Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 6:Akasha 'Anak' Kita Jua!
24 November 2009 | 7:39 AM | 0 comments

Sudahnya Isma,Akem,Dafi,Stacy dan Nadia menaiki van sekolah membawa Aishah ke klinik berdekatan.

Akem menggeleng-gelengkan kepala.(Masuk kali ni dah 3 kali kemalangan..kena humban dalam parit,pengsan kat dewan dan terbalik kuang kat padang..kena mandi bunga minah ni..).

“Macam mana?”Dafi bingkas bangun mendapatkan Aishah yang baru keluar dari bilik doktor.

“Okay..doktor cakap kalau saya ada muntah-muntah kena buat advanced medical check up.Dia bagi MC sehari..untuk esok.”

“Kalau kau okey,baguslah.Aku balik dulu.Ayah aku pun dah datang.”Isma bangun sambil menggalas beg galasnya.

“Err..terima kasih pasal tolong aku.”Ujar Aishah teragak-agak.

“Sebagai kapten tanggungjawab aku menjaga kau.Okey,kau balik rehat dulu.Esok praktis kau tak payah datang.”

“Tapi aku dah okey,aku nak datang esok.”

“Kau degil la.Aku cakap tak payah,tak payah la.Minggu depan kau datang.Aku warning nih..balik rehat!”Isma menunjukkan jari telunjuknya sebagai tanda arahan.

“Okey,Aishah..take care..kitaorang pun nak balik dulu.Rehat cukup-cukup okeh.”Nadia berkata sambil disambut anggukan Stacy.

“Korang balik dengan apa?”Tanya Dafi.

“Driver datang ambil.”Jawab Stacy.

“Sainglah,aku hantarkan korang.Aishah balik macam mana?”

“Aishah..Aishah..Aishah balik..”

“Taulah Aishah balik,kan?”Nadia cuba menyelamatkan Aishah yang tergagap-gagap untuk mengatakan dia akan pulang bersama Akem. “Jom Dafi!”

“Tapi..”

Belum sempat Dafi menghabiskan kata-katanya Stacy dan Nadia menariknya keluar dari klinik itu.

Akem sekadar memerhati mereka bertiga keluar dari klinik.Dia menghampiri Aishah yang terdiam membisu seribu bahasa.

“Bak Akasha..”

“Akasha?”Aishah meraba-raba beg galasnya.Dia kelihatan risau.

“Kau bagi hilang,aku belasah karang..”

“Diamlah!”Aishah mengambil pula beg sisinya yang berisi uniform sekolah.Dia menarik nafas lega apabila kotak yang berisi Akasha terdapat di dalamnya.

“Nah!”Dia menghulurkan kotak itu kepada Akem.

“Aku ambil dulu pasal esok kita kena bawa Akasha jalan-jalan.”Akem tersengih nakal menampakkan gusinya.

“Eh,dalam jadual tu tak cakap pun kena bawa jalan-jalan.”

“Pedulik ah..nah dua ringgit.”Akem menghulurkan not dua ringgit kepada Aishah.

“Buat apa?”

“Tambang bas balik rumah kau lah..”

“Kau cakap minggu ni kau ambil dan hantar aku.”

“Aku cakap ambil dan hantar kau sekolah..bukan dari klinik.Bye bye.”Akem melambaikan tangannya dan dengan selamba meninggalkan Aishah di klinik itu.

Aishah menggigit bibirnya.(Bengong!!!!!!)

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Kelima:Jumaat

Sepanjang hari ini Aishah hanya melayan Kiki memandangkan dia mendapat cuti sakit hari ni.Terima kasih kepada Marsha dan Dayana yang menghumbankannya ke belakang.Anak kucing betina tiga warna itu tak henti-henti mengejar bebola benang bulu kambing yang dilemparnya

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 petang.Ikutkan hatinya mahu saja dia ke sekolah sejak pagi tadi.Duduk di rumah pun bukan ada sesiapa.Abahnya sejak pagi-pagi lagi mencari rezeki.Kalau tidak menjual nugget dan sosej,dia membantu rakannya meniaga ikan di Pasar Selayang.

Miauwwwww…

“Adoi!”

Aishah tersentak apabila mendengar jeritan seorang lelaki di luar rumah.Aishah menjenguk ke luar tingkap.Dia terkebil-kebil melihat Akem bergayut di tiang tepi tangga rumahnya dengan Kiki di bawahnya yang mengiau garang.

“Apa masalah kau?Kucing tu kecik je.”

“Aku takut kucing la.Lagipun aku terpijak ekor dia tadi.Kau jauhkan kucing kau.”Akem merayu bersungguh-sungguh.

“Ha..ha..ha..ha!”Aishah ketawa dengan megah sambil mencekak pinggangnya.(Poyo betul..takut kucing rupanya..)

Dengan muka berlagak Aishah mengambil Kiki dan mengacahnya ke muka Akem.(Hamik!).

“Weh,aku tembak kau karang!”Akem menjerit sambil memejamkan matanya.

Ada hati nak tembak orang,huh!”Aishah meletakkan Kiki ke dalam rumah.Dia menguis lengan Akim dengan jari kelingkingnya.

“Buka mata.Kau kenapa?”

“Hah?”Akem menjeling ke bawah.(Dah lesap pun makhluk ganas tu..).Dia membetul-betulkan bajunya yang tak ada apa-apa masalah pun.Pandangannya tajam ke arah Aishah yang melihatnya atas dan bawah.“Apa?Kau tengok apa?”

“Kau datang rumah aku.Kau tu yang kenapa?Eh,bukannya kau ada praktis ragbi ke petang ni?”

“Aku minta Nubhan tengokkan,kan kita ada kerja penting hari ni?”

“Kita?”Aishah terkebil-kebil.(Buat apa?Cuci Menara Berkembar Petronas?)

“Kau ni sengal la.Buat apa lagi?Bawa Akasha jalan-jalan.”

Aishah terlopong.(Biar betik!Dia ni obsess betul dengan projek ni..nak jadi Belia Contoh ke?).

“Apa yang kau fikir?”

“Tak de apa-apa,kau duduk luar,aku tukar baju.”Aishah memberikan pandangan sinikal kepada Akem.(Mesti kecik-kecik nih pernah wat dosa curi telur ayam jiran,tu pasal sayang sangat kat si Akasha).

“Tak payah,kau dah pakai cantik dah tu..jom!”

Akem menarik Aishah yang memakai jeans lusuh separuh lutut dan t-shirt Chicken Little.

“Kalau ye pun bagi la aku kunci pintu rumah..bengong!”Jeritan Aishah memenuhi ruang angkasa Kampung Baru.

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Keenam:Sabtu

Akem berusaha menghasilkan topi kecil yang diperbuat daripada kertas warna dan dilekatkan dengan gam kepada Akasha.Dia memandang gambar Mila yang diletakkan di sisi gambarnya.Dia mengeluh perlahan.Semenjak dia bekerjasama dengan Aishah untuk Program Sayang Anakku Sayang,Mila langsung tidak bertegur sapa dengannya.(Chill la babe,takkan dengan budak yang aku selalu buli pun dia nak cemburu?)

Mengingatkan nama Aishah,Akem teringat peristiwa semalam..

Lokasi:TGV Sunway Piramid.

Jam:3.00 petang.

Cerita:Cloudy With A Chance Of Meatballs

“Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!”

Aishah menjeling ke arah Akem yang ketawa terbahak-bahak.(Bengong!).Paling menjengkelkan Akem membeli tiket untuk tiga buah kerusi.Aishah,Akem dan Akasha!

Akasha duduk di tengah-tengah di dalam bekas popcorn yang khas untuk Akasha sendiri.Akem pun sedap menonton dengan popcorn dan air kola.Aishah?Aishah hanya mendapat kuih muruku yang dibeli di Jalan Masjid India.Sanggup Akem menyembunyikan kuih itu di dalam jaketnya daripada dikesan petugas wayang.Itu semata-mata tidak mahu membelikan popcorn untuk Aishah.Aishah menjuih bibirnya.(Pembuli!).

Tidak sampai setengah jam mereka di dalam panggung wayang,seorang lelaki berbadan besar datang dan ingin melabuhkan punggung di antara Akem dan Aishah. Akem membulatkan matanya apabila melihat pemuda itu hampir-hampir duduk di atas Akasha.Selamba dia menendang punggung lelaki itu.

Dusyum!

“Oh abah kita!Hoi!Kau kenapa?”Tengking lelaki itu.

“Kau tak nampak ke ‘anak’ aku kat sini?”

Aishah menutup mukanya dengan tangan.(Alamak..)

“Kau ni dah buang tebiat?”

“Aku belasah karang!”Ugut Akem garang.

“Syy..”Aishah meletakkan jari telunjuk ke mulutnya sendiri. Dia memandang Akem.“Kau boleh tak jangan nak belasah orang?”

“Ntah..cuba kau dengar cakap orang gaji kau.”

Aishah terdiam.(Apa?).

“Aku orang gaji dia?”

“Ye la..dia pakai suit LV..awak Chicken Little..”

“Biadab betul!”

Sebijik penumbuk Aishah hinggap di mata kanan lelaki itu.Akem terdiam.(Alamak!)

Hasilnya kedua mereka campur Akasha dihalau petugas wayang itu.Akem tersengih sendirian.

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Keenam:Ahad

“Abah,Aishah keluar dengan Qhaud,Zizi dan Yazid.”

“Okey,jangan balik lewat.”Pak Sarip berpesan kepada anak dara tunggalnya.

Aishah berlari-lari keluar rumah.Hatinya teruja melihat ketiga-tiga sahabat baiknya.

“Korang!Rindunya!!!”

“Kitaorang pun rindukan kau.”Kata Zizi.Dia menjeling ke arah Qhaud. “Tapi yang pasti tentulah Qhaud yang lebih-lebih rindukan kau.”

Muka Qhaud merah padam mendengar kata-kata Zizi.Aishah terkebil-kebil cuba berlagak selamba.

“Korang nak pergi mana?Aku guide korang ronda-ronda KL.”Aishah cuba mematikan gossip antaranya dan Qhaud.Pertanyaan Aishah tidak dijawab apabila rakan-rakan lamanya terganggu dengan bunyi kereta enjin yang kuat.Di saat itu Aishah terasa lembik lutut.Dia menoleh ke arah bunyi enjin itu.

“Kau kenapa?Hari ni Ahad.Aku yang jaga Akasha?Kenapa kau datang?”Tanya Aishah bertalu-talu apabila Akem turun daripada keretanya.

“Kau check tengok?Mana Akasha?”

Aishah mengeluh kecil.(Papadom betul!).Dia meraba-raba beg sisinya.Wajahnya berubah apabila dia tidak dapat merasakan bentuk kotak yang diisikannya Akasha.

“Uhuk..uhuk..Akasha hilang..”Aishah menangis separuh nyawa.Zizi,Yazid dan Qhaud risau melihat keadaannya.Erti kata sebenar,mereka pun tak tahu siapa Akasha.

“Sengal!Aku belum bagilah!”Akem mengeluarkan Akasha dari saku jaketnya.

“Akasha!”Aishah menjerit riang dan memasukkan Akasha ke dalam beg sisinya.Dia menjeling ke arah Akem(Bengong!)

Tanpa memperkenalkan Akem kepada tiga sahabatnya,Aishah terus masuk ke dalam kereta Volkswagen Qhaud.Qhaud memandang Akem dari atas ke bawah.

“Apa tengok-tengok?Belasah karang!”Marah Akem.

Qhaud cuba mara ke hadapan tapi dia ditahan oleh Aishah.

“Jom..jom..jom kita pergi KLCC.”Aishah menolak Qhaud ke dalam kereta.Akem masih berdiri di situ walaupun kereta Volkswagen Herbie itu telah hilang daripada pandangan.

*****

Program Sayang Anakku Sayang

Hari Ketujuh:Isnin

“Cepatlah!Lembap macam siput lala!”Bentak Akem apabila melihat Aishah mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan Akasha dari beg galasnya.

Aishah ingin membalas kata-kata Akem tapi malas.Dia cuma berkumat-kamit mengutuk Akim tanpa berbunyi.(Siput lala sedap apa buat makan!).

“Nah!Mulut bising macam nenek kebayan!”

Aishah menghulurkan Akasha kepada Akem.Hari ini mereka dikehendaki menyerahkannya secara rasmi kepada Puan Khadijah untuk dibuat penilaian.

“Hah!”Akem tersengih melihat Akasha yang merupakan ‘anak’ atau bahasa rasminya telur ayam mentah yang paling comel di saat itu.Akem menjeling ke arah Aishah. “Cepat!Masuk dewan!”

Akem terus melangkah dengan kakinya yang panjang masuk ke dalam dewan.Aishah terkedek-kedek di belakang mengikuti Akem.

Puan Khadijah tersenyum melihat Akem dan Aishah masuk ke dalam dewan.Pasangan yang terakhir menyerahkan kembali ‘anak’ jagaan mereka.

“Puan,saya nak bagi..hoh?”Akem memerhatikan retak yang terdapat pada badan Akasha.Aishah dan Puan Khadijah memandangnya dengan kehairanan.Dahi Akem berkerut dan memberikan pandangan yang tajam kepada Aishah.

“Apasal Akasha retak?”

“Mana ada?Mana?”Aishah mengambil Akasha daripada Akem.

“Akasha?Telur ni ke retak?Banyak sangatkah?”Pertanyaan Puan Khadijah tidak terjawab.Aishah turut terperanjat apabila melihat terdapat retakan pada badan Akasha.

“Kau..”Aishah meletakkan Akasha di atas meja penganjur.“Tadi aku pegang,okay je..kau bawa tadi terus retak.”

“W..W…What?Aku yang bagi retak?Banyak cantik muka kau.Mesti dah retak sejak semalam.Entah kawan-kawan kau duduk atas Akasha!”

“Kau ingat kawan-kawan aku tu ganas sangat ke?”

“Well..”Puan Khadijah cuba menenangkan mereka berdua.Tapi kudratnya seorang tidak mampu mematikan hujahan Akem dan Aishah.

“Memang!Memang!Kawan-kawan kau memang ganas.Terutama yang botak tu!”

“Kau jangan cakap Qhaud macam tu!Aku tanduk kau karang!”

“Tanduklah kalau beran sangat!Ada berannnn???”

Prakkkk!

Akem dan Aishah terdiam mendengar bunyi retakan itu.Puan Khadijah turut memandang ke arah Akasha.

Retakan di badan Akasha semakin banyak.Melarat-larat.

Prakk!Prakk!

Perlahan-lahan kulit telur itu jatuh ke bawah.Akem,Aishah dan Puan Khadijah tergamam melihat Akasha…bukan sebagai telur ayam mentah lagi tetapi..

Cip..cip!Cip!Cip!Cip!

“Akasha..”

Akem dan Aishah bersuara serentak.Kedua-dua mereka meletakkan dagu mereka di atas meja penganjur.Melihat aras yang sama dengan ketinggian Akasha..seekor anak ayam berbulu kuning yang sangat comel.

“Bagus Akem dan Aishah..kamu berdua satu-satunya peserta yang menjaga telur ini sehingga menjadi anak ayam.Tahniah!”Puan Khadijah menepuk-nepuk tangannya.Bangga.

Kedua-duanya tersenyum puas dan bangga melihat kelahiran Akasha ke dunia fana ini.Akem mengusap-usap perlahan kepala Akasha dengan jari telunjuknya.Dia tersenyum memandang Aishah yang kelihatan terharu dengan Akasha..anak ayam comel mereka.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries