Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : UUM Tawar Pengajian Kepada Artis
23 July 2010 | 12:07 PM | 0 comments

pic credit:diddy hirdy fb


credit:http://mstar.com.my

KUALA LUMPUR: Pelakon Emelda Rosmila, Diddy Hirdy, Akim AF dan vokalis kumpulan Hujan, Mohammad Noh Salleh, merupakan antara 38 penggiat seni yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Turut menerima tawaran ialah personaliti Astro Awani, Ashwad Ismail yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin Mei lepas serta pembaca berita Rizal Zulkapli.
Mereka ditawar mengikuti Program Khas Pengajian Luar Kampus (PLK) bagi kursus Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian (PLK) dan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian (Mode Eksekutif), dan akan memulakan pengajian pada Ogos depan.
Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, UUM melancarkan program khas tersebut setelah menerima permohonan daripada beberapa selebriti untuk melanjutkan pelajaran secara PLK.
"Program pengajian selama empat tahun itu membolehkan artis, penggiat seni dan pengamal media di negara ini menghadiri kelas dengan waktu yang lebih fleksibel, sesuai dengan jadual harian mereka yang padat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan di sini.
Beliau berkata UUM berhasrat melahirkan modal insan yang berkualiti, berilmu dan berpendidikan termasuk di kalangan penggiat seni.
"Kesemua mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan pihak universiti untuk menyambung pengajian, dan kami berharap usaha mereka untuk terus menimba ilmu dapat dijadikan panduan kepada peminat dan masyarakat," katanya. - Bernama

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries