Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:kau dan aku » siapa dia
31 October 2009 | 10:37 AM | 0 comments
Temuramah ringkas Akim mengenai drama Kau Dan Aku.
Kredit:www.murai.com.my

13-Oct-2009
| Oleh: Razif Rosdi

Akim


Nama Pelakon
AFIQ HAKIM BIN AHMAD

Tarikh Lahir
18 JANUARY 1991

Tempat Lahir
JOHOR

Pengalaman
AKADEMI FANTASIA 7

Pencapaian
TEMPAT KE-3 AKADEMI FANTASIA 7

Adegan paling mencabar dalam membawakan watak Akim adalah...
Bercinta dengan Mila

Senaraikan sifat Akim yang mempunyai persamaan dengan diri anda?
Kuat jeles

Jika anda diberi peluang memegang watak lain, siapakah anda & kenapa?
Watak Aril sebab saya suka watak yang aggresif dan berlagak sebab watak yang mencabar

Apakah masalah terbesar yang anda hadapi sepanjang penggambaran Kau & Aku?
Masalah terbesar tiada


Siapakah satu (1) teman yang paling rapat sepanjang sesi penggambaran dijalankan?
Mila

Pelakon lain dalam Kau & Aku yang anda kagumi adalah...
Aril sebab pandai melakukan wataknya dengan baik

Apakah yang biasanya anda lakukan sementara menunggu penggambaran babak anda?
Tidur dan check scene serta dialog

Harapan anda kepada drama muzikal - Kau & Aku
Supaya dapat sambungan

Labels: , , ,

Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 11-KELIRU
30 October 2009 | 10:37 PM | 0 comments

KARYA:ARZA

Akim menghempas surat khabar di tangannya ke atas meja.Akim geram membaca statement Aril.'THERE IS ONLY AISHRIL!'.Akim mula bengang.Sepatutnya Aril hanya mengatakan yang dia hanya teman rapat Aishah dan bukan kekasih Aishah.Akim mula keliru.Kenapa Aishah sendiri tidak memberitahu yang hubungannya dengan Aril hanya kawan semata-mata?Akim mula resah dan gelisah.

************************************************************************
Nadia menatap wajah Azreq.Azreq masih belum bangun.'Encik Azreq dalam keadaan koma'.Kata-kata doctor masih lekat di dalam otaknya.

"Hey perempuan!"

Nadia tersentak.

"Masuk tak pandai bagi Assalammualaikum ke?"Nadia bertanya.

Tasya mendekati Nadia.

"Suka hati akulah!Kau buat apa kat sini?"Tasya bertanya.

"Jaga Az…takkan memancing pula!"

"Baik kau balik sekarang!"

"Kalau aku tak nak?"

"Aku kerjakan kau!"

"Senang kau cakap..Kau ingat kau siapa?Ini hospital bapa kau ke?"

"Aku tak kisah..yang penting kau harus balik!"

"Okay..sekejap.."

Nadia mengambil segelas air oren lalu menuangkannya ke atas kepala Tasya.

"OPPS!Tak sengaja cik Tasya..Bye.."

Nadia segera melarikan diri.Tasya masih tersentak.

"Arghhh!!!"

************************************************************************
Aril memandang seorang yang misteri bertopengkan Power Rangers di hadapannya.

"Kau cik Spy kan?"Aril bertanya.

"Yup…"

"Kenapa nak jumpa aku?"

"Aku nak warningkan kau!"

"Siapa kau berani nak warningkan aku?"

"Aku cik Spy…aku nak kau keluar dari kehidupan Aishkim dan Aishkimmers!"

"Kalau aku tolak?"

"Aku akan bagi semua video,gambar dan bukti kau dan Tasya membakar tapak gathering Aishkimmers dan termasuk menembak Azreq.."

"Jangan nak tipu!"

Cik Spy menayangkan satu per satu bukti kejahatan Aril.Aril amat terkejut.

"Baiklah..aku akan keluar.."Aril mengalah.

"Ok..siaplah kau kalau kau buat lagi!"

"OK!Fine!"

Aril hanya tersenyum sinis meninggalkan Cik Spy.'Kau belum kenal siapa aku ck Spy!'

***********************************************************************
Aishah bengang dengan Akim.Sudah berkali-kali ditelefon namun tidak dijawab-jawab.Aishah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Aril dan cuba untuk menceriakan hatinya dengan berfikir positif tentang Akim.

AISHAH:Hello?

ARIL:Hey..

AISHAH:Jom jalan!

ARIL:Pergi mana?

AISHAH:Mana-mana tempat yang boleh menceriakan hati ini..

ARIL:OK..i'll pick you up around 20 minutes.

AISHAH:See ya..

Aishah merasakan dirinya amat bertuah kerana mempunyai seorang rakan yang 'baik' seperti Aril.
**********************************************************************
Fifa dan Mia terkesima melihat Claire menunjukkan aksi ketika bermain Need For Speed Most Wanted PS2.Claire kelihatan seperti benar-benar memandu.Fifa dan Mia tidak berani mengganggu kecuali hanya melihat sambil memuji kehebatan Claire 'memandu'.

"Cik KC…Boleh saya join?"Stef muncul tiba-tiba.

"Boleh!JOM!"

Stef menunjukkan muka yang amat menyakitkan ke arah Mia dan Fifa.Fifa menunjukkan penumbuk ke arah muka Stef.

"Cik kc.."Mia bersuara.

"ERMM..Ada apa?"Claire bertanya.

"Lepas ni nak main boleh?"

"Tunggulah…masih ada 12 round ni.."

"Aduhhh…"

Mia dan Fifa hanya boleh simpan dalam hati kesakitan hati terhadap Stef yang sedang seronok bermain.
*******************************************************************
Aril membawa Aishah pergi ke Genting Highland,kota keriangan.Aishah,seperti yang diangka amat gembira.Akim yang kebetulan membuat show di sana telah terserempak dengan Aril dan Aishah tengah makan aiskrim.

"AISHAH?"

Labels: , , ,

CINEMASCOPE 15 : THE HERO : TM Everyone Connects Through my Window
| 7:47 AM | 0 comments
window MTV version
credit to sibikos @ youtube
banner concert version
credit to 374rt @ youtube
banner stage 1 version
credit to acap012 @ youtube

Labels: , , ,

CSI AISHKIM : 'Cinta lokasi' Akim dan Mila
28 October 2009 | 8:50 PM | 0 comments
'Cinta lokasi' Akim dan Mila
Oleh WAHIDA ASRANI @ mstar online
BUKAN mudah untuk bintang baru sepertinya diberikan peluang menceburi bidang nyanyian dan lakonan pada masa yang sama, apatah lagi pembabitannya di dalam arena seni ini belum pun mencecah usia setahun.


Siapa sangka, meskipun hanya mendapat tempat ketiga di dalam program realiti popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tidak lama dulu, perjalanan seni Afiq Akim Ahmad atau mesra dengan panggilan Akim ini dilihat cukup menyerlah.


Bukan saja mempertaruhkan single pertamanya, Bengang, yang rancak diputarkan di stesen-stesen radio, Akim juga turut dipilih membintangi drama bersiri berbentuk muzikal, 'Kau & Aku', yang akan mula disiarkan di Astro Ria pada 24 Oktober ini.


Menariknya, jejaka berusia 18 tahun ini sudah mula 'diintai' sejak berada di dalam AF lagi dan justeru, setelah berakhirnya AF, Akim terus ditawarkan untuk menjayakan drama bersiri kerjasama Malaysia dan Indonesia itu bersama-sama dengan naib juara AF7, Aril.


"Bagi saya, ini adalah rezeki. Memang kalau diikutkan, nyanyian tetap keutamaan saya. Tapi bila diberi peluang berlakon, saya tidak mahu lepaskan kerana sejujurnya, saya ingin kembangkan lagi bakat saya.


"Pertama kali berlakon, saya akui cukup susah sebab memang nampak lakonan saya 'kayu' sangat pada awalnya. Tapi pengarah banyak membantu saya menghayati watak.


"Dan sepanjang melakukan penggambaran drama ini, saya akui pengalaman yang saya kutip cukup berharga terutamanya daripada pelakon-pelakon hebat lain, apatah lagi kami berada di Jakarta, Indonesia selama dua bulan untuk penggambaran drama ini," kata Akim yang ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut di Pavillion, baru-baru ini.


Selain Akim dan Aril, drama muzikal Kau & Aku yang brkonsepkan ala-High School Musical ini dibintangi oleh Mila serta pelakon-pelakon lain seperti Amar, Farish, Raja Farah, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom, Ika Nabila, Nonny, Azizah Mahzan, Nurul, Sabrina Ali, Riezman dan ramai lagi.


Hafiz AF7, Stacy dan Dafi juga turut membuat penampilan istimewa di dalam drama arahan Roslan Hussin ini.


Secara ringkasnya, drama bersiri 26 episod yang diadaptasi daripada program televisyen dari Venezuela ini mengisahkan tentang kehidupan dan cabaran sekumpulan remaja yang menuntut di Kolej Seni Persembahan Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara Mila dan Akim.


Ditanya tentang gandingannya dengan juara AF5, Mila sebagai 'heroin' drama ini, kata Akim, dia tidak berdepan masalah bekerja dengan gadis itu. Namun, sambil tersenyum, Akim menolak andaian ramai yang mungkin merasakan kedua-duanya sudah berputik perasaan cinta.


"Tidak mungkinlah. Memang cinta lokasi itu wujud, tetapi hanya ketika di lokasi saja. Bagi saya, lebih baik fokus pada karier saja ketika ini. Lagipun, Mila pun tak nak kat saya rasanya," tutur Akim dalam nada berseloroh.


Dalam pada itu, bercerita tentang karier nyanyiannya pula, kata Akim, dia akan tampil dengan sebuah single baru tidak lama lagi yang merupakan hasil ciptaannya sendiri. Buat masa ini, perkara itu sedang di dalam perbincangan dengan syarikat pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd.


Selain itu, Akim juga dijangka akan mengadakan penggambaran semula untuk video muzik Bengang setelah tiga kali ia dijalankan semula kerana maslah-masalah tertentu.
"Kali pertama buat video itu dulu, ia berdepan dengan masalah teknikal dan terpaksa diulang semula penggambarannya. Begitu juga yang terjadi untuk kali kedua. Namun, kedua-duanya tidak sempat ditayangkan lagi.


"Kita akhirnya berjaya menyiapkan video tersebut setelah membuat semula penggambaran untuk kali ketiga dan telah pun disiarkan di televisyen. Tetapi, rasanya, saya perlu sekali lagi melakukan penggambaran semula untuk video ini kerana kami menerima aduan daripada penonton gara-gara babak saya memandu sambil pegang telefon bimbit.


"Sebenarnya, kereta itu tidak bergerak pun. Malah, jika ikut kepada 'scene' sebenar di dalam video itu, memang kereta itu tidak bergerak dan saya hanya duduk di dalamnya dan memegang telefon bimbit. Tetapi mungkin penonton rasakan memang saya kelihatan seperti memandu.


"Tak mengapalah. Mungkin bagus juga lakukan sekali lagi video ini untuk kebaikan diri saya juga. Nak kata 'mood' nanti akan lari, saya tidak rasa pula begitu. Malah, mungkin saya boleh mendalami lagi lagu itu dan jadi lebih 'bengang' lagi," katanya dalam nada ceria.

Labels: , ,

CSI AISHKIM : Jawahlah: " Tak pernah Cinta Stacy "
| 5:38 PM | 0 comments



www.bharian.com.my
Oleh Farihad Shalla Mahmud

BELUM setahun jagung dalam bidang seni, nama bekas peserta Akademi Fantasia 7, Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Akim ketika ini cukup panas dan sensasi. Bukan sensasi kerana kerjaya seninya tetapi lebih banyak berkisar kepada kisah cinta. Sejak keluar dari sangkar emas AF, tiada cerita lain yang dikaitkan dengan jejaka berusia 18 tahun ini selain dari kisah cintanya.

Bermula dengan peserta anak wayang, Dayana, Akim dikatakan bermain perasaan dengan juara AF musim keenam Stacy. Entah bila masanya mereka bercinta, tidak pula diketahui. Sebaliknya khabar yang bertiup kencang sekarang adalah ikatan yang terjalin antara dua merpati itu sudah pun berakhir. Dan belum surut cerita perpisahan Akim dan Stacy, tiba-tiba muncul pula kononnya jejaka dari Johor Bahru itu sedang hangat bercinta dengan Mila.

Amboi! Mudah benar cinta beralih arah. Jika benarlah apa yang berlaku itu, nampaknya Akim adalah seorang lelaki yang begitu mudah jatuh cinta serta mudah menaburkan cinta pada mana-mana wanita atau dalam erti kata lain, Akim seorang playboy. Pun begitu, saat diajukan soalan nakal itu pada si empunya diri, Akim menafikan yang dia seorang kaki perempuan. Malah dia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia dan Stacy pernah menjalinkan hubungan cinta.


Sambil menegaskan antara dia dan Stacy tidak lebih dari sekadar berkawan, Akim berkata buat masa ini cinta bukanlah sesuatu yang dicarinya. Sebaliknya, tegas Akim dia mahu terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia seni yang amat diminatinya ini.

Hip: Betulkah sebelum ini Akim memang bercinta dengan Stacy?

Akim:
Akim tidak pernah bercinta dengan Stacy. Antara Akim dan Stacy hanyalah kawan biasa. Apabila goisp ini tersebar, Akim sendiri merasa pelik kerana antara kami berdua memang tak ada hubungan istimewa. Tak dinafikan, memang kami pernah keluar bersama tetapi bukannya berdua. Kalau kami keluar pun beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Dalam hal ini, Akim anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata. Macam cerita yang kononnya saya bercinta dengan Aishah dulu sewaktu dalam akademi serta gosip saya bercinta dengan peserta anak wayang, Dayana. Saya anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata.

Hip: Kalau begitu, macam mana orang boleh kaitkan Akim dengan Stacy?

Akim:
Bila berkawan dengan Stacy, Akim sebenarnya banyak belajar darinya terutama hal yang membabitkan persembahan pentas. Dia banyak mengajar Akim cara membuat persembahan. Disebabkan hal itu, kami menjadi rapat. Dan untuk pengetahuan semua, Akim sebenarnya kalau rapat dengan orang, memang akan mesra. Tak kiralah siapa saja, kalau Akim selesa, Akim akan mudah mesra. Mungkin disebabkan kemesraan kami orang salah anggap dan melabelkan kami pasangan yang bercinta tanpa mengetahui situasi sebenar hubungan kami.

Hip: Mungkin Stacy ada ciri-ciri gadis yang menjadi pilihan Akim?

Akim:
(Ketawa) Dalam hal ini, saya lebih suka pada gadis yang memahami situasi saya sebagai seorang artis. Berada dalam kelompok ini, tak dinafikan saya memang terdedah dengan pelbagai gosip. Jadi, mana-mana gadis yang ingin berkawan dengan saya haruslah memahami diri saya supaya tidak ada masalah yang berlaku di kemudian hari. Mengenai Stacy, saya hanya boleh katakan dia menepati ciri-ciri itu untuk perkara tertentu saja dan bukannya semua.

Hip: Bagaimana pula dengan cerita kononnya Akim bercinta dengan Mila?

Akim:
Itu lagilah tak benar. Kami hanya bercinta dalam drama Kau dan Aku. Dalam drama itu, Mila jadi kekasih saya.

Hip: Apabila terlalu kerap dikaitkan dengan kisah cinta, tidakkah Akim risau dilabelkan sebagai lelaki playboy?

Akim:
Gosip cinta ini bukannya Akim sendiri yang mahu atau reka sendiri. Tapi Akim tak mahu ambil pusing sangat sebab Akim tahu itu semua tidak benar. Terserah kalau orang nak label atau kata apa saja pada Akim sebab Akim tau, Akim tak buat salah. Akim juga bersyukur kerana keluarga Akim amat memahami situasi dan mereka banyak menasihatkan Akim supaya bersabar. Lagipun inilah jalan yang Akim pilih dan Akim harus bersabar menempuhinya.

Hip: Khabarnya untuk video klip Bengang, Akim terpaksa dibuat sebanyak tiga kali. Adakah ini ada kaitan dengan masalah disiplin Akim?

Akim:
Kali pertama klip video itu dihasilkan, ia ditolak oleh syarikat pengurusan Akim iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Apa alasannya, Akim sendiri tidak tahu. Apabila klip video kali kedua dibuat, kami terpaksa merakamnya kembali kerana ada adegan dalam video muzik itu mendapat teguran peminat. Menurut mereka, ada babak yang menunjukkan saya memegang stereng kereta sambil bercakap di telefon. Sebenarnya sewaktu babak itu dirakamkan, kereta itu statik. Tapi disebabkan saya memegang stereng, jadi mereka menyangkakan saya melanggar undang-undang jalan raya kerana memandu sambil menelefon. Sekarang ini yang ditayangkan di televisyen adalah klip video yang kedua. Buat masa ini Akim sedang menunggu untuk kembali ke lokasi bagi merakamkan muzik video bengang untuk kali ketiga. Semua ini ada kaitan dengan soal teknikal dan bukannya sebab saya tidak berdisiplin.

Hip: Akim tak minat untuk sambung pelajaran memandangkan Akim masih muda?

Akim:
Akim memang ada pasang niat untuk sambung belajar. Kalau dulu Akim minat untuk mempelajari pengurusan perniagaan, kini selepas menceburi bidang seni, Akim ingin mendalami ilmu Seni Persembahan. Tapi bukanlah sekarang. Mungkin tahun depan atau dua tahun lagi, bergantung pada keadaan. Mungkin selepas Akim stabil dalam bidang ini barulah Akim berusaha untuk mencapai cita-cita yang diimpikan itu.

CSI AISHKIM : BENGANG ke Separuh Akhir Muzik-muzik
27 October 2009 | 4:11 PM | 0 comments


credit : www.gua.com.my
pic credit : mangga online

6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)

20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4. Pakai Buang (Stacy)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)
HALL OF FAME 25 : THE HERO
26 October 2009 | 5:01 PM | 0 comments

IKLAN BRANDS
CREDIT : METRO 25 OKTOBER 2009

Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 10-ADA UNTUKMU
| 2:30 PM | 0 comments


KARYA:ARZA

Nadia memerhati Azreq yang terdampar di atas katil.Azreq telah mengorbankan nyawa demi menyelamatkannya.Saat itu,semua perbuatan jahat Azreq terhadapnya telah terkubur buat selamanya.

"AZZ!''

Tasya muncul di muka pintu dengan mata yang berair.

"Azz…"Tasya mendekati Azreq.

Nadia masih terpinga-pinga melihat tindakan Tasya.Tidak lama kemudian,Tasya merenung tajam ke arah Nadia.

"DIA JADI BEGINI GARA-GARA KAU!!"Tasya membentak.

"Tasya..bukan aku!Ada orang lain!"

"Kalau kau tak jumpa dia pasti dia tak jadi begini!'

Nadia kelu.Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.Nadia terus berlari ke luar.
************************************************************************
Aishah kini tersenyum puas.Kontrak bersama syarikat rakaman kini telah tamat.Selepas ini dia hanya perlu menunggu kontrak Akim habis dan kemudian mereka boleh bebas bercinta.Buat sementara,dia perlu berpura-pura bercinta dengan Aril untuk memastikan karier Akim tidak terganggu.Aishah mengambil telefon lalu menelefon Aril.

AISHAH:Hey Aril!

ARIL:Hey…happy nampak..

AISHAH:My contract is over..

ARIL:Patutla…

AISHAH:So…kita akan start berlakon esok..

ARIL:OK..

AISHAH:That's all..bye..

ARIL:Bye..

Aishah mematikan talian telefon.Kemudian dia mendail nombor Akim.

AISHAH:Hello?

AKIM:HEY..

AISHAH:My contract is over!

AKIM:I know…

AISHAH:Selepas kontrak Akim tamat nanti..kita bolehla bercinta..

AKIM:Yup..ada 3 bulan lagi.

AISHAH:Sabar ya?

AKIM:Apa saja untukmu..

Perbualan itu berlanjutan hingga ke tengah malam…
***********************************************************************
Kemesraan Aishah dan Aril berjalan di khalayak ramai menarik perhatian wartawan.Ramai juga yang mengambil kesempatan mengambil gambar.Aishah dan Aril berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Aishah…Aril…"seorang wartawan yang dikenali sebagai Ady mendekati.

"Yes?"Aishah membalas.

"Apa hubungan antara Aishah dan Aril sekarang?"

"Actually kitaorang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.."

Aril di sebelahnya hanya mengangguk-angguk tanda setuju.

"Bagaimana pula dengan gossip kononya Aishah bercinta dengan Akim?"

Aishah terdiam.

"Akim dan Aishah tak ada apa-apa…mereka cuma kawan…there is no such thing like Aishkim or whatever…there is only Aishril!"Aril menegaskan.

Aishah di sebelah Aril agak tersentak dengan statement Aril.Ady hanya terseyum puas setelah mendengar kata-kata Aril.Aril sedikitpun tidak merasakan apa-apa kecuali kemenangan.
***********************************************************************
Claire dan Nadia menunggu Cik Spy di bumbung hospital.Mereka tahu,hanya cik Spy sorang yang boleh membantu mereka.Walaupun sedih,Nadia masih mempunyai semangat untuk berjuang.

"Lama tunggu?"seorang yang misteri menegur mereka.

"Cik Spy?"Claire bertanya.

Cik Spy,bertopengkan topeng Power Rangers serta berpakaian ala-ala pengintip.

"Ya saya…"

"Saya Nadia dan ini Claire…"Nadia memperkenalkan.

"Saya tahu…"

"Actually..kami nak minta tolong.."Claire menyuarakan hajat.

"Ni pasti tentang kebakarang dan Azreq kan?"

"Wah!Hebat!"Nadia memuji.

"So..boleh bantu?"Claire bertanya.

"Saya akan bantu…tapi dengan satu syarat!'

"SYARAT APA?"Claire dan Nadia bertanya serentak.

"Jangan bagitahu sesiapa yang kamu berdua jumpa saya di sini.."

"Okay!"sahut Claire dan Nadia.
**********************************************************************
Tasya bertemu dengan lelaki misteri sekali lagi.

"Thanks a lot.."Tasya mengucapkan terima kasih.

"Kerja menembak tu senang saja…"

"Sekarang ni Nadia pasti akan menjauhi Azreq.."

"Bagus…nampaknya kita partner yang baik kan?"

"YUP!So…how's ur date?"

"GREAT!Pasti selepas ni Akim akan cemburu buta!"

"Aril..you memang hebat!Tak sangka!"

Rupanya lelaki misteri ialah Aril…

"Tasya…esok pastikan Akim baca news.."

"Sudah pasti Aril.."

"Dan pastikan rancangan kita untuk memusnahkan Aishkim dan Aishkimmers berterusan!"

Tasya hanya menangguk-angguk.

"BTW..Awak suka kak Aishah ke?"Tasya bertanya.

"I love her seen the first time I saw her…"

"Bagus!"
*********************************************************************
Nadia duduk di samping Azreq.Dia mula menitiskan air mata.

"Az…walau apapun yang terjadi..Nadia akan selalu ada untuk Az…"

Nadia menggenggam tangan Azreq dengan erat seperti tidak mahu melepaskan Azreq pergi.

Labels: , ,

CSI AISHKIM : Akim,nafi cinta Mila
25 October 2009 | 4:30 PM | 0 comments

credit : kosmo! online

BERAT badannya bertambah enam kilogram selepas menjadi graduan Akademi Fantasia musim ketujuh. Kata Akim, daripada 65 kilogram, kini beratnya mencecah 71 kg. Tapi itu bukan halangan untuk Akim melangkah maju. Daripada pentas AF, kini dia berjinak sebagai pelakon. Drama hiburan berjudul Kau & Aku mencabar kebolehannya dalam bidang lakonan.

"Susah pada mulanya, tapi lama-kelamaan saya seronok dan mula selesa berlakon. Lakonan pada saya memerlukan kreativiti yang tinggi berbanding nyanyian," katanya yang memegang watak Akim dan berganding dengan Mila sebagai pasangan kekasih.

Bersedia jika digosipkan dengan Mila kelak, yang penting antara dia dan Mila tahu bahawa mereka hanya berlakon. Dalam dunia realiti, mereka memang tidak bercinta. "Kami hanya kawan dalam industri. Kami hanya bercinta sebagai pelakon," tegas Akim.

CINEMASCOPE 14 : THE HERO
| 4:05 PM | 0 comments
KAU DAN AKU EP1
CREDIT : youandme@youtube











CINEMASCOPE 13 : THE HERO
| 11:12 AM | 0 comments
Gempak Astro Retro Kluang - Rehearsal
CREDIT:http://www.youtube.com/user/myvi1081

Labels: , , ,

CSI AISHKIM:Akim & Stacy putus cinta?
| 10:31 AM | 0 comments

KREDIT:MINGGUAN MALAYSIA 25 OKTOBER 2009
Oleh SY MUSSADAD MAHDI
Foto ihsan ASTRO

WAH! Ada khabar angin mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim dan Stacy bercinta. Ramai yang terkejut kerana selama ini tidak siapa tahu mereka sebenarnya mempunyai perasaan sejak beberapa bulan lalu.

Sumber memberitahu Pancaindera mereka pernah melihat kedua pasangan artis ini keluar dan makan bersama.

Malah Stacy juga dikatakan pernah menjemput Akim ke kediamannya di Kajang, Selangor. Biarpun tidak ada siapa yang mahu mengesahkan perkara itu tapi tidak mustahil dakwaan tersebut berdasarkan beberapa cerita gosip sebelum ini yang mengaitkan mereka berdua.

Saat ditanya mengenai hubungan itu, mereka berdua enggan bercerita mengenainya. Tetapi mereka menolak mempunyai perasaan sebagai pasangan kekasih.

Ketika sesi fotografi ini dilakukan di Kluang, Johor pada Sabtu lalu Akim mahupun Stacy kelihatan ceria dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka.

Akim yang ditemui menjelaskan bahawa gosip tersebut adalah tidak berasas dan dia sendiri tidak mengetahui bagaimana cerita tersebut boleh tersebar.

"Akim pelik macam mana gosip tersebut boleh keluar. Akim sendiri tak tahu menahu dan tiba-tiba keluar cerita yang bukan-bukan.

"Akim tak marah atau bengang dengan gosip tersebut. Mungkin ada orang yang mahu melihat kami membuat hubungan yang lebih serius.

"Lagipun memang kami tak bercinta. Apa yang Akim nak kisahkan. Biarlah mereka nak buat apa sahaja cerita yang mereka suka," kata Akim yang popular dengan lagu Bengang.

Jelas Akim, dia sangat mendambakan seorang gadis yang benar-benar memahami karier dan dirinya memandangkan anak seni sepertinya tidak pernah lari daripada sebarang gosip yang bisa mencalarkan hati.

Sebelum ini nama Akim tiba-tiba menjadi panas apabila dikatakan menyombong termasuklah dengan rakan-rakan wartawan.

Reda sahaja isu tersebut, Akim dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Aishah AF7 dan Diyana, salah seorang peserta program Anak Wayang.

"Selama ini pun, Akim dan Dayana tak pernah menjalinkan hubungan cinta. Lama kelamaan cerita itu senyap. Bila timbul cerita Akim dan Stacy bercinta pula, Akim tetap akan buat benda yang sama," katanya lagi.

Bagi gadis kecil molek kelahiran Sabah, Stacy pula berpendapat cerita tersebut memang mengejutkan dirinya memandangkan antara dia dan Akim tak lebih hanya berkawan.

Akui Stacy lagi, dia memang sejak dahulu meminati suara yang dimiliki oleh Akim terutama apabila Akim menyanyikan lagu Bencinta pada konsert akhir AF7 yang lalu.

"Stacy hanya minat dengan suara yang dimiliki oleh Akim dan tak lebih dari itu. Cuma apa yang pelik bila ada yang mengatakan kami bercinta sedangkan langsung tiada apa-apa perasaan antara kami.

"Ini memang satu gosip yang lawak. Stacy tak terkejut kalau orang kata Stacy bercinta dengan Nubhan memandangkan selama ini sudah banyak cerita kami yang keluar.

"Stacy tak rasa apa-apa. Kalau benar Stacy ada menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki akan Stacy umumkan kepada peminat," jelasnya yang tidak putus-putus menerima undangan menyanyi.

Biarpun begitu Stacy tidak menolak sekiranya mereka benar-benar jatuh cinta pada masa akan datang memandangkan itu jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan.

Stacy melihat Akim sebagai seorang remaja yang mempunyai bakat yang besar termasuklah dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.

"Tapi Stacy lagi suka kalau kami memberikan tumpuan dan fokus kepada kerjaya memandangkan kami masih muda dan masih banyak cabaran yang pelu kami hadapi.

"Soal hati, cinta dan perasaan ini biarlah Stacy tolak ketepi dahulu bagi memastikan nama Stacy benar-benar kukuh dalam industri seni tempatan," kata Stacy.

Labels: , , , ,

Dunia Aishkim-Aishkimmers : part 9-AKU CINTA KAMU
24 October 2009 | 11:49 PM | 0 comments

KARYA ARZA
Azreq melihat Tasya yang terbaring di atas katil.Tasya sedang tidur nyenyak.Sebentar tadi Tasya telah terkena kejutan elektrik.Azreq menatap wajah Tasya.Pada luarannya dia kekasih Tasya,tetapi di dalam hatinya ada orang lain.Orang itu telah mencuri hatinya sejak pertama kali bertentang-mata.Namun kehadiran Tasya mengganggu dirinya untuk meluahkan perasaannya kepada orang itu.Tasya juga telah menghancurkan kehidupan orang yang ada di dalam hatinya.Azreq tahu,seharusnya dia melindungi orang yang dia sayang,tapi sebaliknya dia membantu Tasya menghancurkan kehidupan kekasih pujaan hatinya.Azreq mula berasa amat bersalah.
*******************************************************************
Aishah menunggu seseorang di KFC KLCC.Sudah setengah jam menunggu,namun kelibat orang yang ditunggu masih belum muncul.
"Lama tunggu?"seorang lelaki mengejutkannya.
"Half an hour…"
"Sorry…tadi jammed.."
"It's okay…"
"So…kenapa nak jumpa ni?"lelaki itu bertanya.
"Aril..i need your help…"
"Tolong apa?"lelaki yang dikenali sebagai Aril itu bertanya.
"Aril boleh tak tolong jadi kekasih pura-pura Aishah?"
"What?"Aril terkejut.
"I really need it…"
Aril memandang wajah Aishah.
"Okay…Aril akan jadi kekasih pura-pura Aishah!"
"Terima kaih wokk!!"
Senyuman di bibir Aishah membuat hati Aril berdebar-debar.
*********************************************************************
Semua Aishkimmers memandang Nadia.Persoalan yang bermain di fikiran mereka 'Bersalahkah Nadia?'
"Nadia..akak tak tahu macam mana nak cakap…tapi akak tetap nak cakap juga.."Sally mula bercakap.
"Kak Sally..susah betul ayat kak Sally…complicated…"Mia menyamuk
"Diamlah…"Fifa memarahi Mia.
"Kaulah diam!"Mia tidak puas hati.
"Kau diam!!"Fifa menjawab kasar.
Aida,Gee,Stef,Mona,Claire,Sally,Nadia dan Nur hanya melihat pergaduhan antara Mia dan Fifa..
"STOP IT DUDE!"Stef bersuara kuat.
Semua senyap.
"Kak Sally..teruskan.."Stef berkata.
"Ok..thanks Stef…Nadia…apa yang Nadia buat kat sana malam tadi??"
"Kan saya dah cakap..Azreq yang jemput.."
"Kenapa tiba-tiba pula?"Mona menyoal.
"Dia kata dia receive mesej dari Akim suruh jemput Nadia.."
Semua membuat muka terkejut.
"Mesej??"Aida mula keliru.
"Bila pula Akim kirim mesej dengan Azreq?"Nur hairan.
"Saya tak tahu!"Nadia mula rimas.
"Kak Nad..kak Nad kenapa percaya dengan mudah dengan AZREQ?"Mia menyoal.
"Sebab…."Nadia teragak-agak.
"Sebab Nadia sukakan Azreq!"Gee terlepas cakap.
"WHAT?NADIA SUKA DENGAN PENGKHIATANAT?"Aida terkejut.
"Maksudnya Nadia memang terlibat dengan kejadian semalam!"Mia menuduh
"SAYA DAH KATA BUKAN SALAH SAYA!SAYA TAK TAHU APA-APA!LAGIPUN KALAU SAYA SUKA AZREQ,APA KENA MENGENA DENGAN KEJADIAN SEMALAM?"Nadia membentak Aishkimmers.
Nadia dengan bengang masuk ke biliknya.Semua Aishkimmers terdiam.Claire yang terdiam dari tadi memberi isyarat mengikut Nadia masuk ke bilik.
*********************************************************************
Nun jauh di Brunei Darussalam,tiga remaja sedang duduk berbual-bual.MiaCC(Miacreamycream),Pingu dan Shikin(PPG) sedang berborak tentang apa yang terjadi di semenanjung Malaysia.Pingu dan MiaCC sebenarnya pergi melancong ke Brunei dan tinggal bersama Shikin.
"So…korang rasa siapa yang bersalah..?"Shikin bertanya.
"Entahlah…"Pingu malas hendak memberi jawapan.
"Bukti menunjukkan Kak Nadia…"MiaCC menjawab.
"Rasanya tak..ada orang lain yang try nak kenakan dia…"Shikin menentang MiaCC.
"Kita tunggu dan lihat saja nanti…"Pingu cuba menamatkan topic.
************************************************************************
Pagi yang cerah itu ibarat satu kehancuran bagi Tasya.
"Tasya…kita harus berpisah…"Azreq berbicara.
"What?Are you crazy?"
"Tasya…Az tak cintakan Tasya.."
"Tak cinta?Kalau Az tak cintakan Tasya…Az cintakan siapa?"
"Orang lain.."
"Az…dah setahun…kenapa nak putus??"
"Az dah tak sanggup membohongi Tasya..Az tak cinta Tasya.."
"Owh..ni pasti ada kena-mengena dengan Nadia kan?"
"Er…"Az terdiam
"Pergilah!I hate you!"
Tasya menolak Azreq keluar.
"Remember Az…you and Nadia akan terima akibatnya!"
Tasya menutup pintu dengan kuat.
"At least I dah bebas dari cengakaman singa!"Azreq berkata.
**********************************************************************
Claire hanya menemani Nadia yang menangis semalaman.Dia sudah kehabisan air liur memujuk Nadia.
"Nad..sudahlah tu..dah hampir 11 jam menangis…tak penat ke?"
"Tak…"
Claire cuba memikirkan sesuatu.Dia harus mencari jalan keluar.
"WHY DIDN'T I THINK IT BEFORE?"Claire tiba-tiba bersuara.
Nadia terkejut mendengar kata-kata Claire.Dia mula bingung.
"Hanya sorang yang boleh bantu kita!"
"Siapa?"Nadia bertanya.
"Cik Spy.."kata Claire sambil tersenyum.
Tiba-tiba telefon Nadia berbunyi..
NADIA:Hello?
AZREQ:NAD!Ini Az!
NADIA:KAU NAK APA LAGI???
AZREQ:Az tahu Nadia masih marah Az…tapi kita perlu jumpa sekarang..
NADIA:Kalau aku tak nak?
AZREQ:Please….ini sangat penting…
Claire yang mendengar perbualan tersebut memandang Nadia lalu berkata.
"Pergi…I will follow you.."
AZREQ:SO?
NADIA:Ok…Jumpa kat taman macam biasa..
AZREQ:See ya..
*********************************************************************
Nadia melihat Azreq duduk di hujung taman.Nadia mendekatinya dengan ragu-ragu.Claire hanya melihat dari jauh.
"Ada apa lagi?"Nadia bertanya kasar.
"I need to tell you something…"
"Apa?"
"Sebenarnya…semua…"
Belum sempat Azreq menghabiskan ayatnya,Azreq melihat seorang mengacu senapang ke arah Nadia dari satu sudut yang agak jauh.
PUMM!
Satu tembakan dilepaskan.Azreq memutarkan badannya dengan Nadia dan..
"AZZZZ!!!!!!!!!!!!!!!"Nadia menjerit.
Azreq rebah ke bawah.Nadia mamangku kepala Azreq.Claire berlari ke arah Azreq dan Nadia lalu menelefon ambulans.Nadia menggenggam tangan Azreq dengan erat.
"Nadia……"Azreq berkata lemah.
"Ya??"Nadia mula mengalirkan air mata.
"An..dai..kata…Az mati….Az nak Nadia tahu yang …Az cintakan Nadia…."
"Az takkan mati…"Nadia semakin esak.
"Az…saya…ng….Nadia…."
Claire turut mengalirkan air mata.
"AMBULANS!!CEPATLAH!!"Nadia meraung.

Labels:

Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 8-FIGHT FOR YOU
| 11:25 PM | 0 comments

KARYA:ARZA

Akim melihat kanopi yang sedang terbakar.Suara Aishah yang didengarinya membuat dia cemas.Tanpa berfikir panjang,Akim terus masuk semula ke dalam kanopi untuk menyelamatkan Aishah.

"AISHAH!!"Akim menjerit.

Akim melihat Aishah sedang terduduk lesu di tepi meja.Dia kelihatan tidak berdaya.

"AISHAH!!"

Akim pergi ke arah Aishah lalu mengangkatnya.Akim melihat sekeliling.Dia perlu mencari jalan keluar.Keadaan yang panas membuat Akim sukar untuk berfikir.

'Aku perlu selamatkan Aishah walau apapun jua yang terjadi!'

Akim memberanikan diri melompat di atas api.Tindakan Akim mengejutkan Aishkimmers yang ada di luar.

"AISHAH!"Sally menjerit sebaik sahaja Akim dapat membawa Aishah keluar.

"Kak Sally…panggil bomba!"

"Sudah!Dalam masa 10 minit!"Sally menjawab risau.


Nadia yang dari jauh mula perasan ada kebakaran berlaku.Dia segera berlari ke
arah kebakaran tersebut.

"Apa dah jadi?"Nadia bertanya.

Semua mata memandang Nadia dengan terkejut termasuk Azreq!

"Kau buat apa kat sini?"Akim bertanya.

"Saya kan dijemput!"

Semua mata terbeliak melihat Nadia.

"Bukannya kau tak dijemput?"Tasya mencelah.

"Tapi…"

"Aku tahu!Pasti ini semua kerja kau!"Tasya menuduh.

"NO!I HAVE NOTHING TO DO WITH THIS!"

"Nadia..apa kau buat kat sini?"Azreq tiba-tiba bertanya.

"Bukannya awak yang jemput saya tadi?"

Azreq membuat muka tidak tahu.Tasya yang ada di sebelahnya hanya tersenyum sinis.Aishkimmers yang lain masih keliru.

"Pasti kau yang rancang kebakaran ni!"Tasya berbicara.

"Ye…dan kau gunakan nama aku untuk mengelakkan tuduhan!"Azreq menyambung.

"Tapi Az…Awak…"

"Kita sambung nanti…"sampuk Claire.

Bomba telah tiba dan kebakaran telah berjaya dipadamkan.

"Apa puncanya?"Tanya Akim.

"Kebakaran ini dibuat.."Terang seorang ahli bomba bernama Aaron yang tinggi lagi kacak.

"Dibuat?"Fifa pula menyambung.

"Kebakaran ini berpunca dari minyak…sebab itu pihak kami yakin ini kebakaran yang dirancang.."Aaron meyakinkan.

"Ermm…sapa agaknya?"Tasya bertanya sambil menjeling ke arah Nadia.

"Kami akan siasat.."Aaron menjawab.

********************************************************************
Rumah Sally sunyi sepi.Semua orang berdiam diri.Akim dan Aishah duduk sambil melihat satu per satu wajah yang ada.

"Baiklah…kamu semua berbincanglah..saya dan Akim akan balik dulu..hari pun dah lewat.."

Kata-kata Aishah hanya mendapat anggukan dari Aishkimmers.

"Tasya dan Azreq..jom.."

Tasya,Azreq mengikut langkah Akim dan Aishah keluar dari rumah Sally.Nadia dan Claire tidak kelihatan bersama Aishkimmers kerana sedang berada di dalam bilik.

***********************************************************************
"We did it!"kata Tasya.

"Yeah…sekarang semua Aishkimmers pasti tengah bengang dengan Nadia!"

Tasya dan Azreq ketawa di dalam kereta mengikuti kereta Harrier Akim di hadapan.

"Aishah rasa sapa buat tu?"Akim bertanya.

"Aishah pun tak tahu…"

"Mengikut dari pandangan mata Akim…Nadia yang buat.."

"Ha?"

"Tapi dari hati..bukan Nadia..tapi orang lain.."

"Siapa ek??"

********************************************************************
Nadia dan Claire tengah termenung di dalam bilik..

"Nadia..i'm sure ada pengkhianat…"Claire mula berbicara.

"Tapi tuduhan semuanya ke atas saya.."

"Jangan risau…walau apapun..KC tetap bersama Nadia…"

Nadia memeluk Claire kerana terharu.

"I wish I have a sister like you!"Nadia mula menangis.

"Nad..anggaplah KC sebagai kakak Nad."

Nadia semakin menangis teresak-esak.

************************************************************************
Tasya masuk ke rumah banglo milik seorang lelaki yang membantunya melaksanakan operasi kebakaran.

"Tasya….so how?"lelaki itu bertanya..

"Thanks a lot..selepas ni pasti mereka akan berpecah-belah…haha.."

"Banyak lagi rancangan termasuk kenakan cik spy…and you will help me!"

"Of course…"

Tasya memandang lelaki misteri itu.Dia tidak tahu kenapa lelaki itu tidak suka kepada Aishkimmers.Tapi tak apa.Lelaki itu akan membantunya melaksanakan rancangan memusnahkan Aishkimmers!
**********************************************************************
Akim duduk resah di sisi Aishah.

"Kenapa ni?"Aishah bertanya.

"Akim takut kehilangan Aishah.."

"Sweetnya…don't worry…Aishah tetap Akim yang punya…"

"Akim risau kejadian malam tadi berulang lagi.."

"Aishah tak risau hal tu…"

"Kenapa pula?"

"Akim kan ada untuk selamatkan Aishah…"Aishah tersenyum

"Akim janji…sekiranya Aishah dalam keadaan bahaya…Akim akan lakukan apa saja untuk selamatkan Aishah…I'LL FIGHT FOR YOU!"

Kata-kata Akim diterima dengan senyuman manis dan terharu oleh Aishah.
**********************************************************************
Tasya sedang bergembira bermain PS3 yang dihadiahkan oleh mak ciknya.Dia gembira bukan kerana apa…tapi kerana dia telah berjaya memporak-perandakan kehidupan Aishkimmers..

"HAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHA…."

Kilat tiba-tiba memancar dan terus….

"AAAAAAAAAAAAAAA"

Tasya telah terkena kejutan elektrik yang agak,amat dan memang dasyat sehinggakan…

"AAAAAAA….HANNNTU!!!"Azreq menjerit melihat Tasya.

Tasya yang kemas dan bersih kini bertukar macam dayang senandung tak menyikat rambut

Labels: , ,

FROM THE WRITER:Manga atau komik Aishkim?
22 October 2009 | 5:22 PM | 0 comments
OLE2 CUTI SEKOLAH 'Ku Kejar Kau Lari' bermula cuti semester akhir 2009

Terima kasih untuk Dunia Aishkim-Aishkimmers karya Arza yang menghiburkan Aishkimmers di saat ini.Aishkimmers menghargai usaha anda.Pihak blog cuba mengemaskini apa sahaja berita mengenai Aishkim sedaya mungkin di samping menghiburkan anda.Blog ini amat mengalu-alukan sebarang karya Aishkimmers sama ada dalam bentuk cerpen,komik,manga dan sebagainya.Terutamanya manga atau komik kerana blog ini jarang menerima fan art sedemikian.Sila emel ke aishkim_fanart@yahoo.com.Terima kasih.
Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 7-DUGAANNYA
| 5:04 PM | 0 comments
KARYA:ARZA

Nadia tersenyum keseorangan di dalam bilik.Stef,Mia dan Nur sedang tidur dengan bunyi dengkuran uang agak kuat.Nadia teringat kata-kata Azreq di taman sejam yang lepas 'Saya suka awak'.

"Kenapa senyum sorang-sorang?"

Nadia terkejut.Gee melangkah masuk mendekati Nadia.

"Kenapa tak tidur lagi?"Gee bertanya.

"Tak dapat tidur.."

"Mesti lagi teringatkan seseorang ni…"

"Mana ada…"

"Nadia..i know you…come on…share with me.."

"Ok..saya bagitahu awak tapi awak jangan bagitahu siapa-siapa."

"Ok…janji!"

"Actually..i'm in love.."

"Dengan siapa?"

"Err…A…A…A.."

"AA?"

"Azreq!"

Gee terkejut.

"Azreq?Boyfriend Tasya?But how?"Gee bertanya.

Nadia menerangkan satu persatu apa yang berlaku..

"Are you sure dia tak permainkan awak?"

"Saya rasa tak…Muka dia ikhlas.."

"Kalau begitu..bersiap-sedialah berhadapan dengan Tasya.."

Nadia hanya tersenyum.'Tasya?Nasib…nasib..'

*********************************************************************
Azreq hanya melihat wajah Tasya yang tengah bengang.Dia malas hendak melayan ketika orang sedang marah.

"OK..Apa you buat dengan Nadia malam tadi?"Tasya memulakan bicara.

"You kan yang suruh I jumpa dia?"

"I suruh kenakan..bukan ajak bercinta!"

"Babe…jangan membuat tuduhan melulu.."

"Maksud you?"

"I ajak dia bercinta ada sebab…"

Tasya memandang muka Azreq dengan penuh pertanyaan.'Apa maksud dia?'

*******************************************************************
Akim melihat tempat yang bakal dijadikan Gathering pertama Aishkimmers.Akim tersenyum puas.Kanopi telah didirikan dengan indah di tepi pantai Port Dickson.Nampaknya gathering pertama kali ini pasti akan menjadi detik termanis dalam hidupnya kerana pada masa yang sama dia akan melaksanakan plan baru untuk mengenakan Aishkimmers.Plan Akim,pada malam itu,dia dan Aishah akan pura-pura berlakon mereka bergaduh.Pada saat itu,semua Aishkimmers akan memandang mereka dan pastinya selepas itu Aishkimmers tidak akan mengganggu Aishkim lagi selepas pergaduhan itu.Akim tersenyum bila teringat plan yang dibuat bersama Aishah.

Deringan telefon mengejutkan Akim yang tengah mengelamun

AKIM:Hello?

AISHAH:Hello sayang..dah prepare semua ke?

AKIM:Tinggal catering saja lagi..dan pergaduhan pura-pura kita…

AISHAH:Great!!Bijaknya Akim buat plan ek..

AKIM:Biasalah…macam tak tahu pula…

AISHAH:OK..Tasya dan Azreq ada kat bawah..Aishah pergi dulu ek..

AKIM:Okay..


Aishah turun ke bawah dan melihat Azreq dan Tasya sedang bermasam-muka.

"What happened?"Aishah bertanya.

"Akak tahu tak?Az ni buaya darat..!"

"Hey!Mana ada!You yang salah sangka!"

"I nampak sendiri you dengan Nadia malam tadi!"

"Tasya!I hanya berbual dengan dia!"

"Kak…ni pasti Az dan Aishkimmers merancang nak kenakan Tasya lagi!"

"Tasya..you jangan salah faham…I dengan Aishkimmers tak ada kena-mengena.."

"Habis tu?"

"Sebenarnya..malam tadi Nadia yang nak jumpa I…Dia luahkan perasaan kepada Az…dan dia juga kata nak kenakan Aishkimmers dan Aishkim"

Aishah seperti tidak percaya!'NADIA??'Setahu Aishah,Nadia tak rampas boyfriend orang…dia baik…mendengar kata-kata Azreq Aishah seperti tak percaya.

"Apa buktinya?"Aishah bertanya.

"Ini buktinya..''

Tasya menunjukkan satu persatu gambar Nadia dan Azreq malam tadi.

**********************************************************************
Akim melihat nama Aishah tertera pada skrin telefon bimbitnya.

AKIM:Yes babe?

AISHAH:Akim…tolong cancel nama Nadia dalam list gathering..

AKIM:Tapi kenapa?

AISHAH:Ada sesuatu yang dia nak buat masa gathering nanti..

AKIM:OK…kalau awak dah cakap macam tu…saya ikut je…

AISHAH:Thanks..

AKIM:You're welcome!

************************************************************************
"Nadia..ada berita buruk.."Sally memulakan bicara.

"Ada apa kak?"

"Aishkim tak benarkan Nadia menyertai gathering Aishkimmers…"


Terbeliak mata Nadia mendengar kata-kata Sally.Claire,Stef,Mia,Fifa,Gee,Aida, Mona,Nur yang sedang menonton televisyen memandang Nadia dan Sally dengan wajah yang menyeramkan.

"Tapi kenapa?"Aida bertanya.

"I pun tak tahu…Akim call I tadi…"

"Tapi inikan tak adil!"Nur membantah.

"Yelah!Kita tak tahu pun kesalahan Kak Nadia!"Mia menyuarakan diri.

Semua mula bising.Nadia masih kaku.Terkejut!Hairan!Sedih.

"DAH!STOP!"

Semua memandang Nadia.

"Kalau Aishkim tak nak Nadia pergi…Nadia takkan pergi.."

Nadia terus menuju ke biliknya.Claire dan Gee segera mengikut Nadia.

*********************************************************************
'Kenapa??Adakah kerana Azreq?'Nadia menangis.Air mata mula mengalir dari kelopak matanya.Claire dan Gee masuk dan duduk di samping Nadia.

"Nadia.."Claire bersuara.

Nadia melihat wajah Claire..

"Kalau dia tak suruh Nadia pergi..KC pun takkan pergi.."

"Gee juga takkan pergi!"

"Tak..awak berdua akan pergi…itu keputusan saya.."

"Tapi…"Gee cuba membantah.

"Tak ada tapi-tapi…awak berdua mesti pergi..janji dengan saya!"

Claire dan Gee hanya diam.Keputusan Nadia harus didengar.Mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

***********************************************************************
Di sebuah bilik,seorang yang misteri sedang menatap gambar-gambar Aishkim di KLCC.Di sebelah gambar itu,ada sebuah tape video Aishkim sedang makan di Time Square.Dia hanya tersenyum melihat apa yang ada.'Cik Spy pemberi maklumat dan aku pemusnah rancangan!Hahahahahhaha..'Seorang yang misteri itu nampaknya ada rancangan jahat terhadap Aishkim dan Aishkimmers.'Dan Tasya akan membantu aku…hahahahha…'..Seorang yang misteri itu hanya bercakap dalam hati.
**********************************************************************
Malam yang ditunggu akhirnya tiba.Aishkimmers dan Aishkim telah pun berkumpul di Pantai Port Dickson.

AISHKIMMERS YANG HADIR

-SALLY(OTP)

-CLAIRE(OTP)

-AIDA(OTP)

-MONA(OTP)

-MIA(OTP)

-FIFA(OTP)

-NUR(OTP)

-STEF(OTP)

-GEE(OTP)

-TASYA(OTP)

-AZREQ(LEWAT)

-KELUPIS(OTP)

-KULAT(OTP)

-NADIA(CANCELLED)

-DILA(OTP)

-KELUPIS(OTP)

-SAI(OTP)

-FADREZA(OTP)

-OKKY(OTP)

-LEILA(OTP)

-ILI(OTP)

-ISHA(OTP)

-AINA(OTP)

OTP-ON THE PLACE

Sally hanya memerhati nama-nama yang ada di atas kertas.'Sian Nadia'.
*********************************************************************
Nadia duduk termenung di halaman rumah Sally.

"Hey…"Azreq menyapa.

"AZ!"

"Awak tak pergi ke?"

"Saya tak dijemput.."

"Akim baru bagitahu…nama awak tersenarai semula.."

"Maksud awak?"

"Akim dah percayakan awak…"

"Awak jangan bohong!"

Azreq menunjukkan mesej yang tertera di skrin telefonnya.

AZ,

Jemput Nadia di rumak kak sally sekarang!Dia tak bersalah.Say I'm sorry.

AKIM

Hati Nadia berbunga-bunga membaca mesej tersebut.

"Jom kita pergi!"
********************************************************************
Semua Aishkimmers memulakan jamuan.Kelihatan Sally dan Kelupis sedang ketawa besar.

"Lawak betulla…hahahhah…"Kelupis ketawa.

Aishah dan Akim mengasingkan diri.Maklumlah nak plan berjaya.

Dari jauh,Tasya menunggu kehadiran seseorang.Plannya harus dijayakan.Dia akan membalas dendam.Aishkimmers pasti akan bergaduh.
************************************************************************
Nadia keluar dari kereta dengan terhuyung-hayang.Azreq membawa kereta dengan teramat laju.Dalam masa dua jam dah sampai Port Dickson.Nadia melihat dua buah kanopi berdinding tersergam di tepi pantai.

"Tunggu sini kejap.."Azreq memberikan arahan.

"Okay.."

Isha berjalan dengan laju…tiba-tiba dia terjatuh di tepi kanopi.

"OUCH!"Isha mengerang kesakitan.

"Are you okay?"Aina mendekati.

Dila mendekati Aina dan Isha.

"Apa yang basah ni?"Dila bertanya.

"Panasnya.."

Aishkimmers di dalam kanopi turut merasakan kepanasan.

"APPPIIIIIII!!!!"Kulat menjerit.

Semua Aishkimmers keluar berebut-rebut.Aishah yang kecil telah terjatuh di bawah meja.Aishah cuba untuk keluar namun tidak dapat kerana dia telah dikelilingi api yang sedang membara.

Akim mengira jumlah yang ada.

"MANA AISHAH?"AKIM BERTANYA.

Semua Aishkimmers berpandangan sesama sendiri.

"Tolong!!"Satu jeritan kedengaran dari dalam kanopi.

"AISHAH!!!!"Akim menyedari sesuatu.

Nadia yang berada agak jauh tidak dapat melihat keadaan tersebut dengan jelas.Dalam hatinya tertanya-tanya apa yang berlaku.

Labels:

CINEMASCOPE 12:THE HERO
21 October 2009 | 10:26 PM | 0 comments
ANIMATED AKIM
KREDIT:layar2009@YOUTUBE

Labels: , , ,

Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 6-AKU,DIA DAN KAMU
| 9:07 PM | 0 comments

KARYA:ARZA

Akim melihat empat orang penerjun di langit.Akim berdebar-debar.Di saat itu,
mengharapkan empat orang Aishkimmers selamat sampai ke muka bumi.
Gee,Aida,Nur dan Mona mencuba sedaya upaya untuk membuka payung terjun.

"TUHAN!!!BERILAH KEAJAIBAN!!"Jerit Aida.

Akhirnya payung terjun berjaya dibuka.Pergerakan empat Aishkimmers akhirnya mula perlahan.Sekarang mereka hanya perlu menetapkan tempat untuk mendarat.
Melihat situasi tersebut,debaran Akim mula reda.Aishah yang duduk di tempat belakang tidak mengeluarkan suara kerana masih terkejut.

Aida,Gee dan Mona berjaya mendarat di tempat yang telah ditetapkan.

"ALHAMDULILLAH!!!"Ucap Mona dalam kesyukuran.
"Mana Nur?"Aida panik.
"Dia kan tadi dah buka payung terjun??"

KEDEBUB!!

Nur telah mendarat di atas sebuah kereta.Nur melihat wajah pemandunya.

"AKIM?'

Akim dan Aishah melihat Nur yang berada di hadapan cermin kereta.Mereka terkejut.Akim keluar dari kereta lalu membantu Nur turun dari atas kereta.

"Terima kasih.."ucap Nur tersipu-sipu.
"Sama-sama…jangan bagitahu sesiapa ya?"
"Okay..Saya janji tak bagitahu sesiapa"jawab Nur

Akim segera masuk kedalam kereta Harrier yang dipandunya lalu memecut laju meninggalkan Nur yang masih terkejut.

Aida,Mona dan Gee berlari ke arah Nur.

"Siapa tu?"Tanya Aida.
"AKIM!!!!!!"Nur menjerit keriangan.
"Apa Akim buat kat sini??"Gee bertanya.
"Maybe nak sambut kita…"Mona menjawab slumber.
*********************************************************************
Claire menunggu empat orang Aishkimmers di airport.

"Mana ni??Dah sejam dah tunggu ni!!!"Claire merungut.

Deringan handphone mengejutkan Claire.

CLAIRE:Hello?
AIDA:CLAIRE!It's me Aida!
CLAIRE:Kak Aida…where are you guys?
AIDA:Kitaorang kat dataran merdeka sekarang..
CLAIRE;Korang buat apa kat sana?
AIDA:Nanti akak terangkan..sekarang jemput kami berempat kat sini..
CLAIRE;OK..

Claire memandu kereta Vios 1.5G nya menuju ke Dataran Merdeka.
*********************************************************************
Di rumah Tasya,Azreq dan Tasya sedang berbual..

"Babe…u ada plan nak kenakan Nadia tak?"Tasya bertanya.
"Nadia?Kenapa tak orang lain?"
"I masih berdendam dengan dialah…bengkak mata Tasya di spray nya.."
"Relax ar….nanti Az uruskan…malam ni juga!"
"I LOVE YOU!So sweet…"
********************************************************************
Sepuluh orang Aishkimmers sedang berkumpul di rumah banglo Sally.Seperti biasa,Nadia,Claire,Fifa dan Mia akan berlawan main PS2..Stef dan Nur pula berbual kosong sementara Sally,Aida,Gee dan Mona masih duduk termenung.

Memandangkan keadaan mula membosankan,Nadia meminta diri untuk keluar.

"Hati-hati Nadia"Pesan Claire..
"Kalau jumpa Az jangan lupa sepak kaki dia.."Stef mengingatkan.

Kata-kata Stef membuat Aishkimmers ketawa tebahak-bahak.
***********************************************************************
Nadia sedang duduk bersendirian di taman.Dia tiba-tiba teringat insiden dia menyepak kaki boyfriend Tasya,Azreq di taman itu.Azreq tidak tahu apa-apa.

Entah kenapa,suatu perasaan muncul apabila melihat Tasya bermanja dengan Azreq.Dia sakit hati lalu dengan tiba-tiba menyepak kaki Azreq.Nadia tersenyum sendirian apabila teringat peristiwa itu.

"Sorang je?"

Nadia terkejut.Nadia mengeluarkan eye spray dari poketnya.

"Siapa tu??"Nadia bertanya.
"Takkan dah lupa…"

Seorang lelaki tersenyum berdiri di hadapan Nadia.

"Awak?"Nadia terkejut.
"Ye..saya..Azreq.."
"Buat apa kat sini?"
"Saja je nak jumpa awak…"
"Awak nak kena sepak lagi??"
"Saya tak kisah asalkan awak yang sepak.."

Nadia tersentak…Okay ke tak mamat ni..

"Awak baik balik sekarang…"
"Tak nak…"Azreq menolak.
"Nanti Tasya marah baru tahu.."
"Dia tak kisah…lagipun dia yang hantar saya untuk kenakan awak…"
"APA??"
"Tapi saya tak akan kenakan awak.."
"Kenapa pula?"
"Awak terlalu manis untuk dikenakan…"

Merah padam muka Nadia mendengar kata-kata Azreq.

"Actually..saya tidaklah sejahat yang awak sangka.."

Nadia duduk di sebelah Azreq..

"Maksud awak?"
"Saya tidak sejahat Tasya…Dia suruh saya buat tapi saya tak buat…sepatutnya sekarang ni saya patut letak awak dalam longkang..tapi saya tak sanggup.."

Nadia terkejut mendengar kata-kata Azreq.'Masuk dalam longkang??'

"Awak jangan risau..saya tak akan biarkan Tasya menyakiti awak.."
"What's the hell are you talking about..are you okay?"
"Actually..i have something to tell you…."
"Nak cakap apa pula ni…menakutkan betul…."
"Saya suka awak.."Azreq mengucapkan dengan slumber..

Nadia terkejut.Malam ni Nadia banyak terkejut.

"Awak nak main kayu tiga?"
"Tak…actually saya dah bosan dengan Tasya…"
"Awak sedar ke tak?Tindakan awak ni akan membuatkan saya,Tasya dan awak sendiri akan terlibat dalam masalah besar…"
"Kenapa tak cakap aku,dia dan kamu..kan lebih dramatic..?"
"EH…macam-macam je awak ni.."
"Awak suka saya?"Azreq berbicara serius.
"Saya tak boleh jawab..tunggu jelah…"

Nadia lalu berlari ke rumah Sally.Di saat itu,dua pasang mata dari arah berbeza memandang pasangan yang baru berkenalan tersebut dengan perasaan yang hairan,marah dan macam-macam lagi.Apa nak jadi?

P/S agak menghadapi masalah dengan part Nadia dan Azreq..

Labels:

CSI AISHKIM : AISHAH : SAYA TAK TAHU DIKATAKAN SEKSI
| 5:31 PM | 0 comments
Rabu Oktober 21, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
credit mStar Online, Rabu Oktober 21, 2009


Tidak pernah timbul perasaan kecewa dalam diri Aishah, 18, malah dia terus bangkit untuk meneruskan perjuangannya setelah program realiti itu berakhir pada Mei lalu.


Apabila pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) hanya menguruskan lima finalis AF7 iaitu Hafiz, Aril, Akim, Isma dan Yazid, terus Aishah menerima tawaran untuk bernaung di bawah label Dream Music sejak Julai lalu.


Atas sebab perjanjian kontrak dan label itu hanya membuat rakaman lagu untuknya memujuk Aishah untuk menerima tawaran itu sekaligus bersedia untuk ‘diikat’.


“Apa yang menarik saya untuk memilih Dream Music sebab mereka tidak akan menguruskan karier saya.


“Jadi, ia takkan mengganggu urusan saya di luar. Setakat ini saya sedang berbincang dengan pihak Dream Music untuk memilih lagu yang sesuai untuk dijadikan sebagai single pertama saya yang mungkin keluar sebelum hujung tahun ini,” kata Aishah.


Menyentuh tentang komposer, Aishah sendiri belum mengetahui siapakah komposer yang akan menghasilkan lagu untuknya dan akui dirinya tidak pernah mengamalkan ‘favoritisme’.


Ungkapan ‘saya tak kisah’ yang selalu terpacul dari mulut Aishah juga turut dijawab untuk menjelaskan reaksi apabila ada yang menegur tentang berpakaian seksi baru-baru ini.


Aishah akui yang dirinya bukanlah seorang yang suka berpakaian seksi namun apabila dilemparkan kenyataan sedemikian, gadis manis dan suka tersenyum ceria ini lantas tertawa dan menjawab dengan tenang.


Katanya, “Saya tak kisah orang nak kata apa pun tentang pakaian saya. Saya tak tahu pun macamana orang boleh kata saya seksi sedangkan pakaian saya setiap kali keluar rumah hanyalah baju t dan seluar jeans serta bergaya ‘biasa-biasa’ sahaja.


“Saya bukanlah jenis suka berpakaian seksi dan pentingkan cara berpakaian kerana saya seorang ‘public figure’. Jadi, saya tidak akan pakai sebarangan baju.”


Selain menunggu untuk rakaman single, Aziz berkata dia sibuk menerima undangan nyanyian.“Saya sibuk dengan ‘show’ di banyak tempat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya yang mengaku semakin rapat dengan Akim.


Namun begitu, Aishah menafikan yang dirinya mempunyai hubungan cinta dengan pemenang tempat ketiga AF7 itu seperti yang digosipkan sebelum ini.


“Kisah saya dan Akim hanya ‘cerita’ dalam Astro dan sekarang kami sudah lama tidak berjumpa kerana dia sibuk dengan lakonan manakala saya pula sibuk dengan ‘show’.


“Kali terakhir saya berjumpa dengan Akim semasa kami sama-sama mejalani rakaman program Rumah Terbuka pada bulan Ogos lepas di Melaka,” katanya yang tinggal bersama Zizi AF7 dan dua orang sepupunya, Apip, 26, dan Kak Dedek, 30.


Menurut Aishah, kedua sepupunya itu merupakan anak saudara emaknya.


Walaupun jauh dari keluarga tersayang yang berada nun jauh di Kuching, menerusi perbualan yang dirakamkan melalui telefon itu jelas kedengaran suaranya yang ceria seolah-olah seronok tinggal bersama yang lain.


“Saya tiada masalah dengan mereka (Zizi, Apip dan Kak Dedek) sebab mereka menjaga saya dengan baik. Kadangkala ayah saya juga selalu ‘update’ tentang aktiviti saya.“Apa yang berlaku pada masa akan datang, saya tetap akan menyanyi.


“Kalau ‘single’ saya kurang mendapat sambutan pada tahun depan, mungkin saya akan sambung belajar dalam bidang ‘architecture’. Saya nak minta kolej atau universiti di kawasan Kuala Lumpur sahaja,” katanya yang sebelum ini pernah mendapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Seremban dalam bidang Sains Fizikal (Kejuruteraan) selepas mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Ditanya kenapa tidak diterima sahaja tawaran itu sedangkan untuk melanjutkan pelajaran di matrikulasi hanya mengambil masa setahun, jawab gadis comel ini, ‘saya nak kumpul duit dulu dan selepas itu baru nak sambung belajar’.Dalam nada tenang, Aishah akui bersyukur dengan pengalaman baru yang dilaluinya sekarang dan tidak mungkin akan menoleh ke belakang lagi.

Labels: , ,

CSI AISHKIM:AKIM AF KEKOK BERLAKON
| 2:36 PM | 0 comments

Credit:www.manggaonline.com.my Ditulis oleh Nonie Isnin, 19 Oktober 2009 19:12

"Pertama kali Akim berlakon dan rasanya lakonan Akim macam kayu, keras macam tak boleh menghayati dialog.

"Tapi pengarah dan rakan-rakan banyak bagi tunjuk ajar untuk hasilkan yang terbaik untuk drama Kau dan Aku," ujar Akim.

Mempelajari sesuatu yang baru merupakan pengalaman menyeronokkan bagi pemuda berasal dari Johor ini, namun menganggap lakonan hanyalah sekadar pelengkap kepada kerjayanya dan nyanyian masih bertakhta dihatinya.

"Buat masa ini, Akim tak ada terima sebarang tawaran lain untuk berlakon dan jadual Akim lebih banyak untuk show nyanyian.

"Single terbaru Akim akan keluar tak lama lagi dan Akim tulis lirik sendiri. Untuk album pula, setakat ini Akim ada tiga buah lagu ciptaan Akim," ujarnya optimis.

Seperti juga Mila, Akim merasai pengalaman gegaran ketika berada di Jakarta untuk penggambaran drama tersebut. Walaupun agak berhampiran dengan tempat kejadian, Akim bersyukur kerana tiada kemalangan bruk berlaku kepadanya dan kumpulan produksi.

"Kami rasa gegaran masa tengah shooting tapi syukurlah tiada apa-apa yang berlaku," ujarnya ringkas.


Belum Masanya

Mengakui rapat dengan rakan-rakan AF yang lain, namun menurutnya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bercinta. Karier harus diutamakan untuk memastikan kejayaan yang lebih memuncak masa akan datang.

Akim bakal digandingkan Mila, Aril, Zoey dan banyak lagi pelakon remaja popular lain untuk drama terbaru Astro, Kau dan Aku. Ia mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Drama ini akan diselang selikan dengan persembahan muzikal menerusi lagu popular pelajar Akademi Fantasia seperti Bengang, Toksid, Menatap Matamu dan lain-lain lagi.

Drama ini bakal ke udara setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104).

Labels: , , ,

Dunia Aishkim-Aishkimmers:PART 5-AWAN AISHKIMMER
20 October 2009 | 3:18 PM | 0 comments
KARYA:ARZA

Nadia terkejut menerima mesej dari Tasya.Tasya ingin berjumpa dengannya secara bersendirian.Nadia mula bingung.Patut ke tak dia memberitahu Aishkimmers yang lain?
************************************************************************
Sebaik saja sampai di taman yang berdekatan dengan rumah Sally,Nadia melihat Tasya melambainya.Nadia mendekati Tasya dengan penuh waspada.Seorang lelaki bersamanya.

"Hai kak Nadia!"Tasya menyapa.
"Oh hi Tasya…"
"Kak Nad..ini Azreq…kekasih Tasya.."
Azreq hanya tersenyum memandang Nadia.
"So…kenapa nak jumpa Nadia ni??"
"Tasya nak cakap tentang Aishkimmers…"
"Tasya sepatutnya cakap dengan KS or KC…bukan Nadia.."
"Kalau cakap dengan dua orang tu…Tasya akan kena…."
"Kalau cakap dengan Nadia..tak kenalah?"
"Tak kot..kak Nad kan yang jenis blurr?"

Nadia geram mendengar kata-kata Tasya.'Blurr??SIAPLAH KAU'Getus Nadia dalam hati.Nadia mengambil spray pemedih mata dari poketnya lalu menyembur muka Tasya.

"AAAAA!!SAKITNYA..AZ..HELP ME!"Tasya kesakitan.

Azreq mencuba untuk menolong Tasya.

"Jangan pandang rendah terhadap kemampuan Aishkimmers!"

Nadia menolak Tasya lalu menyepak kaki Azreq.

"OI..SAKITLAH!"rungut Azreq.
"AZZZ!MY PANTS!!"

Tasya telah terjatuh ke atas rumput yang kotor.Seluar Tasya yang putih telah dipenuhi dengan tanah.

"KORANG MEMANG SENGAJA CARI PASAL!!"Jerit Tasya.
************************************************************************
Nun jauh di Sarawak,Gee,Mona,Aida dan Nur sedang berbincang di rumah Aida.

"Aunty Aida..so kita berempat yang dijemput?"Tanya Nur.
"Yup..teksi..tiket kapal terbang dan pengangkutan di KL semua dah disediakan"
jawab Aida ringkas.
"Tak sangka..akhirnya.ada juga gathering Aishkimmers!!"Mona menyampuk.
"So…gathering nya minggu depan kew?"Gee bertanya.
"Yerp..are u ready,esok flight kita?"Tanya Aida
"OF COURSE!"

Keempat Aishkimmers tersebut tersenyum keriangan.
************************************************************************
Sally berjalan mundar-mandir di ruang tamu.Claire,Nadia,Stef,Mia dan Fifa tidak memperdulikan Sally yang tengah risau.Mereka berempat seperti biasa khusyuk bermain PS2.

"Kak Sally..relax.."Nadia mencuba menenangkan Sally.
"Argghh..korang main je PS2 tu…don't disturb me!"Sally membalas.
"Tadi Tasya jumpa Nadia…"Nadia berbicara…slumber..
"WHAT?'

Semua memandang Nadia.

"Apa tengok-tengok ni?Saya tahulah saya cantik.."Nadia mengubah topic,
"Kenapa dia jumpa Nadia?"Claire bertanya.
"Dia kata nak cakap sesuatu.."
"Apa dia cakap?"Mia menyampuk.
"Tak sempat pun dia cakap…"
"What happened?'Fifa bertanya.
"Dia kata Nadia blurr then Nadia naik angin..Nadia spray muka dia dan sepak kaki boyfriend dia.."
"Boyfriend?"Stef memandang Nadia.
"Rasanya orang yang berkomplot dengan dia juga kot…"
"OK..Bagus tindakan Nadia.."Sally memuji.
"Esok Kak Aida,Kak Mona,Gee dan Nur akan sampai..sapa nak jemput kat airport?"Claire bertanya.
"Claire lah jemput…Akak ada kerja.."Sally berkata.
"Okay.."
***********************************************************************
Sampai di Kuching International Airport,keempat wanita tersebut segera check in.

"Maaf..nama awak berempat tidak tersenarai.."

Gee,Aida,Mona dan Nur terkejut.Sebelum sempat mereka bertanya..seorang pengawal menghampiri..

"Awak semua orang Aishkimmers ke?"
"Ye…"
"Jom ikut saya.."

Keempat wanita tersebut mengikuti pengawal tersebut.Mereka telah dibawa ke 'private boarding'…

"WOW!PRIVATE!"Nur menejerit keriangan.

Keempat wanita tersebut pun masuk ke dalam kapal terbang yang dikhaskan unutk mereka..Kapal tersebut agak berlainan…pintu masuk adalah melalui belakang kapal terbang.
**********************************************************************
Ting tong!

"Semua penerjun diminta bersedia untuk terjun ke bawah..kita sekarang berada di atas Dataran Merdeka.
"What??"Keempat-empat Aishkimmers terkejut.
***********************************************************************
Aishah melihat Akim dengan penuh kerisauan.

"Akim pasti ke?"Aishah kerisauan.
"Pasti…pasti diaorang tak berani terjun..dan kapal tu kan terbang ke Pulau Pinang..haha…"Akim menerangkan.
"Kalau mereka terjun?"
"Errr…….Jom ke Dataran Merdeka..!"

Akim mengambil kunci kereta lalu ke Dataran Merdeka.
**********************************************************************
"Awak semua dah sedia…'

Mona,Aida,Gee dan Nur gentar..mereka telah bersiap…mereka Cuma perlu terjun saja..

"OKAY!KITA BUAT UNTUK AISHKIMMERS!"Aida memberi semangat.
"HIDUP AISHKIMMERS!!!"

Laungan itu mengiringi terjunan empat orang Aishkimmers dari kapal terbang menuju ke dataran merdeka..

"AAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!"Aida menjerit.
"Mummy!!Jumpa di syurga!!"Jerit Nur.
"Ya Allah…selamatkan ahli keluargaku!!"Mona berdoa..
"OH MAY GOSHHH!!!"Laung Gee.

Selepas hampir 2 minit berada di udara..Keempat Aishkimmers membuka payung terjun masing-masing..tetapi ternyata mereka menghadapi kesusahan!!

Apakah yang akan terjadi??

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries