Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Inilah Cinta 8- Esok Mungkin Tidak
27 November 2010 | 9:14 PM | 0 comments
karya : arza

 Aishah bangun pagi itu dengan senyuman yang gembira.Sejak kejadian di London Stanstet Airport,Aishah selalu merindui Akim.Aishah tidak tahu apa yang berlaku ke atas dirinya.Adakah dia dilamun cinta dengan Amirul Akim?

"Akim,Akim,Akim"

Nama Akim disebut berulang kali.Roh Aril yang berdiri menghadap Aishah hanya memandang pasrah.

"Aishah..Aril tak pernah khianati cinta kita.."kata Aril.

*      *      *       *       *

  Akim menghempaskan dirinya di atas kerusinya.Akim baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat bersama Datuk Adnan dan ahli lembaga syarikat.Irfan mengetuk pintu lalu menemui Akim.

"Fan..ada apa ni?"Tanya Akim.
"Ni..pasal kes Encik Aril..Aku dah buat siasatan..Memang tak ada unsur
pembunuhan langsung..polis pun cakap camtu.."terang Irfan.
"Eh..macam mana pula?Aku tak faham.."
"Maksudnya..kemalangan tu tak dirancang…tu sekadar kemalangan biasa"
"Tapi.."
"Dahlah Akim..Kau jangan buang masa siasat kes ni…Encik Aril pun dah pergi,kau pun dah kaya dan paling penting kau dapat cinta cik Aishah,kau dah berjaya!"

Akim tergamam seketika.Akim buntu.

"Akim…kau berbahagialah bersama Aishah..kau cintakan dia kan?"
"Memang.."
"Apa lagi..pergilah masuk meminang!"

Akim memandang wajah Irfan terkejut.

"Aku cakap betul!Jangan tunggu lama-lama!Nanti diambil orang!"
"Tapi aku tak tahu kalau dia cintakan aku atau tak!"
"Kau pergilah cakap dengan dia!"
"Huh..aku akan cuba!"Jawab Akim.

*     *     *      *       *

"APA MAKSUD KAU?"Tanya Aril marah.
"Ye…pembunuhan kau tak dirancang pun!Semuanya hanya sekadar kemalangan biasa!"kata Akim.
"Tapi…memang brake kereta tu tak berfungsi!Aku yang memandu!"
"Aku dah buat siasatan!Polis pun kata benda yang sama!"
"Aku tak percaya Akim!Aku nak tahu juga siapa pembunuhnya!"
"Aril!Kalau dah tu memang kemalangan nak buat macam mana?Tu takdir Tuhan!"
"Takdir?Owh…aku faham..kau dah tak nak tolong aku kan?"
"Maksud kau?"Akim keliru.
"Kau dah dapat Aishah so kau rasa membantu aku hanya membebankan!
Aku orang yang dah mati.Aku tak boleh buat apa-apa!"
"Itu takde kena-mengena!"
"Aku tahu kau nak melamar Aishah!"
"Aku tak buat pun!"
"Aku nak ingatkan kau!Memandangkan kau dah tak nak tolong aku maksudnya kau tak boleh bersama Aishah.Itu perjanjian kita.Kalau kau langgar,aku takkan teragak-agak memusnahkan impian cinta korang"
"Kau ni kenapa?Aku dah tak boleh tolong!"
"Kau boleh!"
"Aku tak boleh.."
"Kalau begitu kau tak boleh bersama Aishah.."
"Kau tak boleh buat camni..kau dah mati..kau tak boleh bersama dia.."
"Tapi aku banyak bantu kau!"

Akim mengangkat muka.Aril mula mengungkit soal hutang budi.

"Kau banyak berhutang dengan aku.Walaupun kau tak boleh bantu aku tapi at least kau kena tinggalkan Aishah..Kalau tak aku akan sentiasa anggap kau berhutang budi dengan aku!"
"WHAT?"
"Akim..hutang budi dibawa mati!"

Aril memandang Akim.

"Jangan dekati dia..Dia milikku!"

*     *     *     *     *

   Aishah memandang Akim di depannya dengan gembira.Betapa dia merindui Akim.Hasratnya malam itu dia ingin meluahkan perasaannya kepada Akim.Hidup mesti diteruskan.Dia akan membuka hatinya untuk Akim.Dia akan melupakan Aril.

"AKIM!"tegur Aishah riang.
"Hai.."kata Akim.
"Actually..Aishah ajak Akim jumpa ni sebab Aishah nak cakap something.."

Akim memandang Aishah serius.

"Apa dia?"Tanya Akim.
"Sebenarnya Aishah.."
"Aishah?"
"Aishah cintakan Akim!"

Akim tergamam.Saat itu roh Aril muncul di belakang Aishah.

"Akim..kau terhutang budi dengan aku…"kata roh Aril.
"AKim..Aishah cintakan Akim.."ulang Aishah.
"Dia milikku Akim.."kata roh Aril lagi.

Wajah Aishah ditatap.Wajahnya kemudian ditundukkan.

"Akim..kenapa ni?"Tanya Aishah.

Akim mengangkat mukanya.

"Maaf..Akim tak boleh mencintai Aishah.."

Perlahan-lahan air mata jatuh membasahi pipi Aishah.

"Akim tak mungkin mencintai Aishah..Aishah bukan milik Akim.."
"Tapi..hari tu.."
"Aishah…cinta tak semestinya memiliki.."
"Akim cakap.."
"Memang…itu dulu…mungkin Akim pernah mencintai Aishah..semalam..sebelum ni…tapi hari ini atau esok mungkin tidak"

Aishah menampar Akim.

"Kau berikan aku harapan kemudian kau hancurkan!Kau teruk!Aku benci kau AMIRUL AKIM!"

Aishah segera berlari meninggalkan Akim.Akim kaku di tempatnya.Hujan mula turun dengan lebat.

"Aishah..maafkan Akim…Akim mencintai Aishah..tapi cinta tak semestinya memiliki

Labels: , , , ,

Inilah Cinta 7 : Kerana Dia
16 October 2010 | 12:52 AM | 0 comments

karya:arza

Akim terduduk sepi di sisi katilnya.Hatinya luka.Harapannya musnah.Aishah tidak akan mungkim menjadi miliknya.Akim tidak mahu menyalahkan Aril kerana sesungguhnya Aril masih ada hak untuk menghalangnya daripada memiliki Aishah.Akim terhutang budi dengan Aril.Aril banyak membantunya,Jika dengan melepaskan Aishah dapat menggembirakan Aril,Akim akan melakukannya.

"Kau fikirkan siapa?"

Akim tidak memperdulikan suara itu.

"Akim..maaf,bukannya aku suka buat benda ni..tapi aku masih sayangkan Aishah,aku tak sanggup melihat dia menjadi milik orang lain,"

Akim tertunduk,sepi tanpa bicara.

*************************

Aishah merenung bintang di angkasa.Aishah tersenyum sendiri.Lamunannya terhenti apabila deringan telefon berbunyi.

"Hello?"Aishah bersuara.
("Aishah..Akim ni..")
"Owh....ada apa Akim?"
("Akim nak balik Malaysia dah..ada kerja penting..")
"Apa?Sekarang?"
("Ye..Akim ada kat airport dah..sorry tau Akim baru bagitahu Aishah..Akim pun baru dapat berita ni..")
"Akim..please..esok boleh tak?"
("Sorry..tapi Akim dah janji dengan daddy Akim balik malam ni..")
"Akim..."
("Akim pergi dulu..jumpa lagi..")

Talian dimatikan.Aishah tergamam seketika.Key chain pemberian Akim dipandangnya sayu.

"Aku...perlukan dia.."

Aishah berlari keluar lalu menuju ke London Stansted Airport.

******************

Akim duduk termenung di hadapan TV.Suasana di London Stansted Airport sunyi.Penerbangan ke Malaysia ditunda satu jam berikutan ribut salji.Kelihatan salji turun perlahan di luar.Akim memeluk tubuhnya.

"Aishah...maafkan Akim..tapi kita tak mungkin bersama.."luah AKim.

Akim memandang jam.2 pagi.

"Awak nak pergi ke?"

Akim memandang suara itu.

"Aishah!Awak buat apa kat sini?"
"Awak nak pergi camtu je?Kawan jenis apa awak ni?"tanya Aishah.
"Aishah...saya..."
"Kenapa tak ajak saya sekali?Kenapa nak balik sorang?"
"Maksud Aishah?"tanya Akim.
"Aishah dah sedia nak balik Malaysia...Aishah rasa keputusan Aishah ke mari adalah salah kerana di sini Aishah takkan dapat lupakan Aril,Aishah takkan dapat lupakan kisah silam Aishah kalau Akim pergi.."luah Aishah.

Akim tergamam seketika.

"Akim...kalau Akim pergi,Aishah akan jadi macam dulu lagi..Aishah perlukan Akim untuk membantu Aishah melupakan Aril,"
"Aishah...Akim rasa Aishah tak patut lupakan Aril.."
"Akim..Maaf..tapi Aishah harus lupakan Aril..dia tak mungkin kembali..bantu Aishah..jadilah sahabat Aishah.."

Akim mengeluh panjang.

"Baiklah..kalau itu yang Aishah nak.."

Aishah tersenyum gembira lalu memeluk Akim.Roh Aril yang berada di situ hanya mampu mengalirkan air mata.

**********************

Suasana di Adnan Holding pada hari itu meriah kerana sebuah majlis telah diadakan pagi menyambut kepulangan Akim dari London setelah bercuti.

"Amboi Akim...maju dah sekarang!"tegur Irfan.
"Kau Fan...lama tak tengok.."
"Haha...aku ada je kat kerusi belakang tu..kau tu yang tak tengok sebab tengok orang lain.."
"Ada-ada je!"
"So..macam mana?"tanya Irfan.
"Aku nak minta tolong kau..."kata Akim.
"Tolong apa?"tanya Irfan.
"Tolong siasat kes encik Aril,aku rasa ada orang bunuh dia.."
"Maksud kau?"
"Pembunuhan dia dirancang...sebab itu aku nak kau siasat siapa yang cuba bunuh dia.."
"Macam mana aku nak siasat?"tanya Irfan.
"Kau pergilah check kereta dia yang hancur tu..minta tolong pihak polis ke.."
"Ermm..baiklah..memandangkan kau bos aku...aku akan cuba yang terbaik,"
"Terima kasih Fan...kaulah saja kawan yang aku percaya..'

**************************

Roh Aril memandang Aishah yang sedang tekun membaca novel di biliknya.Aishah bangun lalu mengambil diarinya.Aishah mencatatkan sesuatu sambil tesenyum.Setelah selesai,Aishah menutup diarinya lalu tidur.Aril mendekati meja Aishah.Diari itu dibukanya perlahan.

Hari ini aku keluar makan dengan dia.Aku tak tahu,tetapi setiap kali aku bersama dia aku berasa sangat gembira.Bila aku lihat dia ketawa,hatiku rasa riang.Setiap apa yang dilafazanya membuatkan aku teruja.Senyumannya kekadang membuat hatiku resah.Aku tak tahu kenapa tetapi aku rasa sesuatu yang lain tentang dia..


kerana dia...aku tersenyum gembira
kerana dia...aku temui hidupku kembali
kerana dia...hatiku resah
kerana dia...ku dibayang rindu
kerana dia dan segalanya..
kerana dia...AMIRUL AKIM..

Aril menutup diari tersebut.Dilihatnya wajah Aishah yang sedang nyenyak tidur.Aril perlahan keluar dari rumah Aishah.Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu.

"Aishah...Aril tak pernah lupakan Aishah.."

Labels: , , , , ,

INILAH CINTA 6 : SUKAR KU LEPASKAN
18 September 2010 | 10:21 AM | 0 comments

karya:arza

Akim
berjalan mundar-mandir di dalam bilik hotel itu.Hatinya resah.Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

"Aku ni waras ke??"

Akim menampar kepalanya.

"Okay lagi...aku tak gila.."
"Kau waras lagi Akim"

Akim memandang arah datangnya suara itu.Roh Aril sedang duduk di atas kerusi sambil memandang tepat ke arahnya.

"Aril!"
"Janganlah buat muka terkejut!Macam tak biasa pula!"kata Aril.
"Awak buat apa kat sini pagi-pagi buta ni?"tanya Akim.
"Aku takde kerja so aku lawat kaulah..mana ada orang nak temankan aku berborak"
"Owh..jadi..awak tahu ke siapa pembunuh awak?"
"Akim,kalau aku tahu aku takkan minta tolong kau!"
"Eh..ye tak ye juga.."

Akim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Baik kau tidur sebab nanti aku takut kau jatuh sakit,"kata Aril.
"Aril?"
"Roh tak tidur Akim.."

Aril senyum lalu ghaib.

************

Deringan telefon bimbit mengejutkan Akim yang sedang lena dibuai mimpi indah bersama Aishah.

"Hello.."kata Akim dengan malas.
("Akim!Saya ada kat depan pintu bilik awak!Saya nak ajak awak breakfast!")

Akim segera bangun apabila mendengar suara itu.

"Okay..saya buka pintu"

Talian dimatikan.Akim membuka pintu.Aishah tercegat di depan pintu.

'Alahai..comelnya dia!'kata hati Akim.
"Baru bangun tidur ke?"tanya Aishah.
"Hehe..semalam susah nak tidur.."
"Jom pergi breakfast!"
"Give me 10 minutes!"
"Saya tunggu awak kat bawah!"kata Aishah lalu beredar.

*********

Suasana di Kew Garden agak sunyi.Akim berjalan ditemani Aishah melihat bunga-bunga yang ditanam di sana.

"Cantik kan tempat ni?"tanya Akim.
"Saya tak suka tempat ni,"kata Aishah.
"Kenapa pula?"

Aishah menundukkan kepalanya.Air mata perlahan mengalir jatuh di pipinya.

"Aishah...kenapa ni?"Akim mula resah.
"Akim.."roh Aril berdiri di hadapannya.

Akim memandang roh Aril.Roh Aril memandang Aishah dengan perasaan yang sedih.

"Akim...ni tempat kenangan kami bersama..bawa dia pergi dari sini"kata roh Aril.
"Akim...boleh kita pergi dari sini?"tanya Aishah.

Akim tanpa menjawab apa-apa terus membawa Aishah pergi dari Kew Garden.

"Aishah..maafkan Aril...Aril tak berniat hendak meninggalkan Aishah.Mungkin memang sudah tidak ditakdirkan bersama"kata roh Aril.

********

Suasana di dalam kereta Eclipse itu sunyi.Aishah masih menundukkan kepalanya.

"Aishah.."Akim memulakan bicara.
"I'm fine!"Aishah tiba-tiba bersuara riang.
"Huh?"
"Akim...jom pergi makan KFC!"
"Tapi.."
"Jomlah...dah pukul 1 ni..."
"Err...okay.."

Akim memandu menuju ke restoran KFC.

"Aishah okay ke tak ni?"tanya Akim.
"Aishah okay!Sorry.."
"Kenapa pula?"
"Sebab Aishah...Akim tak dapat tengok sepenuhnya Kew Garden tadi..Aishah minta maaf..nanti kita pergi ya?"
"Tu takpelah..kat Malaysia pun ada taman bunga juga!"
"Betul ke ni?"
"Ye..Akim tak kisah..as long as Aishah tak sedih.."
"Terima kasih Akim"kata Aishah.
"Eh..kenapa pula?"tanya Akim.
"Kerana selalu memahami Aishah dan setia menemani Aishah,"
"Kita kan kawan.."

Aishah senyum.

'Aril...Aishah rindu Aril..'

********

Roh Aril duduk tenang di London Bridge.Aril memandang langit yang kian gelap.Burung-burung terbang tinggi di awan.Aril teringat sesuatu.

"Aishah...tengok burung tu.."
"Kenapa?"tanya Aishah.
"Aril selalu nak jadi burung.."
"Kenapa pula?"
"Sebab burung boleh terbang tinggi dan lihat semua benda dari atas"
"Sebab tu je ke?"
"Lebih kuranglah...Aril boleh jaga Aishah dari sebarang bahaya.."
"Berlagak hebat!"
"Aril harap hubungan kita akan berkekalan sampai akhir hayat kita,"kata Aril.
"Aril...Aishah hanya cintakan Aril..hanya Aril sorang.."

Roh Aril memejam matanya rapat-rapat.

'Aril cinta Aishah'

Lamunan roh Aril terganggu apabila melihat kelibat seseorang.

"Aishah!"

Aishah berdiri menghadap langit.Pipinya dibasahi air mata.Roh Aril berjalan mendekati Aishah.

"Aishah...jangan menangis..Aril ada di sini...Aril takkan tinggalkan Aishah.."

Roh Aril menyentuh pipi Aishah.

"Huh?"

Aishah berasa pipinya sejuk.

"Aril?"Aishah memandang sekeliling.
"Aril ada di sini,"kata roh Aril.

Aishah memandang cincin di tangannya.

"Aishah..terimalah hakikat Aril dah tiada..."kata Aishah lalu membuka cincin di jarinya.
"Aishah...Apa yang Aishah nak buat?"tanya roh Aril.
"Aku harus lupakan Aril!"kata Aishah.

Aril memejam matanya kerana tidak sanggup melihat Aishah membuang cincin tersebut.

"AISHAH!"jerit Akim dari jauh.

Cincin itu tidak sempat dibuang oleh Aishah.Akim berlari mendekati Aishah.

"Akim..buat apa kat sini?"tanya Aishah.
"Takde..saja nak ambil angin.."kata Akim sambil memandang Aril di sebelah Aishah.
"Owh.."
"Kenapa Aishah menangis?"tanya Akim.
"Eh..mana ada.."
"Cincin tu kenapa pula?"tanya Akim.
"Owh..ni Aishah nak letak dalam beg.."kata Aishah.

Roh Aril memandang Aishah sayu.

"Jom pergi.."kata Aishah menarik tangan Akim.

Akim memandang Aril yang menangis apabila melihat Aishah pergi.

'Maafkan saya Aril'kata hati Akim.

*********

Akim tekun menghadap komputer ribanya.

"Akim..."

Akim berpusing ke belakang.

"Eh..ada apa ni?"tanya Akim.
"Aku tak boleh lepaskan Aishah.."

Labels: , , , , ,

Inilah Cinta 5 : Kembali
24 August 2010 | 6:24 AM | 0 comments
aishkarya:arza

Pagi itu cerah.Akim bangun lalu ke tandas.Sejurus keluar dari tandas,seorang lelaki berpakaian putih sedang duduk di atas katil Akim sambil tersenyum.Akim membeliakkan matanya.

“Awak!”

“Hai Akim!”

Akim kaku lalu pengsan.

******

Akim membuka matanya perlahan.Datuk Adnan sedang duduk di sisi katilnya sambil memandangnya.

“Akim okay?”Tanya Datuk Adnan.

“Tadi Akim mimpi Encik Aril”

“Mimpi?Takkan sampai pengsan!”

“Tadi Akim nampak dia sedang baring atas katil ni!”

“La…mimpi je tu…dah…bangun…hari ni ada aktiviti kat pejabat”

“Ye daddy”

Datuk Adnan meninggalkan Akim.Akim duduk lalu menampar mukanya.

“Aku tak mimpi!”

******

Suasana di pejabat itu membuat Akim bosan.Hari ini ada hari alam sekitar disambut di Adnan Holding.Akim duduk memandang keluar tingkap.

“Aishah..bilalah awak nak balik?I miss you a lot!”

Akim mengambil pen namun pen itu terjatuh.Akim mengambil pen yang ada di bawah meja.Sejurus Akim mengangkat kepalanya,lelaki berbaju putih itu sedang duduk menghadapnya sambil tersenyum.

“Akim…hai!”

Akim menampar mukanya.Dua tiga kali.

“Dahlah tu..takkan berkesan punya.”kata lelaki itu.

Akim berdebar-debar lalu pengsan.

******

Datuk Adnan memandang wajah Akim yang pengsan tidak sedarkan diri.

“Doktor pasti ke dia okay?”

“Dia baik-baik je Datuk,maybe letih kot”

Datuk Adnan menghantar doctor keluar.Akim membuka matanya perlahan.Dia dah berada dalam biliknya.

“Akim..”Datuk Adnan bersuara.

“Daddy..”

“Akim sihat ke tak?”

“Penat je..”kata Akim.

“Apa kata Akim pergi vacation?”

“Huh?Bercuti sekarang?”

“Yelah..pergi London!”

“Buat apa?”

“Bolehlah jumpa Aishah!”

“Motif?”

“Heheh…get ready tau!”

Datuk Adnan tersenyum lalu meninggalkan Akim.

“Masalah aku lain,takde kena mengena dengan Aishah!”

*****

Akim tersenyum apabila Aishah menyambutnya di lapangan terbang.

“Bercuti ke?”Tanya Aishah.

“Daddy yang suruh!”

“Jom!”

Aishah menarik tangan Akim.Seharian bersama Aishah memang menggembirakan Akim.maklumlah orang tercinta.Sampai di hotel Akim terus menghempas diri di atas katil.

“Aishah,Aishah…aku dah larut ke dalam kamu”

Ku,akui,

Aku telah larut,

Larut ke dalam,

Kamu yang kucintai,

Credit:Larut(DEWA 19)

“Seronok nampak!”

Akim memandang arah datangnya suara itu.

“Kamu..”

“Dah Akim..jangan pengsan lagi…buka mata besar-besar!”

“Tapi…bukannya…”

“Ye Akim,aku memang dah mati..aku ni hanya roh tidak bernyawa”

“Macam mana..kenapa?”

“Akim,,itu kuasa Tuhan…hanya kau yang boleh bantu aku..”

“Tapi ini..tak mungkin!”

“Akim!Ini aku!Roh saja!Aku perlukan bantuan kau!Hanya kau yang boleh nampak aku!Aku tak tahu kenapa!”

“Tapi encik Aril…”

“Akim…just Aril,Aril je!”

“Okay fine Aril!Kenapa saya?”

“Aku tak tahu Akim…”

Akim duduk di atas katilnya.Aril mendekatinya.Sejuk badan Akim saat Aril duduk di sebelahnya.

“Apa yang saya kena buat?”Tanya Akim.

“Akim..kau harus tahu..kematian aku telah dirancang!”

“Apa?”

“Ada orang putuskan brek kereta aku!”

“Siapa?”

“Sebab tu aku perlukan bantuan kau!Aku harus cari tahu siapa pembunuh aku!”

“Siapa yang benci Aril?”

“Aku tak tahu..kau kena bantu aku”

“Saya tak tahu..tapi…saya tak percaya apa yang berlaku…saya…”

“Akim…bantu aku dan aku takkan ganggu hidup kau dan Aishah”

“Huh?”

“Aku tahu kau cintakan Aishah!”

“Aril..”

“Teruskan Akim..aku memang dah tak boleh bersama dia..bahagiakan dia…”

“Terima kasih”

“Jumpa nanti!”kata roh Aril.

Roh Aril lesap.Akim hangat kembali.Tadi sejuk semacam.

“Aku rasa Aril betul-betul kembali!”




Labels: , , , , ,


Older Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries