Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Inilah Cinta 8- Esok Mungkin Tidak
27 November 2010 | 9:14 PM | 0 comments
karya : arza

 Aishah bangun pagi itu dengan senyuman yang gembira.Sejak kejadian di London Stanstet Airport,Aishah selalu merindui Akim.Aishah tidak tahu apa yang berlaku ke atas dirinya.Adakah dia dilamun cinta dengan Amirul Akim?

"Akim,Akim,Akim"

Nama Akim disebut berulang kali.Roh Aril yang berdiri menghadap Aishah hanya memandang pasrah.

"Aishah..Aril tak pernah khianati cinta kita.."kata Aril.

*      *      *       *       *

  Akim menghempaskan dirinya di atas kerusinya.Akim baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat bersama Datuk Adnan dan ahli lembaga syarikat.Irfan mengetuk pintu lalu menemui Akim.

"Fan..ada apa ni?"Tanya Akim.
"Ni..pasal kes Encik Aril..Aku dah buat siasatan..Memang tak ada unsur
pembunuhan langsung..polis pun cakap camtu.."terang Irfan.
"Eh..macam mana pula?Aku tak faham.."
"Maksudnya..kemalangan tu tak dirancang…tu sekadar kemalangan biasa"
"Tapi.."
"Dahlah Akim..Kau jangan buang masa siasat kes ni…Encik Aril pun dah pergi,kau pun dah kaya dan paling penting kau dapat cinta cik Aishah,kau dah berjaya!"

Akim tergamam seketika.Akim buntu.

"Akim…kau berbahagialah bersama Aishah..kau cintakan dia kan?"
"Memang.."
"Apa lagi..pergilah masuk meminang!"

Akim memandang wajah Irfan terkejut.

"Aku cakap betul!Jangan tunggu lama-lama!Nanti diambil orang!"
"Tapi aku tak tahu kalau dia cintakan aku atau tak!"
"Kau pergilah cakap dengan dia!"
"Huh..aku akan cuba!"Jawab Akim.

*     *     *      *       *

"APA MAKSUD KAU?"Tanya Aril marah.
"Ye…pembunuhan kau tak dirancang pun!Semuanya hanya sekadar kemalangan biasa!"kata Akim.
"Tapi…memang brake kereta tu tak berfungsi!Aku yang memandu!"
"Aku dah buat siasatan!Polis pun kata benda yang sama!"
"Aku tak percaya Akim!Aku nak tahu juga siapa pembunuhnya!"
"Aril!Kalau dah tu memang kemalangan nak buat macam mana?Tu takdir Tuhan!"
"Takdir?Owh…aku faham..kau dah tak nak tolong aku kan?"
"Maksud kau?"Akim keliru.
"Kau dah dapat Aishah so kau rasa membantu aku hanya membebankan!
Aku orang yang dah mati.Aku tak boleh buat apa-apa!"
"Itu takde kena-mengena!"
"Aku tahu kau nak melamar Aishah!"
"Aku tak buat pun!"
"Aku nak ingatkan kau!Memandangkan kau dah tak nak tolong aku maksudnya kau tak boleh bersama Aishah.Itu perjanjian kita.Kalau kau langgar,aku takkan teragak-agak memusnahkan impian cinta korang"
"Kau ni kenapa?Aku dah tak boleh tolong!"
"Kau boleh!"
"Aku tak boleh.."
"Kalau begitu kau tak boleh bersama Aishah.."
"Kau tak boleh buat camni..kau dah mati..kau tak boleh bersama dia.."
"Tapi aku banyak bantu kau!"

Akim mengangkat muka.Aril mula mengungkit soal hutang budi.

"Kau banyak berhutang dengan aku.Walaupun kau tak boleh bantu aku tapi at least kau kena tinggalkan Aishah..Kalau tak aku akan sentiasa anggap kau berhutang budi dengan aku!"
"WHAT?"
"Akim..hutang budi dibawa mati!"

Aril memandang Akim.

"Jangan dekati dia..Dia milikku!"

*     *     *     *     *

   Aishah memandang Akim di depannya dengan gembira.Betapa dia merindui Akim.Hasratnya malam itu dia ingin meluahkan perasaannya kepada Akim.Hidup mesti diteruskan.Dia akan membuka hatinya untuk Akim.Dia akan melupakan Aril.

"AKIM!"tegur Aishah riang.
"Hai.."kata Akim.
"Actually..Aishah ajak Akim jumpa ni sebab Aishah nak cakap something.."

Akim memandang Aishah serius.

"Apa dia?"Tanya Akim.
"Sebenarnya Aishah.."
"Aishah?"
"Aishah cintakan Akim!"

Akim tergamam.Saat itu roh Aril muncul di belakang Aishah.

"Akim..kau terhutang budi dengan aku…"kata roh Aril.
"AKim..Aishah cintakan Akim.."ulang Aishah.
"Dia milikku Akim.."kata roh Aril lagi.

Wajah Aishah ditatap.Wajahnya kemudian ditundukkan.

"Akim..kenapa ni?"Tanya Aishah.

Akim mengangkat mukanya.

"Maaf..Akim tak boleh mencintai Aishah.."

Perlahan-lahan air mata jatuh membasahi pipi Aishah.

"Akim tak mungkin mencintai Aishah..Aishah bukan milik Akim.."
"Tapi..hari tu.."
"Aishah…cinta tak semestinya memiliki.."
"Akim cakap.."
"Memang…itu dulu…mungkin Akim pernah mencintai Aishah..semalam..sebelum ni…tapi hari ini atau esok mungkin tidak"

Aishah menampar Akim.

"Kau berikan aku harapan kemudian kau hancurkan!Kau teruk!Aku benci kau AMIRUL AKIM!"

Aishah segera berlari meninggalkan Akim.Akim kaku di tempatnya.Hujan mula turun dengan lebat.

"Aishah..maafkan Akim…Akim mencintai Aishah..tapi cinta tak semestinya memiliki

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries