Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:Kau Dan Aku:Episod 8:Aril Fitnah Akim!
11 December 2009 | 11:23 AM | 0 comments
Fitri mendedahkan Mila rapat dengan seseorang. Aril nekad untuk mengetahui siapa orangnya. Aril marah apabila ketahui orang yang rapat dengan Mila adalah Akim. Fitri merasakan Aril masih mencintai Mila.

Aril cemburu dengan hubungan Mila dan Akim. Dia mula mereka-reka cerita bahawa Akim adalah seorang playboy dan sentiasa cuba mendekati pelajar-pelajar baru setiap tahun. Fitri tidak percaya dan merasakan Akim tidak seperti yang diceritakan Aril.

Aril kemudian bertegas dan beri amaran kepada Fitri. Aril turut berpesan agar Fitri menjaga Mila dan jangan biarkan Mila terluka kerana Akim seperti mana dia melukakan hati Mila dulu.

Sementara itu, Anita ingin tahu apakah hadiah yang ingin diberikan Farah kepada Aril. Anita terkejut lantas bertanyakan Farah adakah dia pasti dan tidak akan menyesal dengan perancangannya itu? Farah membalas yang dia akan lebih menyesal sekiranya tidak melaksanakan rancangan itu. Farah mahu Anita merahsiakan rancangan ini dari Chichi dan Asraf kerana bimbang mereka akan terlepas cakap sekaligus menggagalkan rancangannya.

Semua orang sibuk memperkatakan majlis sambutan hari jadi Aril yang akan diadakan secara besar-besaran. Farish mengajak Wenny dan Nadia menjadi jawatankuasa majlis berkenaan. Wenny bersetuju dan ditugaskan untuk mencari bakat yang boleh mengacara, menyanyi dan menari.

Sementara itu, Asraf bertanya kepada Aril adakah Mila akan menyanyi di majlis hari jadinya nanti. Aril merasakan idea itu bernas dan berfikir yang majlis akan lebih meriah sekiranya dia sendiri berduet dengan Mila pada hari berkenaan. Aril merancang cara untuk membuatkan Mila bersetuju menyanyi dengannya

Labels: ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries