Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:Kau Dan Aku:Episod 8:Aril Fitnah Akim!
11 December 2009 | 11:23 AM | 0 comments
Fitri mendedahkan Mila rapat dengan seseorang. Aril nekad untuk mengetahui siapa orangnya. Aril marah apabila ketahui orang yang rapat dengan Mila adalah Akim. Fitri merasakan Aril masih mencintai Mila.

Aril cemburu dengan hubungan Mila dan Akim. Dia mula mereka-reka cerita bahawa Akim adalah seorang playboy dan sentiasa cuba mendekati pelajar-pelajar baru setiap tahun. Fitri tidak percaya dan merasakan Akim tidak seperti yang diceritakan Aril.

Aril kemudian bertegas dan beri amaran kepada Fitri. Aril turut berpesan agar Fitri menjaga Mila dan jangan biarkan Mila terluka kerana Akim seperti mana dia melukakan hati Mila dulu.

Sementara itu, Anita ingin tahu apakah hadiah yang ingin diberikan Farah kepada Aril. Anita terkejut lantas bertanyakan Farah adakah dia pasti dan tidak akan menyesal dengan perancangannya itu? Farah membalas yang dia akan lebih menyesal sekiranya tidak melaksanakan rancangan itu. Farah mahu Anita merahsiakan rancangan ini dari Chichi dan Asraf kerana bimbang mereka akan terlepas cakap sekaligus menggagalkan rancangannya.

Semua orang sibuk memperkatakan majlis sambutan hari jadi Aril yang akan diadakan secara besar-besaran. Farish mengajak Wenny dan Nadia menjadi jawatankuasa majlis berkenaan. Wenny bersetuju dan ditugaskan untuk mencari bakat yang boleh mengacara, menyanyi dan menari.

Sementara itu, Asraf bertanya kepada Aril adakah Mila akan menyanyi di majlis hari jadinya nanti. Aril merasakan idea itu bernas dan berfikir yang majlis akan lebih meriah sekiranya dia sendiri berduet dengan Mila pada hari berkenaan. Aril merancang cara untuk membuatkan Mila bersetuju menyanyi dengannya

Labels: ,

CSI AISHKIM:Kau Dan Aku:Episod 7: Farah Lancar Perang
09 December 2009 | 6:37 PM | 0 comments
KREDIT:WWW.MURAI.COM.MY

Wenny dan Nadia menemui Farish di konti radio. Wenny berhasrat untuk menjadi penyampai radio di SPOT. Farish beri sokongan kepada Wenny dan menasihatkan agar menjalani uji bakat terlebih dahulu.

Tanpa disengaja, Farah mengetahui hakikat sebenar bahawa Aril yang memberikan borang uji bakat kepada Mila. Disebabkan itu, Farah yakin Aril mahu berperang dengannya. Farah mahu malukan Aril depan orang ramai.

Sementara itu, Fitri semakin sedar bahawa dia telah jatuh cinta pada Aril. Ini kerana, Fitri tak boleh melepaskan Aril dari fikirannya. Lebih-lebih lagi setiap kali Fitri bertembung Aril di koridor.

Malah, perasaan Fitri makin menjadi-jadi apabila Aril menegurnya lalu mengajak Fitri ke kafe. Namun, sewaktu di kafe, Aril bertanya kepada Fitri apakah Mila sudah punya pengganti dirinya? Fitri jadi bingung untuk menjawab soalan itu.

Labels: ,

CINEMASCOPE 16:THE HERO
01 November 2009 | 10:56 AM | 0 comments
Mila, Akim, Nonny, Aril, Ika, Amar Kisah Kita Berdua @ Sehati Berdansa 3.
KREDIT:http://www.youtube.com/user/procompsognathus737

Labels: , , , ,

CSI AISHKIM:kau dan aku » siapa dia
31 October 2009 | 10:37 AM | 0 comments
Temuramah ringkas Akim mengenai drama Kau Dan Aku.
Kredit:www.murai.com.my

13-Oct-2009
| Oleh: Razif Rosdi

Akim


Nama Pelakon
AFIQ HAKIM BIN AHMAD

Tarikh Lahir
18 JANUARY 1991

Tempat Lahir
JOHOR

Pengalaman
AKADEMI FANTASIA 7

Pencapaian
TEMPAT KE-3 AKADEMI FANTASIA 7

Adegan paling mencabar dalam membawakan watak Akim adalah...
Bercinta dengan Mila

Senaraikan sifat Akim yang mempunyai persamaan dengan diri anda?
Kuat jeles

Jika anda diberi peluang memegang watak lain, siapakah anda & kenapa?
Watak Aril sebab saya suka watak yang aggresif dan berlagak sebab watak yang mencabar

Apakah masalah terbesar yang anda hadapi sepanjang penggambaran Kau & Aku?
Masalah terbesar tiada


Siapakah satu (1) teman yang paling rapat sepanjang sesi penggambaran dijalankan?
Mila

Pelakon lain dalam Kau & Aku yang anda kagumi adalah...
Aril sebab pandai melakukan wataknya dengan baik

Apakah yang biasanya anda lakukan sementara menunggu penggambaran babak anda?
Tidur dan check scene serta dialog

Harapan anda kepada drama muzikal - Kau & Aku
Supaya dapat sambungan

Labels: , , ,

CSI AISHKIM:AKIM AF KEKOK BERLAKON
21 October 2009 | 2:36 PM | 0 comments

Credit:www.manggaonline.com.my Ditulis oleh Nonie Isnin, 19 Oktober 2009 19:12

"Pertama kali Akim berlakon dan rasanya lakonan Akim macam kayu, keras macam tak boleh menghayati dialog.

"Tapi pengarah dan rakan-rakan banyak bagi tunjuk ajar untuk hasilkan yang terbaik untuk drama Kau dan Aku," ujar Akim.

Mempelajari sesuatu yang baru merupakan pengalaman menyeronokkan bagi pemuda berasal dari Johor ini, namun menganggap lakonan hanyalah sekadar pelengkap kepada kerjayanya dan nyanyian masih bertakhta dihatinya.

"Buat masa ini, Akim tak ada terima sebarang tawaran lain untuk berlakon dan jadual Akim lebih banyak untuk show nyanyian.

"Single terbaru Akim akan keluar tak lama lagi dan Akim tulis lirik sendiri. Untuk album pula, setakat ini Akim ada tiga buah lagu ciptaan Akim," ujarnya optimis.

Seperti juga Mila, Akim merasai pengalaman gegaran ketika berada di Jakarta untuk penggambaran drama tersebut. Walaupun agak berhampiran dengan tempat kejadian, Akim bersyukur kerana tiada kemalangan bruk berlaku kepadanya dan kumpulan produksi.

"Kami rasa gegaran masa tengah shooting tapi syukurlah tiada apa-apa yang berlaku," ujarnya ringkas.


Belum Masanya

Mengakui rapat dengan rakan-rakan AF yang lain, namun menurutnya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bercinta. Karier harus diutamakan untuk memastikan kejayaan yang lebih memuncak masa akan datang.

Akim bakal digandingkan Mila, Aril, Zoey dan banyak lagi pelakon remaja popular lain untuk drama terbaru Astro, Kau dan Aku. Ia mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Drama ini akan diselang selikan dengan persembahan muzikal menerusi lagu popular pelajar Akademi Fantasia seperti Bengang, Toksid, Menatap Matamu dan lain-lain lagi.

Drama ini bakal ke udara setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104).

Labels: , , ,


Older Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries