Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 16-SATU AISHKIM SATU AISHKIMMERS
15 November 2009 | 10:30 PM | 0 comments

KARYA:ARZA

Aril memberi isyarat kepada Cik Spy supaya mengikutnya.Cik Spy dengan hati yang bimbang terpaksa mengikuti kemahuan Aril kerana pengawal Aril sedang memerhatikannya dari satu arah.Wanita yang duduk di belakang Cik Spy segera balik ke rumahnya.Dia harus memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan Akim.

**********************************************************************
Akim berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumahnya.Dia menanti panggilan dari Cik Spy.Dia juga harus tahu keadaan Aishah dan rancangan Aril yang seterusnya.Deringan telefon mengejutkan Akim.

AKIM:Hello?

AISHAH:Akim!Keluar dari rumah tu sekarang!

AKIM:Tapi kenapa?

"Kerana sebentar lagi kau akan mati!"

Aril muncul di muka pintu bersama Cik Spy yang diikat dan seorang pengawal yang bernama The Great Khali.The Great Khali terus menuju ke arah Akim lalu mengambil telefon Akim.

"Give my phone back!"Jerit Akim.

"In your dream!"

The Great Khali terus menumbuk Akim.

AISHAH:AKIM!!!APA DAH JADI?

Aril mengambil telefon lalu menghempasnya ke lantai.Talian terputus di sana.

**********************************************************************
Aishah baru sahaja hendak keluar rumah namun langkahnya terbantut melihat Sally,Claire dan Aida keluar dari kereta.

"Kamu semua buat apa di sini?"

"Akim ada di sini ke?"Tanya Aida.

"Akim di rumahnya!Kita perlu ke sana sekarang!"Kata Aishah.

Aishah cuba menghidupkan enjin keretanya namun keretanya tidak dapat dihidupkan.

"Aishah guna kereta saya je…"Claire memberi kunci.

Aishah mengambil kunci dari Claire lalu memecut laju pergi ke rumah Akim meninggalkan Aishkimmmers.

"Kenapa tak ikut dia sekali?"Aida bertanya.

"Ye tak ya juga!"Claire menepuk dahinya.

"Macam mana kita nak ke rumah Akim sekarang?"Sally bertanya.

"Ermm…jom jalan kaki.."Kata Aida selamba lalu mula berjalan.

Sally dan Claire terpinga-pinga melihat Aida meninggalkan halaman rumah Aishah.

*********************************************************************
Stef melihat Tasya.Rasa kasihan mula muncul di dalam hatinya melihat Tasya seperti orang tidak makan seminggu.Muka Tasya pucat dan badannya masih diikat dengan tali.

"Tasya…"

"Stef…please….lepaskan saya…"

"Tasya…saya tak boleh…ini arahan dari senior saya.."

"Stef…sekejap je…rasanya badan saya dh kebas ni…"

Stef mula serba salah.Hatinya ingin membantu Tasya namun dia terikat dengan kata-kata seniornya,Sally and the gang.

"Stef…kalau awak lepaskan saya,saya janji takkan buat apa-apa…"

Melihat keadaan Tasya,Stef agak bimbang.Dengan perasaan yang serba salah,Stef membuka ikatan Tasya.

"Terima kasih!"

Tasya dengan serta-merta menumbuk Stef.Stef terjatuh lalu pengsan.Setelah memastikan Stef tidak sedarkan diri,Tasya mengambil pisau dari dapur rumah Sally.Memandangkan Aishkimmers yang lain sedang khusyuk bermain PS2,mereka tidak menyedari Tasya keluar melalui pintu belakang.

***********************************************************************
Aril mengambil sepucuk pistol.Dia mengacukan ke kepala Akim.

"Kim..kau tahu tak?Kontrak kau dan Aishah aku dah sebotaj.."Kata Aril.

"Maksud kau?"Akim keliru.

"Kontrak kau dan Aishah sepatutnya tak ada syarat-syarat kononnya tak boleh bercinta…itu aku yang suruh orang tambah dalam kontrak korang berdua…"

Akim amat terkejut.Rupanya selama ini tiada syarat-syarat "PERCINTAAN ADALAH TIDAK DIBENARKAN".Akim semakin marah dengan Aril.

"Kenapa kau buat begitu?"Tanya Akim.

"Supaya aku ada masa nak hancurkan hubungan kau dan Aishah…hahaha"

"Bagaimana kau buat?"

"Aku rasuah pembuat kontrak kau tu..senang kan?"

"Kau memang tak berhati perut!"

"DIAMLAH KAU!KAU TAHU TAK?SEJAK DARI DALAM AKADEMI AKU SUKA DIA!TAPI KAU YANG DAPAT DIA DULU!"

"Kau tahu kenapa?"Tanya Akim.

"Aku tak nak tahu!"

"Kau perlu tahu Aril…Aishah Akim yang punya!"

"Hahaha…aku tak rasa begitu..kematian kau nanti pasti tidak akan menyedihkan Aishah kerana Aishah dah berpisah dengan kau!"

"Kau tak akan pernah dapat cinta dia Aril!"

"Sudah!DIAM!Sekarang aku nak bunuh kau sebelum aku bakar rumah ni!"

Aril mula menarik picu pistol yang diacukan ke kepala Akim.

"Selamat tinggal Afiq Hakim.."

Akim memejamkan matanya…'AKIM CINTAKAN AISHAH'…

"ARIL!!!"

Aishah mucul di muka pintu.

"Aishah?"Aril terkejut.

Aishah mendekati Aril dan Akim.

"Aril…Kenapa Aril buat begini?"Aishah bertanya.

"Aishah…Aril cintakan Aishah…."Aril berkata.

"Aril…tak mungkin kita bersama…Aril tahu kan…hati Aishah milik Akim…"

"AISHAH!KENAPA AISHAH TAK DAPAT TERIMA ARIL?"Aril mula marah.

"Aril….cinta tak boleh dipaksa…"Air mata mula mengalir di pipi Aishah.

Aril seolah-olah tersedar.Aril menundukkan kepalanya.'Aishah milik Akim' bisik hati Aril.

"Aril….Jangan risau…Banyak lagi gadis di luar sana yang mahukan Aril.."Kata Aishah.

"Aishah…maafkan Aril…"Ucap Aril.

"Aishah maafkan Aril.."

Aril tersenyum.Aril membuka ikatan Akim.

"Akim….maafkan aku…"

"Takpe Aril…yang pasti..kau dah sedar…."

"Bukan itu…"kata Aril sambil mengukirkan senyuman sinis.

Aril mengacukan pistol ke arah Aishah.

"ARIL!"Akim terkejut.

"Kalau aku tak boleh memiliki Aishah…kau pun tak boleh Akim…"

The Great Khali yang terdiam dari tadi pergi ke arah Akim lalu menahannya.

"Oi!Lepas!"Akim cuba melepaskan diri.

Aril menarik picu pistol.

"Maafkan Aril Aishah…"

Aril memejam matanya.

Akim yang melihat keadaan itu mula panik.Akim dengan kekuatan yang ada menyepak kaki The Great Khali lalu berlari ke arah Aril.

"Arghhhhhh!!"

Akim menerkam Aril yang belum sempat hendak menekan picu pistol.Akim menumbuk Aril bertubi-tubi.Pistol terlepas dari tangan Aril lalu diambil Aishah.

Menyedari yang The Great Khali menuju ke arah Akim dan Aril,Aishah segera menembak The Great Khali yang bertubuh besar itu.

PUM!!

The Great Khali terjatuh.Akim terkejut melihat tindakan Aishah.Tanpa Akim sedari Aril sudah pun mengeluarkan pisau dari poket seluarnya.

"Bye Akim.."

Akim tersentak.

PUM!

Satu tembakan dilepaskan oleh Aishah ke Aril.Tangan Aril berdarah dan pisaunya terlepas dari tangan.

"Arghhhhhh!!"Jerit Aril kesakitan.

Bunyi siren polis menggembirakan Aishkim.Akim membawa Aishah keluar dari rumahnya lalu menceritakan segalanya kepada polis.Aril dan The Great Khali telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk siaisatan selanjutnya.

Kini,hati Akim dan Aishah lega.

"Aishah..terima kasih kerana masih percayakan Akim…"

"Akim….Aishah tetap percaya Akim sampai bila-bila…"

"EHEM…"

Kelihatan tiga orang Aishkimmers,Aida,Sally dan Claire berdiri di halaman rumahnya.

"Busy nampak…"Kata Claire.

Akim dan Aishah tersipu malu.
************************************************************************
5 bulan berlalu begitu pantas…Aishim dan Aishkimmers mengadakan gathering di Tasik Titiwangsa.Suasananya begitu meriah.

"Aishkimmer semua!Akim nak mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kamu semua selama ini…"ucap Akim.

"Aishah juga sama…"Kata Aishah.

"Akim..Aishah…kami tetap akan menyokong kamu berdua sampai akhir hayat kami!"ucap Sally mewakili Aishkimmers.

"Yeah!"sahut Aishkimmers yang lain.

"Kerana……."

"Kerana apa?"Tanya Aishkim.

"Kita ada Satu Aishkim….."

"SO SATU AISHKIMMERS!"Jerit mereka semua.

Masing-masing mengukirkan senyuman di bibir.Maklumlah hari yang bahagia.

************************************************************************
Azreq dan Nadia berjalan berdua.

"Nad…kalau Az mati Nad camne?"

''Az…jangan cakap bukan-bukan!"

"Hehe…janganlah marah…tanya je..''

Azreq menggenggam tangan Nadia.

"Kau akan mati Az!"

Azreq berpaling ke belakang.Tasya sedang mengacukan sepucuk pistol ke arahnya.

'PUM!'

'PUM!'

'PUM!'

"Azzzzzzz!!!!!!!!!"Jerit Nadia.

Azreq jatuh.Tiga tembakan yang dilepaskan tepat mengenai Azreq.

"Az….."Nadia menggenggam tangan Az.

"Nad…rasanya dah tiba masanya…"ucap Az

Azreq memejamkan matanya perlahan-lahan.

"Az!!!!!!!!!!"

Nadia menangis dan meraung…Azreq telah meninggalkannya buat selama-lamanya.

************************************************************************
Nadia melihat kubur Azreq.Semua orang sudah pulang,namun Nadia masih kekal di situ.Walaupun Tasya telah diberkas,namun itu tidak mampu melawan kesedihannya.

"Awak ok?"Tanya seseorang.

"Sa..ya…"

Nadia berpaling ke belakang untuk melihat wajah orang yang bertanya.

"Az!"

Nadia memeluk lelaki tersebut.

"Saya bukan Az…"

Nadia melepaskan pelukannya.

"Awak hantu ke?"Tanya Nadia.

"Awak Nadia kan?"

"Mana awak tahu nama saya?"

"Mungkin awak tak kenal saya…"

"Memanglah saya tak kenal awak!"

Lelaki itu mendekati Nadia.

"Saya kembar Azreq….Qerza.."

-------------------------TAMAT------------------------------


P/S Kalau tak puas hati...jangan simpan dalam hati,bagitahu je...

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries