Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Intro
17 November 2009 | 5:29 PM | 2 comments

Lokasi:Sekolah Menengah Kebangsaan St.Jacob,Kuala Lumpur.

Waktu:8.00 pagi..waktu Malaysia.Takkan Myanmar kot..

Seorang jejaka membetulkan tali lehernya.Pewangi Dolce Gabbana The One memenuhi aroma hidung pelajar-pelajar lain yang terpaku melihatnya.Yang single terasa ingin dikasihi.Yang berpakwe berasa muntah melihat pakwe di sisi.Yang lelaki ingin menjadi sepertinya.

Berambut awning di hadapan ala pelakon korea Kim Bum.Fungsi?Supaya nampak kawaii.Kenderaan ke sekolah kereta Mazda RX7.Fungsi?Terasa macam dalam cerita Initial D.Handphone?Ada dua,sebenarnya sepuluh tapi kita cerita dua dulu..satu Blackberry Bold daddy hadiahkan.Fungsi?Facebook dengan aweks.Yang kedua,Sony Ericsson W595 warna biru.Fungsi?Awek sekarang(buat masa sekarang) hadiahkan sebab nak matching dengan yang dipakai berwarna merah jambu.Kekasih?Mila.Fungsi?Gadis comel tingkatan 5 dan penyanyi terkenal.Musuh?Rasanya pengawas baru kat depan yang dia belum tahu siapa namanya.

Nun di hujung sana seorang awek berkot biru tua,bertali leher dan memegang buku nota dengan sebatang pen kilometrico warna hitam.

Berambut paras bahu dengan potongan bob.Fungsi?Minat Victoria Beckham sejak zaman Spice Girls.Kenderaan ke sekolah basikal terpakai.Fungsi?Abah modified jiran punya basikal.Handphone?Nokia 3310.Fungsi?Abah belikan sebab dapat 15A dalam SPM.Kekasih?Tak ada tapi ada sahabat baik bernama Qhaud.Musuh?Rasanya pakwe di hadapannya yang mebuatkan dia menyampah pertama kali dia melihatnya.

Akem merenung tepat ke mata Aishah.Dia menggeleng-gelengkan kepala.(Anak ayam ada emak,kau memang betul-betul menyemak!).

“Ke tepi..”

Akem menguis bahu Aishah seperti ikan paus menguis plankton.

“Maaf,tapi awak bersalah..awak datang lewat ke sekolah.”

Akem menghentikan langkahnya membelakangi Aishah.

“Kau tahu ke siapa aku?”

“Entah.Ada dalam senarai menteri kabinet tahun ni ke?”

Akem menghampiri Aishah dan mencampak name tag yang dipakainya ke muka Aishah.

“Kalau kau berani,kau tulis nama aku.”

Akem tersenyum sinis sambil berlalu pergi.Aishah mengambil name tag itu tanpa mempeduli risikonya.Dia mencatat nama keramat itu ke dalam buku nota ‘Murid Datang Lewat’.

AKEM.

Aishah mengerut dahinya.(Binnya?Kelasnya?)

*****

“Kau tulis nama Akem dalam buku nota ‘Murid Datang Lewat Ke Sekolah’?”Ketua pengawas merangkap kapten pasukan sorak bernama Isma membulatkan matanya.

“Keterlaluan!”

“Zalimnya!”

“Tak ada nilai-nilai murni.”

“Padamkan nama Akem.”

“Saya bantah perbuatan terkutuk itu!”

“Betul!Itu perbuatan terkutuk!”

“Terkutuk!”

“Satu perbuatan yang tak bertamadun dan primitif!”

Aishah terpinga-pinga melihat kesemua 9 anggota pengawas tingkatan 6 atas membantah apa yang dilakukannya.Menulis nama pelajar yang datang ke sekolah pada pukul 8 pagi satu perbuatan yang terkutuk dan primitif?

“Tapi..tapi dia datang pukul 8 pagi.”

“Hello..H.E.L.L.O..budak baru dia bukannya datang pukul 8.01 pagi okey?Hei,cikgu mana yang pilih makcik ni jadi pengawas?”Dayana menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Siapa lagi kalau handsome man,Cikgu Hairi.”Marsha menjuih bibirnya.

“Motif?Nak buat bini muda?Student baru masuk jadi pengawas.”Dayana menjeling ke arah Aishah yang terdiam.

Isma sekadar tersenyum.Dia memandang ke arah Aishah dengan pandangan mata yang tajam.

“Padam nama Akem atau awak akan meninggalkan sekolah ni dan sekaligus mengucapkan bye bye kepada biasiswa.Ada saya mention tak yang saya ni anak pengetua St.Jacob?Okay,noktah.”

Isma keluar daripada bilik pengawas dengan hati yang berbunga-bunga.(Kalaulah Akem tau yang aku jadi heroin menyelamatkan statusnya sudah pasti aku dianugerahkan sebagai girlfriend yang ke-25.Huh,bangga!).

Marsha dan Dayana menjeling ke arah Isma (nak potong jalan lah tu!).

Aishah terdiam.Buku nota itu digenggamnya erat.Bayangan abahnya yang bekerja menjual nugget dan sosej di tepi Jalan TAR menghujani mindanya.Buku nota itu diletak perlahan-lahan di atas meja.Pemadam Stabilo diambil dari kotak pensel dan nama itu dipadam.Tanpa berkata apa dia keluar dari bilik itu.

Cikgu Hairi memandang kejadian itu dari luar tingkap.Dia berasa ada sesuatu yang tidak kena.

*****

“Sejak kat Sekolah St.Jacob,susah aku nak jumpa kau.”

Qhaud menghulurkan burger berbalut kertas Ramly kepada Aishah.Burger ayam dengan mayonis lebih dan salad lebih.

“Mana ada. Aku baru seminggu kat sekolah tu.Baru seminggu je kita tak jumpa.”

“Ye la kitaorang saja yang rindukan kau.Yazid dan Zizi kim salam kat kau.”

Burger itu digigitnya secubit.Hatinya tiba-tiba terasa sebak.(Zizi..Yazid..rindunya kat korang!).Aishah memandang Volkswagen berwarna biru dan putih dengan nombor 33 di atas bonet hadapannya.Seraya dia memandang ke arah Qhaud.

“Qhaud,terima kasih sebab pandu Herbie dari Kuala Selangor ke KL untuk bawa burger gerai Abang Joe kat aku!”

Qhaud tersenyum sambil menyapu-nyapu rambut Aishah.

“Kau makan ajelah..karang kempunan pulak.”

Aishah tersengih sambil menggigit lagi burger ayam yang sedapnya hingga menjilat mulut.(Ye la apa motif nak jilat jari kecuali korang telan makanan melalui tangan dan bukan mulut..).

*****

Aishah meletakkan basikal Lerun terpakai berwarna pink yang dibeli bapanya oleh jirannya.Basikal itu sebenarnya sudah berkarat.Masih terbayang-bayang betapa gigih bapanya mengecat semula basikal itu.Basikal yang cuma dibeli dengan harga RM80 itu terpaksa diubahsuai oleh ayahnya sehingga menjadi begitu ‘kawaii’.

Nak ikutkan hati memang dia tak ingin mengikut bapanya berhijrah ke Kuala Lumpur.Dia lebih ingin tinggal bersama neneknya di Kuala Selangor.Bersama-sama sahabat-sahabat setianya sejak kecil lagi Qhaud,Zizi dan Yazid.Tapi kasihan pula mengingatkan bapanya seorang diri di sini.Sejak bercerai dengan ibunya yang hilang entah ke mana,kasih sayang bapanya hanya untuknya.Basikal itu di berikan untuk memujuknya tinggal di Kuala Lumpur.Tapi kalau tak diberikan basikal pun Aishah akan tetap menemani bapanya.

Sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam berhenti di sebelah basikal yang diletaknya.Hampir-hampir melanggar basikalnya.Pemandu dan penumpang di sebelahnya amat dikenali Aishah.Marsha dan Dayana.Best friend forever!

“Babe,dalam zaman ‘surrogates’ macam ni pun ada lagi orang bawak basikal?”

“Entah,ketinggalan..’surrogates’ tu pe Sha?”Dayana terpinga-pinga.Blur.

Yana,cerita Bruce Willis kita tengok semalam.”

“Oh,’surrogates’..err,sekarang orang Malaysia pun pakai ‘surrogates’?”

“Babe,I’m trying to be ironic.”

“Oh..ironic..citer Iron Man tu kan?”

Aishah ketawa kecil mendengar pertanyaan Dayana.Marsha sekadar menjeling sambil menarik Dayana pergi dari situ.(Kawanku yang bimbo,ayuh let’s go!)

Beg jeans lusuh Levi’s digalasnya ke bahu.Beg yang dipakai sejak tingkatan satu.Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.(Semoga minggu kedua ini memberikan seribu kebahagiaan buatnya).

Budak-budak kaya seperti Marsha,Dayana,Isma,Akem dan sebagainya memang menyemakkan fikirannya.Mereka semua hanyalah parasit yang menumpang kekayaan ibu bapa mereka tanpa berfikir panjang.Aishah mengeluh.(Tak ada ke anak orang kaya yang baik hati kat sini?Takkan anak orang miskin dan sederhana saja yang ada otak?).

Budak elit dan budak loan itulah perbezaan komuniti murid di sini.Sedangkan hakikatnya semua sama sahaja di sisi Allah SWT.Masalahnya ibu bapa pun sama sahaja.Budak-budak elit pantang langsung disentuh,nanti melayanglah surat saman dari peguam masing-masing.St.Jacob merupakan sekolah yang cemerlang daripada segi akademik tetapi sebagai sekolah yang dikuasai golongan elit reputasi untuk kontroversi juga cukup tinggi.

Aishah membuka suratkahabar Metro Kota yang baru dibelinya.

SEKALI LAGI GURU ST.JACOB DISAMAN!

Aishah melipat semula akhbar itu.(Malas nak dilayannya berita saman itu..tak habis-habis.Entah anak datuk mana yang dijentik)

Semasa melalui bilik guru disiplin,Aishah dapat melihat bayangan dua orang lelaki di sebalik kaca tingkap.Seorang daripadanya sudah pasti Cikgu Hairi yang merupakan guru disiplin sekolah itu.Seorang lagi..

“Akem!”

Tiba-tiba nama itu terpacul daripada mulutnya.Aishah menutup mulutnya.Dia dapat melihat dengan jelas senyuman sinis Akem yang pasti ditujukan khas buatnya.Aishah menelan air liurnya.(Tapi aku kan dah padam namanya..).

*****

“Aiyok tak tahu..apa kau dah buat kat Akem..”

Aishah cuba tidak mempedulikan kata-kata Dayana dan cuba duduk di atas kerusinya.Tetapi kerusinya ditarik oleh Marsha.

“Hello budak loan,dah nak mati?Dah cukup amal ibadat ke?”

Marsha menuding jarinya ke dahi Aishah.Dayana terkebil-kebil sambil memandang Marsha.Blur.

“Babe..amal ibadat?Baru semalam kita pergi clubbing..”

Marsha menghela nafasnya.

“Babe,I cakap pasal dia..bukan pasal kita..k.i.t.a..bukan babe..pasal dia..d.i.a..”

“Oh d.i.a..dia!B.F.F I ingat pasal kita..hehe..”

Marsha menggelengkan kepalanya dan kembali merenung tajam ke arah Aishah.

“Kau dah buat nama Akem naik kat guru disiplin.”

“Apa masalah korang ni?Yang korang backing sangat mamat rambut awning tuh kenapa?Bapa tiri korang?”Aishah menghempaskan beg galasnya ke atas meja.

“Manusia primitif tak tahu pe benda.Eh,Akem tu kapten pasukan ragbi kat sini.”

“Bakal Homecoming King untuk prom tahun ni.”Tambah Dayana.

(Eh,kat Malaysia ni ada prom ke?).Aishah mengerutkan dahinya.Bab ni ternyata Dayana tidak blur kerana St.Jacob mengadakan majlis prom setiap tahun.

“Bakal boyfriend I.Menggangu dia seperti mengganggu Robert Pattinson.”

“Sha,actually bakal boyfriend I.”

“Ya untuk 20 tahun lagi..next reincarnation.”

“Ya betul!”(Reincarnation tu apa?).Dayana cuba berfikir.(Californiacation?).

Suasana senyap seketika apabila Isma masuk sambil mencekak pinggangnya.

“Dubuk-dubuk Lion King boleh ke tepi sedikit.”

Marsha dan Dayana kelihatan bengang yang amat sangat.(Dubuk-dubuk?Bencinya!).

“Oh,budak kampung.”Isma memegang pipi Aishah. “Kau dah cari pasal dengan Akem Datuk Aris.Datuk Aris orang yang bertanggungjawab menaja biasiswa kau.”

Aishah menelan air liurnya.(Tapi aku dah padam nama dia..).

“Okay,aku tak nak masuk campur tapi aku rasa balik nanti..”Isma berpura-pura menangis. “Balik nanti..uhuk..uhuk..kau kena jalan kaki..”

Seraya itu seluruh kelas mentertawakannya.Telinga Aishah terasa merah.(Balik nanti aku jalan kaki?Ya Allah..basikal aku!).

Aishah menolak Isma ke tepi sambil berlari dengan pantas.Dia tidak mempedulikan ketawa Isma,Marsha,Dayana dan rakan-rakan sekelasnya.Hatinya berdebar-debar.Lariannya dipecutkan sehingga tidak cukup tanah.Sampai satu ketika langkahnya terhenti.Lututnya lembik.Dia melutut ke bumi.

“Basikal..abah..”

Basikal yang dibanggakan abahnya sudah kemik seperti tin sardin dikemik ke dalam tong sampah.Dua roda basikalnya sudah kempis dan dijadikan hiasan pokok bonsai di taman sekolah.

Seorang pelajar lelaki menghampirinya sambil berbisik.

“Budak loan,lain kali,jangan cari pasal dengan anak Datuk Aris.”

Akem tersenyum sambil berlalu pergi.Beberapa orang murid lelaki junior menuruti langkahnya.Aishah tidak menghiraukan kata-kata Akem.Dia terbayangkan susah jerih abahnya menyiapkan basikal itu untuknya.Air mata yang mengalir ke pipi dikesatnya.(Aku dah padam nama dia..aku dah padam..).

Dua orang pemuda yang melihat kejadian itu dari tingkap kelas menggelengkan kepala.

“Dude,kesian awek tu dude.”Aril menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Aku cuma nak balas dendam kat Akem.”Dafi turut berasa kesal.Kalaulah dia tahu budak baru itu akan dibuli Akem,sudah tentu dia tidak akan memberitahu Cikgu Hairi tentang hatrick kelewatan Akem ke sekolah.Dia lakukan pun demi Mila.Geram betul Dafi apabila Akem menfitnahnya dengan Marsha dan Dayana untuk memporak perandakan hubungannya dengan Mila.

(Aku dengan minah-minah suka mengeja tu?Agak-agak ah!)

Dafi melihat Aishah dengan seribu simpati di hati.Hatinya tersentuh apabila melihat Aishah cuba mengesatkan air matanya yang tak berhenti mengalir.

Bayangan Mila yang melintas di tepi kelasnya menarik perhatiannya.Tetapi hatinya sedikit retak apabila melihat Akem turut berada di sisi gadis pujaannya.(Ada lawyer ada hakim,kau loyar betul Akem!).

The Writer:Sekadar episod pengenalan..bersambung Jumaat nanti Aishkimmers.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries