Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Inilah Cinta 2 : Pasrah
04 August 2010 | 6:47 PM | 0 comments
karya:arza

‘TOK!TOK!’


Akim dengan malasnya bangun dari katilnya membuka pintu rumah.


“Haish…siapalah yang visit aku pagi-pagi hujung minggu ni,”rungut Akim.


Akim membuka pintu.Akim amat terkejut melihat susuk tubuh di depannya.


“Encik Aril?”

“Akim..baru bangun tidur ke?”Tanya Aril.

“Encik Aril buat apa pagi-pagi kat rumah saya yang buruk ni?”Akim mula kelam-kabut.

“Saya nak awak teman saya pergi beli barang untuk peminangan petang ni,boleh tak?”


Akim teringat sesuatu.’Aishah akan berkahwin dengan Aril!’


“Boleh tak?”Tanya Aril lagi.

“Boleh encik Aril tapi saya belum mandi lagi ni!”

“Saya tunggu awak dalam kereta!”


Aril segera masuk ke dalam kereta manakala Akim bergegas berkemas untuk menemani Aril.


Aishah berjalan mundar-mandir di biliknya.Dia tidak keruan memikirkan Aril.


“Kenapa ni?”tanya Farah,sepupu Aishah.

“Kak Farah…seram bila memikirkan petang ni..”

“Kenapa pula? Kan baru meminang..”

“Mana tahu kalau daddy tak setuju ke apa ke..”

“Aishah.. kan semua dah setuju..relax la..”


Aishah memandang Farah.Alangkah bahagianya Farah sejak mendirikan rumah tangga dengan Adam tahun lalu walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata.


“Aishah..jangan fikir yang bukan-bukan..insyaallah semuanya akan diberkati Allah,”nasihat Farah.

“Okay..tapi janji kak Farah jangan lupa tolong Aishah bersiap petang ni,”


Farah hanya menggangguk sambil tersenyum.


Suasana di Mid Valley itu sangat riuh,maklumlah hujung minggu.Akim hanya mengikut langkah Aril yang tidak pernah berhenti.Sekejap masuk sini,sekejap masuk ke sana namun tiada apa yang diperoleh,sampailah di kedai emas.


“Akim..kau rasa yang mana lagi cantik,bulat ke bentuk love?”tanya Aril.

“Yang bentuk love ni lagi cantik..sesuai untuk cik Aishah,”kata Akim.

“Baiklah..cik..tolong ambil yang ini,”Kata Aril kepada pembantu kedai.


Akim bangun dari kerusinya.Seutas loket silver menarik perhatiannya.’Andai Aishah milik aku,pasti itu yang akan ku berikan kepadanya’.


“Okay!Jom Akim!Banyak lagi yang nak dibeli ni!”


Akim hanya mengikut Aril dari belakang dengan perasaan yang penuh kecewa.

Setelah hamper 3 jam menjelajah Mid Valley,akhirnya Aril dan Akim berehat di restoran KFC.Setelah siap makan Aril mengambil sesuatu dari bag plastiknya.


“Akim..ni kau punya..petang ni kau ikut aku sekali pergi rumah Aishah!”kata Aril sambil menghulurkan 3 pasang baju dan 2 pasang seluar.

“Encik Aril,tak perlulah susah-susah..saya tak mengharapkan balasan apa-apa pun!”

“Ambil..kalau tak..”Aril menghulurkan baju.Mahu tidak mahu Akim terpaksa mengalah.

“Terima kasih..”ucap Akim.

“Kau tahu tak aku anggap kau macam adik aku sendiri? Well, memang aku tak pernah ada adik sebab adik aku dah mati,tapi bila aku tengok kau aku ingat adik aku”

“Laa..encik Aril ni ada-ada je,”kata Akim.

“Kalau aku dah tak ada kat rumah nanti,aku nak kau jaga bapa aku baik-baik..”

“Kenapa pula encik Aril tak ada kat rumah?”tanya Akim.

“Mana tahu aku honeymoon ke..”

“Owh..”

“Petang ni jangan lupa,ambil daddy aku sebab aku nak drive sendiri,”

“Yer..”Akim hanya menurut.

“Pakai handsome-handsome sikit,”kata Aril lagi.

“Okay encik Aril..”

Datuk Adnan tersenyum melihat anak terunanya segak berbaju melayu turun dari tingkat atas.


“Eh..macam orang nak kahwin je daddy tengok..”

“La…daddy ni..kan Aril nak jumpa bakal bapa mentua,mestilah pakai handsome-handsome!”kata Aril.

“Yelah..apa-apa je!”

“Assalammualaikum”


Akim muncul dari pintu,juga segak berbaju melayu.


“Eh..Akim pun berbaju melayu?”tanya Datuk Adnan.

“Daddy…dia pengapit Aril,mestilah segak juga..!”

“Betul tu datuk!”kata Akim.


Datuk Adnan hanya memerhati gelagat Aril dan Akim.Memang banyak persamaan.


“Boleh kita pergi sekarang?”tanya Aril.

“Kejap Ril,daddy nak ambil gambar korang berdua!”


Datuk Adnan mengambil kameranya lalu menangkap gambar Aril bersama Akim kemudian menyuruh bibik menangkap gambar mereka bertiga.


“Okay daddy?”tanya Aril.

“Jom!”


Aril memimpin Datuk Adnan ke Mercedez Benznya.


“Kenapa nak pergi asing-asing?”tanya Datuk Adnan.

“Daddy,Aril nak buat gimik”

“Hati-hati tau,”pesan Datuk Adnan.

“Jaga diri daddy..Aril sayang daddy..”Kata Aril lalu memeluk Datuk Adnan.

“Aril juga..”

“Akim..drive baik-baik!”kata Aril.

“Okay encik Aril!”


Datuk Adnan dan Akim masuk ke dalam Mercedez benz manakala Aril masuk ke dalam Lamborghini Reventonnya.


‘Selamat tinggal Erina Aishah,aku pasrah walaupun hati kau tak kumiliki,’ucap Akim dalam hati.

Labels: , , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries