Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 4:PSAS?
22 November 2009 | 1:31 PM | 0 comments

“Abah ni kuat sangat kerja tu pasal sakit-sakit.”

Aishah memicit-micit bahu Pak Sarip sambil membebel.

“Abah kerja untuk kesenangan kita juga.”

Kan duit loan Aishah pun abah boleh pakai.”

“Duit loan Aishah untuk pelajaran Aishah.Abah tak nak sentuh duit tu.Duit makan minum dan pakai Aishah biar abah yang cari.”

Wajah abahnya yang bermisai panjang kelihatan serius apabila mengujarkan kata-kata itu.Aishah memeluk abahnya dengan penuh kasih sayang.

“Tak pe,untuk petang ni biar Aishah gantikan abah meniaga.”

“Hish..dah buang tebiat ke apa?”

“Alah abah kan sakit,Aishah meniaga sampai 7 malam saja.Lagipun petang ni Aishah tak ada latihan cheerleading.”

Pak Sarip tidak berkata-kata apa.Memang kalau diikutkan jika sekali pun dia tidak pergi bekerja bisa terganggu periuk nasi mereka untuk sebulan ini.

“Abah..Aishah kan ada black belt dalam taekwando.Kalau ada samseng-samseng kutu kat Jalan TAR tu teringin kerjakan Aishah,mati le jawapannya!”

Aishah menggenggam penumbuk kanannya.Pak Sarip menggeleng-gelengkan kepalanya.(Degil macam ibunya juga!).

“Okey abah izinkan Aishah pergi..”

“Thank you abah!”

“Tapi abah dah sihat nanti,Aishah jangan pergi.”

“Okey abah.”Aishah memeluk abahnya sekali lagi.Dia pintas bangun menukar pakaian.Berbaju T dan seluar jeans yang agak lusuh.Rambutnya diikat tocang dua seperti Chun Li dalam permainan video Street Fighters.

Rasanya baru sahaja abahnya mengizinkan untuk keluar menjaja nugget dan sosej,Aishah sudah pun lesap bersama basikal roda tiga abahnya.

Berdesup macam lipas kudung.

******

Kereta Mazda RX7 berwarna biru putih itu baru saja melalui Kompleks Pertama.Akem menguntumkan senyuman kepada Mila.Kuntum senyuman bersama lesapnya wang ringgit untuk menempah pakaian sempena majlis prom hujung tahun ini.

Mila membalas semula senyuman itu sambil meletakkan kepalanya ke bahu Akem.Akem mengeluh kecil.(Alamak,masa-masa rasa nak buang air besar ni pulak dia nak manja-manja..).

Perutnya berkeriut-keriut menahan senak. Tiba-tiba Akem terus membelok ke tempat letak kereta bawah tanah di Kompleks Pertama.Mila sedikit saspens dengan tindakan Akem(Huh..??).

Enjin kereta dimatikan.Akem tersengih sambil mengangkat jari kelingkingnya.

“Akem nak gi toilet.”

“Owh..” (Ingatkan apa tadi tiba-tiba parking kat basement).

“Mila nak tunggu sini ke?Nak shopping ke?”

“Tak pe,Mila tunggu sini saja.”

“Okey..nah ambik kunci kereta.Kunci kereta..nanti orang kidnap.Awak tu kecik,orang boleh simpan dalam poket je.”

“Macam-macamlah Akem ni.”

Akem tersengih sebelum keluar dari kereta.Pandangan matanya berpinar dan gelap.(Aduh..sakitnya perut aku!).

Dia tergamam apabila melihat barisan yang panjang.Ada lebih kurang tiga orang lelaki dihadapannya.

“Brader,bagi saya dulu,boleh?Saya dah tak tahan ni.”

“Banyak lah kau punya tak tahan..beratur la,bodoh ke apa?”

Akem mengetap bibirnya.Perkataan bodoh betul-betul menghangatkan jiwanya.Tanpa sebarang amaran,Akem terus menumbuk lelaki yang memanggilnya bodoh termasuk dua orang mangsa yang tidak berdosa.Ketiga-tiga mereka tersungkur di lantai.

Pintu tandas ditendang.Seorang maknyah yang sedang mengenakan gincu terkejut dengan tindakan Akem.

“Auww..jangan bang..”

“Apa abang-abang?Aku sakit perut lah!Ke tepi!”

Akem menolak keluar maknyah itu.Terkepit-kepit dia keluar dari tandas.

(Pedulik ah!Aku sakit perut!)

Hampir 10 minit di dalam tandas,Akem keluar dengan muka yang poyo.Lelaki yang memanggilnya bodoh tadi ketakutan melihatnya.

“Apa tengok-tengok?Nak kena belasah lagi?”

“Tak..tak..bang..sorry bang..”

Akem membetulkan rambutnya sebelum keluar dari tandas.Sebaik dia keluar dari tandas dia terdengar suara yang menggamit telinganya.

“Tuan-tuan..puan-puan..marilah rasa nugget dan sosej buatan Pak Sarip.Lain dari yang lain..mari..mari..”

Akem mengekori arah suara itu sehingga di luar legar Kompleks Pertama.Kelihatan Aishah dengan selamba menjual nugget dan sosej dengan basikal beroda tiga.Akem memerhati kelakuannya di celah-celah orang ramai.

“Nugget dan sosej ini hanya satu dalam seribu..”

Akem tersenyum sinis.(Ada ke orang promosi nugget macam tu?)

“Kenapa nugget tu rasa manis sebab cik adik manis ke?”Seorang pemuda yang nakal mengejek Aishah.Akem menggenggam penumbuknya,dia lantas ke hadapan dan menepuk kepala pemuda itu.

“Kau nak beli tak?Ke nak aku sekeh?”

“Sorry bang..sorry..”Lelaki itu menggosok-gosok belakang kepalanya sambil berlalu pergi.

Aishah mencekak pinggangnya.Dipandangnya Akem dari atas ke bawah.(Dia ni lagi..)

“Macam mana kau ada kat sini?”

“Eh,tempat ni reserved untuk kau saja ke?Aku tak boleh datang?”

“Kau tau tak kau dah buat pelanggan aku lari?”

“Siapa?Mangkuk tadi?Tak halal karang duit kau jual nugget kat dia.Entah-entah kerja jual DVD cetak rompak.”

“Aku meniaga halal..siapa pun pelanggan aku,aku perlu cari sesuap nasi.Aku bukan senang macam kau.”Aishah mengetap bibirnya geram.Akem terdiam.Dia melihat Aishah menyusun sosej dan nugget itu.Dalam melihat itu dia mendapat satu idea.

“Okey,berapa harga secucuk nugget dan sosej yang kau jual?”

“Satu cucuk RM2.kenapa?”

“Huih,mahalnya tepi jalan pun dua hengget..bukannya nugget McD pun.”

“Akem,kau pergi balik.”(Fed up!)

“Okey..oleh sebab aku mengganggu pelanggan kau,kononnya..padahal aku selamatkan kau..ohh,terima kasih Akem.Aku beli semua nugget dan sosej kau.”

“Aku tak nak terhutang budi dengan kau.”

“Apa budi-budi pulak?Kau ingat ni zaman Pak Malau?Aku beli semua ni untuk err..”Akem menjenguk sekumpulan anak yatim yang sedang menjual kalendar Islam di tepi jalan raya. “Untuk adik-adik tu.”

Aishah memandang ke arah belakang.Sekumpulan anak kecil yang berketayap dan bertudung labuh sedang memujuk orang ramai membeli kalendar mereka.

“Okey.”

“Bagus..sekarang bak semua..berapa?”

“Semua 800 ringgit.”Ujar Aishah selamba sambil meletakkan kesemua nugget dan sosej itu ke dalam beg plastik.

“Kau biar betul!”Akem membulatkan matanya.(Lintah darat!)

“Baki tu kau beli kalendar anak-anak yatim tu.Buat amal ibadat.”Aishah menghulurkan 10 bungkus plastik nugget dan sosej itu kepada Akem.

Akem mengambil beg plastik itu dengan kasar.Dia berlalu ke arah anak-anak yatim itu.Anak-anak kecil itu kelihatan seronok dengan pemberian Akem.Di saat itu wajah Akem berubah.Hilang wajah bengis dan perasan anak orang kaya.Sebaliknya dia sabar melayan karenah anak-anak kecil itu yang berebut-rebut nugget dan sosej itu.Tanpa disedari Aishah menguntumkan senyuman melihat telatah Akem dan anak-anak yatim itu.

“Nah,amik semua kalendar ni,sengal!”

Berpuluh-puluh kalendar diletakkan di atas gerai bergerak Aishah.Senyuman Aishah berubah menjadi tawar apabila mendengar perkataan sengal yang diucapkan Akem bersama sengihan yang menyakitkan hati.

“Bye bye sengal.”Akem bersiul-siul kecil sebelum berlalu pergi.Aishah mengemaskan gerai bergeraknya dengan hati yang bengkak.(Kalau dah bengong tu bengong la jugak).

Akem ketawa kecil seorang diri.Gelagatnya diperhatikan orang ramai.Masing-masing bersimpati.Di dalam fikiran mereka sayang kerana masih muda dan tampan tapi tak betul.

“Apa tengok-tengok?Belasah karang!”

Orang ramai mengeleng-gelengkan kepala mereka.Akem teringatkan sesuatu.(Alamak,Mila!).

*****

Aishah meletakkan basikalnya dengan berhati-hati.Dipandangnya kiri dan kanan.Risau juga jika terdapat Akem.Kalau setakat Marsha dan Dayana dia tak ambil kisah sebab minah mengeja berdua tu tak sampai tahap nak langgar basikal.Isma pun sudah lama tidak membulinya.Mujur ada Nadia dan Stacy yang menemaninya walaupun tidak seakrab Zizi,Yazid dan Qhaud.Dafi?Dafi pun sudah lama menghilang.Sesekali dia ternampak Dafi di kantin.

“Hai,mengendap apa tu?”

“Owh..Dafi..”Aishah tersenyum.(Panjang umur).“Tak de..check matahari dah terbit ke belum.”

“Kelakar la awak ni.Jom pergi dewan.”Dafi menarik beg galas Aishah dan diletakkan ke atas bahunya.

“Err..beg..beg..saya..”

“Tak pe la Dafi bawakan.Lagipun lama tak borak dengan awak.Jom!’

“Jom?Kita kan lain kelas.”

“La kan kita nak ke dewan.Puan Khadijah minta kita ke dewan pagi ni.Student upper six saja.”

“Ye ke?Saya tak tahu pun.”Aishah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Awak tidur dalam kelas kot.Jom!”

Dafi tersenyum dan berjalan mendahuluinya.Perlahan-lahan Aishah bergerak mengekori Dafi.

Sampai di dewan,beberapa orang gadis bergossip mengenai Dafi dan Aishah yang masuk bersama-sama ke dalam dewan.Aishah berasa tidak selesa tetapi dia cuba berlagak biasa.Dafi berbisik perlahan.

“Pedulikan diorang,paparazzi tak bergaji.”

Aishah hanya mengangguk.Aishah tersenyum melihat Nadia dan Stacy yang memanggil namanya.Sayangnya tiada kerusi kosong bersebelahan mereka.Dayana dan Marsha segera meletakkan buku di atas kerusi yang kosong sebaik sahaja melihat Aishah.Isma di belakang BFF kelihatan cuak menoleh ke belakang.Mungkin mencari Akem.

Akhirnya,Aishah dan Dafi menuju ke dua buah kerusi kosong di hadapan stand microphone.Itupun Aril yang melambai-lambai kepada mereka memberitahu tempat kosong di hadapannya.

Sebaik sahaja Aishah dan Dafi duduk,majlis pun bermula.Ketika itu Akem baru sampai,dia berdiri di sebelah pintu dewan kerana tiada tempat kosong.Kelihatan Nubhan juga turut bersamanya.

“Assalammualaikum dan selamat pagi semua.”

“Waalaikumussalam dan selamat pagi,puan.”

Puan Khadijah tersenyum melihat dewan yang dipenuhi pelajar.Dia memakai cermin mata dan membelek-belek nota di tangannya.

“Baiklah,saya pun tidak mahu membuang masa anda semua.Baik,untuk makluman pelajar semua,pihak sekolah telah bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk sebuah projek yang ulung-ulung kali diadakan.Tahniah kerana sekolah kita adalah perintis untuk projek ini.”

Puan Khadijah menepuk-nepuk tangannya.Mahu tak mahu para pelajar turut bertepuk tangan walaupun mereka langsung tidak mengetahui apa projek yang bakal mereka lakukan.

“Projek ini dinamakan PSAS iaitu Projek Sayang Anakku Sayang.”

Aishah dan Dafi saling berpandangan.(Huh?!).

“Anda semua sedia maklum bahawa dewasa ini gejala-gejala sosial seperti buang anak,merempit dan sumbang mahram acapkali terjadi dalam masyarakat Malaysia.Kita sudah hilang pegangan adat dan agama. Realitinya esok lusa atau pada suatu hari nanti anda semua juga akan bergelar ibu dan bapa.”

“Aku rasa macam best je projek ni..mari berkahwin ramai-ramai kot..hehe..”Aril berbisik kepada Dafi dan Aishah sambil tersengih.

“Aril,ada apa-apa masalah?”Puan Khadijah tersenyum sinis kepadanya.

“Tak de apa,puan.”Aril tersipu-sipu tunduk.Dafi hanya ketawa kecil.(Tu lah kau,gatal nak kahwin..).

“Baiklah,projek ini dijalankan selama seminggu sahaja.Anda akan dibekalkan dengan sebiji telur ayam..mentah.”

“Goreng pun sodap,puan!”Nubhan yang berdiri di belakang bersama-sama Akem ketawa mengekek dengan rakan-rakan mereka.

“Tidak,Nubhan,Akem dan geng-geng di belakang.Jangankan goreng,awak nak rebus pun tak boleh.Apa yang awak lakukan kepada telur ayam mentah ini akan mempengaruhi markah kelakuan awak dalam sijil berhenti sekolah.”

Aril dan Dafi menunjuk lubang hidung mereka dengan jari telunjuk kepada Akem dan Nubhan.(Amik korang!).

“Awak harus menjaga telur mentah ini dengan sebaik mungkin.Awak dikehendaki membawa telur ini mengikut jadual yang diberikan selama seminggu malahan ada borang maklumat yang perlu awak isi.Telur ini seumpamanya anak awak.”

“Dude,macam mana anak aku muka macam telur?”Bisik Aril kepada Dafi.Aishah tersenyum mendengar pertanyaan Aril.

“Kau kahwin dengan emak ayam kot..”bisik Dafi kembali sambil menahan ketawa.

“Saya rasa Dafi dan Aril tidak sabar menerima anak-anak mereka.”Puan Khadijah tersenyum sinis ke arah Dafi dan Aril sambil disambut tawa kuat daripada geng Akem di belakang.Kedua mereka cuba berlagak selamba.

“Baiklah..telur ayam mentah anda telah dicop dengan nama sekolah dan nombor,ini untuk mengelakkan anda semua menipu.Anda juga bukan menjaganya secara individu tetapi berdua..ada ibu dan ada bapa.”

Isma yang hampir-hampir tertidur membeliakkan matanya.(Ada ibu?Mestilah aku yang ibu.Siapa bapa?Akem ke?Ke?Ke?).Ketika ini dewan sedikit riuh dengan siulan nakal pelajar lelaki.

“Bawa bertenang,anda bergilir-gilir untuk menjaga ‘anak’ anda ini.”

Keluhan kecewa kedengaran daripada pelajar lelaki.Puan Khadijah menggeleng-gelengkan kepala.(Nakal betul!).

“Ibu dan bapa ini dipilih berdasarkan analisis psikologi yang dijalankan oleh guru kaunseling kita yang bertauliah dalam bidang psikologi,Dr.Lee Lam Thye.”

Dr. Lee Lam Thye berdiri sambil mengangguk-angguk.

“Tanpa membuang masa,kita mulakan upacara penyerahan ‘anak’..diminta Dr.Lee Lam Thye menyampaikannya bagi pihak Principal Tiara yang tidak dapat hadir.‘Ibu’ yang pertama ialah Isma binti Ismail dan ‘bapa’nya..”

Isma tersenyum bangga.(Akem..Akem..)

“Zulkiflee B. Majid.”

Senyuman Isma menjadi tawar.(Zul?Penyanyi band indie 2 by 2?Huh!).Dalam keadaan terpaksa Isma melangkah bersama Zul untuk mendapatkan ‘anak’ mereka.

“ ‘Ibu’ yang kedua Marsha binti Landoh dan ‘bapa’nya Aril bin Azwan.”

Marsha menjuihkan bibirnya.(Okeylah,Aril not bad..).Dafi berbisik perlahan ke telinga Aril. “Tu mak ayam kau..”

“Banyaklah kau..”Aril sempat menolak kepala rakannya sebelum menaiki pentas.

“ ‘Ibu’ seterusnya..Aishah binti Sarip dan ‘bapa’nya..”

Dafi tersenyum ke arah Aishah.Aishah membalas senyuman itu kembali.Dia yakin akan mendapat Dafi sebagai pasangan projek ini.Sekurang-kurangnya dia tidak berasa janggal.

“Akem bin Aris!”

Muka Aishah terasa pucat lesi.(Akem?).Kakinya kejang dan tidak boleh bergerak.Pandangannya berpinar-pinar.Gelap.Blackout.(Mak oi gelapnya dunia!)

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries