Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Inilah Cinta 5 : Kembali
24 August 2010 | 6:24 AM | 0 comments
aishkarya:arza

Pagi itu cerah.Akim bangun lalu ke tandas.Sejurus keluar dari tandas,seorang lelaki berpakaian putih sedang duduk di atas katil Akim sambil tersenyum.Akim membeliakkan matanya.

“Awak!”

“Hai Akim!”

Akim kaku lalu pengsan.

******

Akim membuka matanya perlahan.Datuk Adnan sedang duduk di sisi katilnya sambil memandangnya.

“Akim okay?”Tanya Datuk Adnan.

“Tadi Akim mimpi Encik Aril”

“Mimpi?Takkan sampai pengsan!”

“Tadi Akim nampak dia sedang baring atas katil ni!”

“La…mimpi je tu…dah…bangun…hari ni ada aktiviti kat pejabat”

“Ye daddy”

Datuk Adnan meninggalkan Akim.Akim duduk lalu menampar mukanya.

“Aku tak mimpi!”

******

Suasana di pejabat itu membuat Akim bosan.Hari ini ada hari alam sekitar disambut di Adnan Holding.Akim duduk memandang keluar tingkap.

“Aishah..bilalah awak nak balik?I miss you a lot!”

Akim mengambil pen namun pen itu terjatuh.Akim mengambil pen yang ada di bawah meja.Sejurus Akim mengangkat kepalanya,lelaki berbaju putih itu sedang duduk menghadapnya sambil tersenyum.

“Akim…hai!”

Akim menampar mukanya.Dua tiga kali.

“Dahlah tu..takkan berkesan punya.”kata lelaki itu.

Akim berdebar-debar lalu pengsan.

******

Datuk Adnan memandang wajah Akim yang pengsan tidak sedarkan diri.

“Doktor pasti ke dia okay?”

“Dia baik-baik je Datuk,maybe letih kot”

Datuk Adnan menghantar doctor keluar.Akim membuka matanya perlahan.Dia dah berada dalam biliknya.

“Akim..”Datuk Adnan bersuara.

“Daddy..”

“Akim sihat ke tak?”

“Penat je..”kata Akim.

“Apa kata Akim pergi vacation?”

“Huh?Bercuti sekarang?”

“Yelah..pergi London!”

“Buat apa?”

“Bolehlah jumpa Aishah!”

“Motif?”

“Heheh…get ready tau!”

Datuk Adnan tersenyum lalu meninggalkan Akim.

“Masalah aku lain,takde kena mengena dengan Aishah!”

*****

Akim tersenyum apabila Aishah menyambutnya di lapangan terbang.

“Bercuti ke?”Tanya Aishah.

“Daddy yang suruh!”

“Jom!”

Aishah menarik tangan Akim.Seharian bersama Aishah memang menggembirakan Akim.maklumlah orang tercinta.Sampai di hotel Akim terus menghempas diri di atas katil.

“Aishah,Aishah…aku dah larut ke dalam kamu”

Ku,akui,

Aku telah larut,

Larut ke dalam,

Kamu yang kucintai,

Credit:Larut(DEWA 19)

“Seronok nampak!”

Akim memandang arah datangnya suara itu.

“Kamu..”

“Dah Akim..jangan pengsan lagi…buka mata besar-besar!”

“Tapi…bukannya…”

“Ye Akim,aku memang dah mati..aku ni hanya roh tidak bernyawa”

“Macam mana..kenapa?”

“Akim,,itu kuasa Tuhan…hanya kau yang boleh bantu aku..”

“Tapi ini..tak mungkin!”

“Akim!Ini aku!Roh saja!Aku perlukan bantuan kau!Hanya kau yang boleh nampak aku!Aku tak tahu kenapa!”

“Tapi encik Aril…”

“Akim…just Aril,Aril je!”

“Okay fine Aril!Kenapa saya?”

“Aku tak tahu Akim…”

Akim duduk di atas katilnya.Aril mendekatinya.Sejuk badan Akim saat Aril duduk di sebelahnya.

“Apa yang saya kena buat?”Tanya Akim.

“Akim..kau harus tahu..kematian aku telah dirancang!”

“Apa?”

“Ada orang putuskan brek kereta aku!”

“Siapa?”

“Sebab tu aku perlukan bantuan kau!Aku harus cari tahu siapa pembunuh aku!”

“Siapa yang benci Aril?”

“Aku tak tahu..kau kena bantu aku”

“Saya tak tahu..tapi…saya tak percaya apa yang berlaku…saya…”

“Akim…bantu aku dan aku takkan ganggu hidup kau dan Aishah”

“Huh?”

“Aku tahu kau cintakan Aishah!”

“Aril..”

“Teruskan Akim..aku memang dah tak boleh bersama dia..bahagiakan dia…”

“Terima kasih”

“Jumpa nanti!”kata roh Aril.

Roh Aril lesap.Akim hangat kembali.Tadi sejuk semacam.

“Aku rasa Aril betul-betul kembali!”




Labels: , , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries