan.Malam ni I akan tembak Az ketika dia bersama Nadia.I tak nak sesiapa perasan kehadiran I.Malam ini akan menjadikan Azreq menjadi milik you selamanya.

Azreq menggenggam handphone Tasya.Hatinya panas.Perasaan marahnya kian memuncak.Ternyata semua yang berlaku adalah rancangan Tasya dan Aril.Tasya keluar dari dapur bersama milo panas.Dia menghmpiri Azreq.

"Untuk you sayang.."Tasya memberi milo kepada Azreq.

Azreq mengambil milo tersebut.

"AMBIK KAU!"

Azreq menuang milo panas ke muka Tasya.

"AZZZ!!WHAT'S WRONG WITH YOU???"
"Kenapa dengan aku?Kau ni memang gila!!Kau sanggup suruh orang tembak aku!"
"Mana ada!"
"TASYA!AKU DAH BACA SENDIRI MESEJ KAU DENGAN ARIL!"
"AZZ!Tu mungkin Nadia yang buat!"
"Nadia?Tak mungkin!Ternyata kau memperbodohkan aku!Kau kenakan Nadia
dan memfitnah dia!Kau gunakan kekejaman untuk mendapatkan cinta yang sekarang ni kau pasti takkan dapat!"
"Az…please…jangan buat begini.."
"Maaf Tasya….aku dah buat!Aku nak kau keluar dari rumah aku!"
"Az…Tasya terlalu cintakan Az…"
"Maaf Tasya…aku tak boleh..baik kau keluar sekarang sebelum aku laporkan kepada polis!"
"Az…."
"KELUAR!"

Tasya melangkah dengan lemah keluar dari rumah Azreq.

"NADIA!"Azreq teringat sesuatu.

**********************************************************************

Aril melihat wajah seorang yang misteri memakai topeng Ultraman Tiga dihadapannya.'Nampak macam orang bodoh betul!'

"Ada apa lagi cik Spy?"Tanya Aril.
"Kau tak faham bahasa ek?"
"Nak faham apa?"
"Bukannya aku suruh kau tinggalkan Aishah ke?"
"Tinggalkan Aishah?Hahaha…tak mungkin…sekarang dia dah break dengan Akim..lagi senangla aku nak tackle dia.."
"Kau nak aku berikan bukti kau cuba membunuh Az?"
"Kau ingat aku takut??"
"Ada ku kesah au takut atau tak?"

Aril merasa tercabar.Aril mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengacukan ke kepala cik Spy.

"Aril….nak bunuh aku pula?''
"Cik Spy…kau dah banyak merosakkan hidup aku!"
"Aril…kau gila dalam cinta…kau perlu sedar.."

Cik Spy tidak memperdulikan Aril sebaliknya terus menikmati orange juice di hadapannya.Aril hairang dengan reaksi cik Spy.Aril menurunkan pistolnya lalu kembali duduk.

"Cik Spy…tak takut mati ke?"
"Aku kan ultraman..setakat pistol takkan bunuh aku…"

Aril semakin risau.Nampaknya dia harus melakukan sesuatu untuk menyingkirkan cik Spy.

**********************************************************************

Sally,Claire dan Aida mencari Nadia di sekitar Kuala Lumpur.Sudah hampir 12 jam Nadia keluar dan masih belum pulang-pulang.Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi namun Nadia masih belum dijumpai.Mereka bertiga bukannnya apa,Cuma risau mendengar leter ibu bapa Nadia apabila mengetahui yang Nadia hilang.

"Kak Sally….apa kata kita berpecah?"Claire memberikan idea.
"Yelah..kalau begini…sampai esok pun tak jumpa…"Aida menyokong.
"Okay…kita berpecah…"

************************************************************************

Claire pergi ke BSN.Dia meminta bantuan pekerja di situ untuk mengesan kad kredit Nadia.

"Cik…..orang yang cik cai baru saja mendaftar di Palace Hotel"
"What??"

Claire mula bengang.'Orang susah-susah cari dia,dia pula senang-senang tidur kat hotel!Memang dasar!'

Claire terus menelefon Aishkimmers yang lain lalu memandu pulang.Dia tahu yang Nadia perlukan waktu bersendirian kerana pastinya ada sesuatu yang berlaku hingga menyebabkan dia perlu bersendirian.

************************************************************************

Nadia ragu-ragu untuk menjawab panggilan telefon dari orang yang baru menghancurkan hatinya.Setelah berfikir,Nadia mengambil keputusan untuk menjawab sahaja panggilan itu.

NADIA:Nak apa lagi?
AZREQ:Nad..Az minta maaf…
NADIA:Kenapa pula?
AZREQ:Az telah salah faham….Az telah berkasar dengan Nad…
NADIA:Bagaimana dengan Tasya?
AZREQ:Tasya is nothing to me…dia yang buat Az gaduh dengan Nadia tadi..
NADIA:Nadia dah agak..
AZREQ:Nad dah tahu?
NADIA:Mulanya memang tak…tapi bila mendengar kata-kata Az tadi,Nad tahu
yang Tasya pasti telah mempengaruhi Az.
AZREQ:Jadi sudi tak Nad maafkan Az?
NADIA:Okay…Nadia maafkan Az..
AZREQ:Thanks….selain itu…Nad sudi tak jadi kekasih Az?
NADIA:Maaf Az…Nadia tak boleh…
AZREQ:Tapi kenapa?Bukankah kita saling mencintai?Bukankah kita adaah satu?
NADIA:AZ…Nad Cuma tak boleh terima Az..maafkan Nad..

Nadia mematikan talian.Air mata mula mengalir di pipinya.

"Bagus…."

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries