Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Inilah Cinta 7 : Kerana Dia
16 October 2010 | 12:52 AM | 0 comments

karya:arza

Akim terduduk sepi di sisi katilnya.Hatinya luka.Harapannya musnah.Aishah tidak akan mungkim menjadi miliknya.Akim tidak mahu menyalahkan Aril kerana sesungguhnya Aril masih ada hak untuk menghalangnya daripada memiliki Aishah.Akim terhutang budi dengan Aril.Aril banyak membantunya,Jika dengan melepaskan Aishah dapat menggembirakan Aril,Akim akan melakukannya.

"Kau fikirkan siapa?"

Akim tidak memperdulikan suara itu.

"Akim..maaf,bukannya aku suka buat benda ni..tapi aku masih sayangkan Aishah,aku tak sanggup melihat dia menjadi milik orang lain,"

Akim tertunduk,sepi tanpa bicara.

*************************

Aishah merenung bintang di angkasa.Aishah tersenyum sendiri.Lamunannya terhenti apabila deringan telefon berbunyi.

"Hello?"Aishah bersuara.
("Aishah..Akim ni..")
"Owh....ada apa Akim?"
("Akim nak balik Malaysia dah..ada kerja penting..")
"Apa?Sekarang?"
("Ye..Akim ada kat airport dah..sorry tau Akim baru bagitahu Aishah..Akim pun baru dapat berita ni..")
"Akim..please..esok boleh tak?"
("Sorry..tapi Akim dah janji dengan daddy Akim balik malam ni..")
"Akim..."
("Akim pergi dulu..jumpa lagi..")

Talian dimatikan.Aishah tergamam seketika.Key chain pemberian Akim dipandangnya sayu.

"Aku...perlukan dia.."

Aishah berlari keluar lalu menuju ke London Stansted Airport.

******************

Akim duduk termenung di hadapan TV.Suasana di London Stansted Airport sunyi.Penerbangan ke Malaysia ditunda satu jam berikutan ribut salji.Kelihatan salji turun perlahan di luar.Akim memeluk tubuhnya.

"Aishah...maafkan Akim..tapi kita tak mungkin bersama.."luah AKim.

Akim memandang jam.2 pagi.

"Awak nak pergi ke?"

Akim memandang suara itu.

"Aishah!Awak buat apa kat sini?"
"Awak nak pergi camtu je?Kawan jenis apa awak ni?"tanya Aishah.
"Aishah...saya..."
"Kenapa tak ajak saya sekali?Kenapa nak balik sorang?"
"Maksud Aishah?"tanya Akim.
"Aishah dah sedia nak balik Malaysia...Aishah rasa keputusan Aishah ke mari adalah salah kerana di sini Aishah takkan dapat lupakan Aril,Aishah takkan dapat lupakan kisah silam Aishah kalau Akim pergi.."luah Aishah.

Akim tergamam seketika.

"Akim...kalau Akim pergi,Aishah akan jadi macam dulu lagi..Aishah perlukan Akim untuk membantu Aishah melupakan Aril,"
"Aishah...Akim rasa Aishah tak patut lupakan Aril.."
"Akim..Maaf..tapi Aishah harus lupakan Aril..dia tak mungkin kembali..bantu Aishah..jadilah sahabat Aishah.."

Akim mengeluh panjang.

"Baiklah..kalau itu yang Aishah nak.."

Aishah tersenyum gembira lalu memeluk Akim.Roh Aril yang berada di situ hanya mampu mengalirkan air mata.

**********************

Suasana di Adnan Holding pada hari itu meriah kerana sebuah majlis telah diadakan pagi menyambut kepulangan Akim dari London setelah bercuti.

"Amboi Akim...maju dah sekarang!"tegur Irfan.
"Kau Fan...lama tak tengok.."
"Haha...aku ada je kat kerusi belakang tu..kau tu yang tak tengok sebab tengok orang lain.."
"Ada-ada je!"
"So..macam mana?"tanya Irfan.
"Aku nak minta tolong kau..."kata Akim.
"Tolong apa?"tanya Irfan.
"Tolong siasat kes encik Aril,aku rasa ada orang bunuh dia.."
"Maksud kau?"
"Pembunuhan dia dirancang...sebab itu aku nak kau siasat siapa yang cuba bunuh dia.."
"Macam mana aku nak siasat?"tanya Irfan.
"Kau pergilah check kereta dia yang hancur tu..minta tolong pihak polis ke.."
"Ermm..baiklah..memandangkan kau bos aku...aku akan cuba yang terbaik,"
"Terima kasih Fan...kaulah saja kawan yang aku percaya..'

**************************

Roh Aril memandang Aishah yang sedang tekun membaca novel di biliknya.Aishah bangun lalu mengambil diarinya.Aishah mencatatkan sesuatu sambil tesenyum.Setelah selesai,Aishah menutup diarinya lalu tidur.Aril mendekati meja Aishah.Diari itu dibukanya perlahan.

Hari ini aku keluar makan dengan dia.Aku tak tahu,tetapi setiap kali aku bersama dia aku berasa sangat gembira.Bila aku lihat dia ketawa,hatiku rasa riang.Setiap apa yang dilafazanya membuatkan aku teruja.Senyumannya kekadang membuat hatiku resah.Aku tak tahu kenapa tetapi aku rasa sesuatu yang lain tentang dia..


kerana dia...aku tersenyum gembira
kerana dia...aku temui hidupku kembali
kerana dia...hatiku resah
kerana dia...ku dibayang rindu
kerana dia dan segalanya..
kerana dia...AMIRUL AKIM..

Aril menutup diari tersebut.Dilihatnya wajah Aishah yang sedang nyenyak tidur.Aril perlahan keluar dari rumah Aishah.Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu.

"Aishah...Aril tak pernah lupakan Aishah.."

Labels: , , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries